Friday, October 12, 2012

Mimpi orang demam yang indah

Huu..mungkin akibat terlalu penat belajar sambil bekerja, akhirnya aku mendapat 'habuannya' iaitu demam dan sakit2 badan sampai terasa hingga ke pangkal jantung. Siyes semput..

Haha. Memang padan la dengan muka sendiri kan. Ingat badan tu tough sangat macam Arnold Swcahsusahnakeja.. Dan memang nais la sakit waktu tu kan sebab esok pulak ada studio.. Confirm la lambat, xpayah bet pun..

Akan tetapi, di sebalik demam yang melanda, ada juga perkara best yang berlaku dekat aku yang mungkin akan membuatkan aku mula taksub. Ya, taksub walaupun sekelumit cuma. Mimpi yang tak pernah aku impikan selama ini. Heeee...

Oleh sebab aku demam akibat meredah hujan nak ke tempat kerja, lepas balik kerja tu sampai je dekat bilik aku terus tukar ke baju tidur. Tak lupa membuka laptop dan memasang cerita Cuba Jadi Lelaki yang baru aku download dekat Malaymoviesfull. Nak download cerita 29 Februari asyik failed je kan.. Nak dijadikan cerita, tak sampai berapa minit letak kepala aku dah terlelap..

Dan mimpi aku bermula seperti berikut..

Time tu aku dah kerja agaknya sebab environment dia lain dengan utm. Aku tengah berlegar-legar kat depan gerai makan. Maybe it was lunch hour. So, I met this guy yang aku tak tahu siapa. He was quite cute. Berkulit warna tak pasti sebab mimpi kaler itam putih tapi yang penting mempunyai tinggi yang memang menjadi pujaan hati dan  berlesung pipit sebelah pipi kiri. We talked and suprisingly tiba2 je aku dah berada atas pelamin. Haha, memang sangat suprised sebab aku bukanlah wanita yang ingin bersanding di atas pelamin bagai ni. The ceremony ended beautifully dengan upacara membaling bunga yang sekali lagi bukan ingin aku nak buat dalam my real wedding. But, it was lovely and I had tears in my eyes. Family aku semua ada including my father walaupun la mak bapak aku selama ni dah macam anjing kucing yang tak boleh bersua muka. Siyesly like heaven sangat waktu tu..

And the night comes. Hehe, ni bukan cerita dalam bilik. Tapi, aku duduk lepak bersembang kosong dengan mak aku. Berborak tanya macam mana nak jadi isteri terbaik untuk suaminya. Pastu, tiba2 sang suami datang menyendeng dekat kitorang sebab nak sibuk bercerita jugak. Dan tiba2 bila aku nak panggil nama sang suami oleh sebab aku bukan seorang wanita yang suka memanggil lelaki dengan panggilan 'abang', I just realized yang aku tak tahu nama dia. Siyesly wierdo. Hahaha, yang tak boleh blahnya mak aku pun tak tahu nama menantu dia. So, mak aku bagi idea suruh cek nama dekat kad kahwin kitorang. Tapi, alangkah bangangnya aku sebab aku boleh pulak baca dekat yang turut mengundang, bukan nak usha nama dekat atas. Just ak dapat tengok nama adik beradik dia semua bermula dengan FA... So, aku keluar menuju ke mak aku dan dia and I called him Fa...

Tiba2 je jam loceng aku berbunyi. Siyes kacau daun.. And poof, mimpi aku pun turut sama hilang. Tengok2 dah pukul 8.30 pagi. Memang menggila la kan nak siap2 gi studio dengan kepala hotak yang masih lagi mereng dan badan yang kalau boleh putus sendiri, memang dah lama dia terburai.

Yang paling hairan dan ajaib sampai sekarang aku masih lagi tercari-cari jawapan adalah..

1. Aku tak pernah mimpi aku kahwin sebelum ni. This is the first time and sebelum2 ni aku masih mimpi as a power ranger..ngeee..
2. I've never met Fa before, siyesly as I can't recall any of my friends who look like him.
3. Semua yang aku taknak dalam wedding aku nanti terjadi dalam mimpi ni..bersanding, baling bunga..siyesly all these will happen dalam majlis aku?! Please don't..
4. Memang, Fa sangat hensem. Don't ask me how I describe him. Aku sangat bahagia waktu tu as I can see myself in that dream.. Itu dah cukup membuktikan betapa hensemnya dia di mata aku..^_^

Well, that is how my dream ends. Yang paling utama, I can't forget how Incik Fa had his eyes on me time dia datang menyibuk tu. Sumpah.. Walaupun la ia macam agak ridiculous sebab aku boleh ingat mimpi aku yang mana orang cakap kita tak akan boleh ingat mimpi kita saat kita terjaga dari tidur tapi inilah kenyataannya. Walaupun aku try tidur balik sebab nak sambung mimpi yang sama tapi memang tak dapat..

Yang aku harapkan sekarang adalah si dia yang boleh memberikan kebahagiaan insyaAllah seperti yang aku mimpikan sebegini..

Amin ^____^

Ps: I knew I loved you before I met you..

“Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepadanya.”
- Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment