Thursday, October 25, 2012

hello kitty #4

Berjalan-jalan di konvo ke-49 kali ni siyes menarik sekali sebab tiap-tiap malam ada je aktiviti yang cambest.. Mana taknya, malam perbukaan je dah ada Dato' Siti Nurhaliza. Malam berikutnya, ada Johan raja lawak yang siyes lawak giler walaupun masa yang diberi dekat dia tak lama. Sumpah terbahak-bahak gelak tengok vid dia lagi-lagi masa dia dengan Shasha..terbaek..=)

Walaupun la konvo kali ni best, tapi aku hanya dapat pergi 2 kali je. Kalau konvo dulu, tiap-tiap malam ke sana, makan luar la konon. Seronok dapat lepak ramai-ramai dengan member semua, tengok gelagat orang.. tengok free show, masuk rumah hantu, melawat mini zoo, bermesra dengan haiwan eksotik..=)

Konvo kali ni punya best sebab final day konvo tu, Altimet, Joe Flizzow, Floor Fever Crew buat performance. Siyesly, suka giler bila Altimet buat persmbahan, kira layan la. Haha, yang tak boleh blahnya aku dengan member aku ni tengok Altimet siap menggagau. Siyesly, tinggi dia, comel dia..hai, boleh gugur jantung jatuh cinta..=)

Heee..enough about Altimet yang siyesly super duper cute tu ^_^

Ok, kali ni daripada konvo ke-49, aku just beli loket Hello Kitty for my own self souvenir. Bukan seperti konvo-konvo terdahulu yang bila bawak RM100 pun tak mungkin cukup nak borong barang dekat tapak konvo tu. Hehe, saya dah mula pandai untuk membezakan antara keperluan dan kehendak. Sona kan dah besar. Yeay..=)

This is the 4th Hello Kitty items of my collection. Rantai and loket asal dah ada cuma nak tambah je sebab tengok Hello Kitty tu rasa macam comel giler siap ada gitar sekali. Mana tau boleh jadi pemangkin untuk main gitar dengan lebih gigih lagi lepas ni..^_^


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment