Friday, October 26, 2012

selamat hari raya Aidiladha

Hari ni merupakan Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam yang berada di seluruh negara, termasuk Malaysia. Banyak korban yang telah berjaya dikorbankan dan semoga korban yang telah dikorbankan hari ni mendapat keberkatan dari-Nya, insyaAllah..

Sebenarnya, aku baru lepas usha tweets kak @Wardina Safiyyah, dia cakap yang dia "sebak tengok ada pisau tak tajam tersekat-sekat, ada yang tidak ada hikmah/xlembut dengan binatang. Mungkin perlu dimasukkan ke dalam khutbah." Mungkin sebab ada yang menyembelih haiwan korban dengan kurang erti pengorbanan dalam diri. 

Ya, ada yang melakukan korban tanpa mengerti apa korban itu sebenarnya. Haiwan yang disembelih tidak disembelih dengan peralatan yang benar-benar tajam. Malah, ada yang sanggup menyeret, gelak ketawa, tidak memberi makan terlebih dahulu kepada haiwan berkenaan. Bagi aku, korban haruslah dilakukan dengan penuh pengertian dalam diri dan tanya dekat diri sendiri kenapa kau turut serta dalam aktiviti korban tu? Adakah kau betul-betul dah menghayati erti korban yang sebenar-benarnya, ataupun kau hanya ingin menjadi salah seorang hero yang berjaya menumbangkan seekor haiwan dalam aktiviti tersebut? Mungkin kau dah biasa terlibat dalam aktiviti korban ni, tu pasal kau dah tak berapa nak join sangat pengertian korban ni. Janji haiwan tu dah selamat kena sembelih, habis cerita. Tepuk dada, tanya diri. Hanya kau je yang ada jawapan itu..

Ok, aku bukan nak berdiskusi pasal benda tu sebenarnya. Aku cuma memberikan buah fikiran aku semata-mata. Mak aku cakap, kalau kita nangis sebab tengok haiwan tu kena sembelih, kita tak boleh makan daging dia. Tu pasal aku tak berani nak join aktiviti korban, takut tak dapat merasa daging korban. Kampung aku dekat Terengganu tu sebelah masjid je kot. Aku pernah la jugak sekali tertengok macam mana orang melakukan korban. Lembu tu menangis kot masa parang dah ada dekat leher dia, sebab dia tahu life dia will end in any second. Huih, time tu memang berair la mata aku. Sumpah sadis. Dan semenjak dari itu, aku tak pernah nak tengok bagaimana haiwan dikorbankan. Alhamdulillah, orang yang sembelih lembu tu masa tu memang betul-betul ikut syarat korban. Terima kasih pakcik sebab tak menganiaya haiwan tersebut. Pak cik memang terbaik..=)

Enough about haiwan korban. Aku harap lepas ni mereka yang terlibat dengan aktiviti penyembelihan dan korban benar-benar faham akan syarat korban. Baca buku dulu sebelum ikut orang buat korban. Kalau tak, sia-sia je ikut korban tu..

Raya haji aku tahun ni sadis sikit sebab aku tak balik rumah, beraya dengan keluarga. Huhu, berkorban demi kawan. Kesian pulak nak suruh Nurul kerja sorang-sorang. Takpe la, insyaAllah aku dah tak lama dekat UTM ni. Lepas ni, every raya aku boleh ada sekali dengan famili, sekiranya dipanjangkan usia. Walaupun tak balik beraya dengan mama semua, pakcik-pakcik teksi dekat sini siyesly best sebab diorang ingat jugak dekat kitorang. Ada yang bawak masakan Bugis, dengan burasak, nasi impit, rendang daging semua ke konti ni. Terasa la jugak raya walaupun jauh di perantauan *ecehceh* Pakcik Hashim pulak lagi best sebab belanja aku dengan Nurul McD yang sejak pagi tadi aku asyik dok mengidam. Hehe, kedai makan dekat dalam UTM ni semua tutup, sikit lagi nak rasa macam padang jarak padang terkukur.

Jadi sekarang, cuma kerabu perut je tak dapat-dapat lagi. Takpe, ada masa kejap lagi, takpun masa-masa seterusnya aku gi carik kat ceruk-ceruk Johor Bahru ni. Jumpa la tu nanti..=)

Salam Aidiladha buat semua yang mengenali..
Juga, buat anda yang berada jauh di mata namun terletak amat dekat di hati..

:: Apakah erti pengorbanan buat anda? 
Bagi aku, selagi kita sanggup berkorban demi insan yang kita sayangi, itulah erti pengorbanan yang terbesar dan sebenar.. Walau tidak diungkap, namun ia dapat dirasa melalui hati nurani..

i got lembu nak jaga.. salam aidiladha

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment