Monday, December 31, 2012

raya 1433 hijrah

Aidilfitri menjelma lagi..
Kalau dulu sibuk dok mengumpul duit raya sana sini..
Tapi bila dah meningkat usia, itu bukan alasan utama lagi..

Alhamdulillah, sekali lagi diberikan peluang dari Yang Maha Esa untuk menikmati kebahagiaan dalam menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Aku, mama dan adik-adik semua pakat balik kampung di Besut, Terengganu. Tahun sudah hanya beraya di Kuala Lumpur sumpah terasa macam agak hambar sedikit sebab tiada rasa suasana Aidilfitri sungguhpun di samping famili tercinta. Tahun ini rasa bahagia terlebih sebab perasaan seperti zaman kanak-kanak kembali ke kampung..hehe..

Terlebih dahulu, aku, mama dan adik-adik berbuka puasa bersama-sama di KFC The Store Sungai Buloh. Heee, orang baru gaji. Sekali sekala belanja apa salahnya. Bukan kami sahaja, kawan-kawan adik lelaki aku pun turut serta. Rezeki mereka kali ini, nasib baik waktu tu mood aku memang terasa macam nak belanja sakan. Usai berbuka puasa, setelah menyempurnakan solat Maghrib di surau yang disediakan, kami terus menuju ke lebuh raya untuk pulang ke desa tercinta.

Tapi, kami tak balik ke kampung terus. Kami singgah dahulu di Pahang (tak ingat nama tempat, sebab baru first time sampai tempat tu) untuk menikmati suasana kampung yang siyes jauh giler dari hingar-bingar kota. Nyaman sungguh, dengan pemandangan yang indah. Udara yang belum dicemari dengan asap di samping boleh dengar kicauan burung dan unggas tanpa gangguan bunyi bising kereta atau motor yang dipandu giler laju.

Setelah melepaskan lelah, awal pagi itu kami meneruskan perjalanan ke Besut. Meredah jammed segala dan nasib baiklah bukan aku pemandunya, akhirnya kami tiba di kampung halaman pada jam 3.00 petang. Nikmatnya terasa bila dah menjejakkan kaki di sana. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan tersebut.
Dan, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menerangkan perasaan yang menjelma.. Hanya gambar sebagai tanda betapa bahagianya kami semua..

Salam Aidilfitri buat semua..
Semoga Raya kali ini memberikan seribu makna..
Untuk sentiasa mensyukuri betapa besarnya nilai erti sesebuah keluarga..=)





















tema raya tahun ni PEACH..
tahun depan sofia suggest pakai kaler ORANGE..
can't wait for next year ^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Monday, December 24, 2012

MASTERPLAN RAUB
















specially done by:-
1. muru
2. ho
3. hafizi
4. hajar
5. izatul
6. farahin
7. sona

kerana TUHAN untuk MANUSIA

MY INDIVIDUAL 4TH YEAR URBAN DESIGN











kerana TUHAN untuk MANUSIA

Urban Architectural studio Final Presentation

Alhamdulillah, masa yang dinanti-nantikan telah tiba bagi semester ini. Hari ni terciptalah sejarah buat students Urban Architecture untuk membuktikan segala didikan dan pengajaran yang telah dipelajari sepanjang semester ini menerusi individual final design..

Aku? Alhamdulillah, setakat ini masih lagi tiada episod deraian air mata. Tapi agak kecewa sebab benda yang aku buat awal-awal tu la yang memberikan tamparan hebat kepadaku di mana boleh pulak dia crashed dan main-main cak dengan aku di kala aku pada masa tu dah terasa seperti nak humban je laptop ni dari tingkap bilik di tingkat dua ni..

Jadi, pengajaran kepadaku, walaupun dah siap jangan terlalu yakin sangat selagi tak print out the outcome. Akhirnya, aku sungguh amat tidak berpuas hati dengan boards sections dan detail sections aku.

Sekian untuk semester ini. Doakan aku berjaya mara ke semester hadapan dengan pra-tesis pula. Amin..=)





LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Thursday, December 20, 2012

cinta hati

Melewati hari-hari terakhir bagi tahun 2012 ini,
Terasa seperti baru semalam aku menyambut tahun baru,
Cepat sungguh masa berlalu,
Tiada berasa bak oksigen yang dihirup tanpa sedar,
Ya Tuhan,
Masa itu pergi tanpa boleh dikembalikan..

Buat kesekian kalinya,
Kisah hati muncul lagi,
Hari tu sepupuku memperkenalkan gurunya kepadaku,
Oleh sebab tidak ingin merobek kesungguhannya,
Yang sudah ku ibaratkan adik,
Ku terima pelawaan gurunya menjadi kawan,
Sekadar seorang kawan.

Juga,
Rakan-rakan tak pernah putus harapan.
Mencarikan seorang teman sebagai peneman diri,
Memperkenalkan rakan solo yang ada,
Mana tahu ada yang yang berkenan,
Sehinggakan,
Sanggup menebalkan muka nombor talian aku diberikan,
Kepada sang jejaka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri lelaki impian.

Haha,
Kelakar rakan aku yang seorang ni,
Kerana menginginkan aku bahagia,
Sanggup dia berbuat apa sahaja,
Sungguh aku terharu mempunyai rakan sepertimu.

Namun,
Hatiku tidak mampu menipu.
Belum tiba masanya lagi untuk aku melangkah ke fasa itu,
Mungkin belum masaku untuk berbahagia seperti kalian.
Tapi, aku sudah mampu bahagia dengan adanya kamu semua.

Bila waktu itu tiba,
Akan aku khabarkan pada semua,
Siapa dia cinta hati hamba,
Jangan risau ya..

Jodoh itu kuasa Tuhan,
Jika terbuka hati aku menerima dia keranaNya,
maka adalah ia..

:: suatu masa nanti, aku pasti..=)

by the way,
i'm now in love with outfits and shoes..and i'm happy that way ^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~