Wednesday, July 10, 2013

Monday, July 8, 2013

Ia datang tiba-tiba..

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa

Kenangan,
Sungguh ingin dicampak jauh ke dasar lautan
Tetap menjelma sekali sekala dalam ingatan
Bukan dipinta, 
Mungkin belum mahu dibuang kesemuanya

Tak ku sangka
Betapa hati yang dahulunya mencinta merindu
Semakin membenci dirimu
Dek kekhilafan diri kau dan juga aku

Yang aku tahu
Aku begitu bongkak menegakkan ego sendiri
Kononnya ingin menjadi perempuan yang hidup berdikari
Sedangkan kau cuma mahu menjadi peneman yang sering di sisi

Baru kini aku mulai mengerti
Tiada gunanya kita bersengketa 
Sejarah lama yang ingin kupadam dalam lipatan hidup
Ternyata terbuku kemas dalam kamus perjalanan
Mencari erti kehidupan

Ada sebabnya Tuhan mempertemukan kita
Jangan tanya apakah dia
Kerna belum kutemui jawapannya
Namun aku percaya
Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya

Terima kasih atas segala yang pernah dicurahkan
Segala kemewahan yang terbagi
Kasih sayang yang melimpah ruah
Hati, bahu dan telinga sebagai pendengar setia
Mata dan mulut yang sering berkata-kata dengan pelbagai nasihat dan semangat

Andai jodoh masih ada
Bertemu jua kita bila tiba masanya

Tinggal sayang
Tinggallah pujaan

:: Selamat Hari Lahir ke-27..
  Doaku, semoga kau sentiasa mendapat kerahmatan dari-Nya di dunia dan di akhirat sana..
  InsyaAllah..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

praktikal, praktis, practice makes perfect..

18.06.2013 - 08.07.13

Hari ni cukup 3 minggu berpraktikal di Cawangan Arkitek, JKR Menara Tun Ismail Mohamed Ali. Sepatutnya dah 4 minggu jikalau mengikut tarikh seperti yang tertera di atas. Tapi seminggu tu 'lari' dari melakukan praktikal oleh sebab pulang ke UTM bagi menyambut CAAEM yang julung kali diadakan.

3 minggu di sini.. Sungguhpun aku masih malu-malu untuk bertegur sapa dengan mereka di sini, layanan mereka memang terbaik. Huhu, siapa cakap praktikal kerajaan ni akan dibuli dan hanya disuruh buat kerja fotostat, bancuh air dan buat kerja kuli sahaja? Meh la try buat LI dekat sini kalau nak rasa sebagai ala-ala arkitek sebenar. Memang la tak sebanyak kerja yang perlu dilunaskan macam mana LI di private firm, tapi dekat sini pun kita still boleh dapat ilmu yang bermanfaat yang boleh diguna pakai untuk alam pekerjaan kelak. Setidak-tidaknya, aku boleh berbangga la walaupun cuma 3 minggu di sini, aku dah kena buat elevations bangunan, detail ruang hospital dan 3d sketchup kuarters hospital rompin..;D *clap clap*

Dan sekejap tadi, aku dipertanggungjawab untuk mencatat minit mesyuarat. Hehe, memang la kerja tu macam biasa je. Namun sebagai practical student yang baru nak belajar selok belok kerja gomen ni, peluang tu sekecil tu tak mungkin akan dilepaskan. Haha, kalau boleh semua kerja aku nak try buat. Nanti bila dah kerja, at least aku dah tau sedikit sebanyak apa nak buat..

Lupa nak bagitau. Kerajaan sekarang telah memperuntukkan elaun bagi practical student iaitu sebanyak RM300 sebulan. Yang part ni sadis sikit sebab RM300 tu sebenarnya cuma lepas untuk tambang pergi-balik kerja dan makan tengahari je memandangkan aku perlu berulang alik dari Sg Buloh ke tempat kerja menggunakan tren-bas. Diharapkan agar lepas ni, pihak kerajaan dapat mempertimbangkan kadar elaun yang diberikan kepada para pelajar yang membuat LI di bangunan kerajaan. Kalau dapat RM500 sebulan, rasanya ok kot. Dah lebih kurang private firm dah..;D

Lebih kurang 8 minggu lagi untuk berada di sini. 
Semoga segalanya dipermudahkan.
Amin..~

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Friday, July 5, 2013

RAUB 20122013/01

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

   

kerana TUHAN untuk MANUSIA