Monday, October 15, 2012

jodoh dari cousin

Bila si kazen dah sibuk nak kenenkan aku dengan cikgu praktikal sekolah dia..

Buntu kejap memikirkan perkara yang tak pernah aku terfikir selama ni.. Kalau sebelum ni, adalah jugak aku dengar dan tengok sendiri member-member yang dikenenkan 'melekat'.. Ada yang hampir kahwin sekarang.. Alhamdulillah.. Jodoh mereka memang dah tertulis untuk antara satu sama lain..=)

Tadi, si kazen ni dah tanya balik pasal hal ni.. Haih, dek.. Kak Teh ni memang la takde muda sangat tapi muda lagi nak fikir pasal berpasang-pasangan ni..huuuuuuuuuu~~

By the way, kazen aku ni siyes rapat giler dengan aku dan adik beradik aku yang lain.. Mana taknya, akulah yang jaga time abang dia, kakak dia, dia, adik-adik dia kecik-kecik dulu... Huuu, beza umur aku dengan kazen aku seorang ni (24-16) 8 tahun kot... Hee.. Memang, life aku dulu full with kids.. Tambah dengan adik-adik aku lagi..Memang best giler.. Nasib baik, sekarang masing-masing dah besar but still boleh 'klik' lagi..

Back to the story.. He knows my previous love story, like all of them.. Maybe dia kesian tengok aku asyik kena dumped macam LOLser kot.. Padahal dia tahu kakak sedara dia ni jenis yang setia *ahaktuih* dan takde nak pasang sana sini kalau dah dengan seorang guy.. So, dia ambil keputusan nak kenalkan cikgu praktikal yang dia rapat dekat sekolah.. *aku jugak yang jadi mangsa kan dek?* At first, memangla aku pun pi gatai mulut cakap tak kisah.. Ala, setakat kenal-kenal je, aku ok je.. Tapi, bila dia cakap cikgu dia memang tengah mencari, rasa macam berat juga perkara ni..

Bukannya aku tak nak ambil peluang untuk kenal dengan orang yang mungkin lebih baik daripada yang aku sedang nantikan tapi entahla.. Perkara hati, takde siapa yang boleh paksa.. Dan aku bukanlah jenis perempuan yang boleh fikir pasal lelaki lebih daripada seorang.. Sumpah, aku dah pernah try memang tak pernah berhasil.. Dengan seorang pun aku dah pening, inikan pulak nak pasang ramai.. Siyes tu bukan aku..

Hmm, biarlah jodoh tu datang sendiri.. Ada rezeki, kahwin.. Takde rezeki, ambil anak angkat je..Huuu.. Bagi aku, untuk pilihan suami, cukuplah dia dapat menjadi imam dan ada sifat penyayang, penyabar, boleh membimbing, tu dah cukup bagi aku.. Harta dunia boleh cari merata-rata.. Harta akhirat yang utama, nak cari bukan calang-calang tempat.. Mana tau dapat suami yang kaki pukul ke, tak ke haru hidup aku.. dunia tak dapat, akhirat entah ke mana.. Tak mauuuuu~~

Tapi, at least aku tahu kazen aku seorang ni sayang kat aku.. Tu pasal dia cuba untuk carikan calon jodoh yang terbaik berbanding sebelum-sebelum ni untuk aku.. Dan, mungkin bagi dia cikgu praktikal sekolah dia tu ada ciri-ciri yang dapat memberikan 'chemistry' antara kami.. Siyes kak teh sayang giler kat ko Syarif.. InsyaAllah, Kak Teh xjanji tapi Kak Teh cuba untuk kenal cikgu praktikal syarif ye.. Ada rezeki, Kak Teh dapat kawan baru..=)

:: Hati bila dah suka, ia berdegup laju walaupun bersua cuma seketika ::  


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment