Tuesday, October 16, 2012

list to do before END OF 2012

Sebenarnya, banyak kot perkara yang perlu dibereskan sebelum menjelangnya tahun baru dan usia yang bakal menginjak ke suku abad ni.. Huhu, siyes rasa macam tua giler.. I'm gonna be 25 in less than 3 months from now.. aigoo~~ -___-"

So, I'ma have to sort out stuff yang aku patut (WAJIB kalau boleh) aku lakukan before times run out..

1. Bereskan lesen kereta
- Bukan taknak ambil sampai habis, tapi bawak kereta ni bukanlah suatu perkara yang mudah bagi aku. Dekat site die, memang lah semua lepas.. Yang part tak berapa nak best tu bila kena bawak kereta on road. Siyes cuak giler nak mampus sampai rasanya kalau muka ni kena toreh, memang darah memancut keluar dengan menggila.. Darah dah sampai naik ke muka gitu.. Tapi, aku bertekad kena tamatkan jugak benda ni sebab banyak yang dok cakap, bagi nasihat membina suruh habiskan jugak walau setinggi mana cabaran sekalipun, asal jangan langgar kereta orang.. Ye la, nanti boleh jadi second driver kalau gi mana-mana, takde la jadi passenger je semata..

InsyaAllah.. hwaiting!!! =)

2. Buat pasport
- Huhu, semenjak duduk UTM ni, orang asyik tanya, "pernah masuk Singapore x?" Ingin je aku jawab, "Apa, ada tok nenek aku ke dekat situ aku nak gi sana sampai ko selalu sangat tanya ni?" Bukan taknak gi, gila apa dah 7 tahun aku ada dekat sini (termasuk zaman matrik), malas nak gi beratur buat pasport. Tapi, disebabkan member2 aku keluar masuk Singapore dah macam ada rumah dekat sana, mana mungkin aku melepaskan peluang menjejakkan kaki ke sana. Ada rezeki, ke sana la kita ye. Jom melawat Singapore..=)

3. Buka akaun Tabung Haji
- Hoho, ni mama aku la yang influence ni. Dia cerita haritu masa cuti sem, dia start bukak akaun ni masa awal-awal dia kerja. Kalau mamaku kerja sebelum dia kahwin lagi, maknanya dia dah ada akaun tabung haji since dia umur 22 @ 23 tahun. Pergh, tak boleh jadi ni. Aku pun nak jugak ada akaun. mana tau dapat gi haji awal.. Akaun ASB akan menyusul nanti.. Amin =)

4. Daftar diri untuk derma organ
- Memang dah lama aku nak mendaftarkan diri tapi tak pernah tahu dekat mana. Takut nanti tersilap daftar, kena black market pulak organ-organ aku kang.. Huhu, simpanggg~ Bagi aku, hidup ni kita tak tahu bila kita akan ditamatkan riwayatnya. Kita tak pernah dapat expired date dari Tuhan sebab Dia nak kita selalu bersedia. Jadi, anggota badan kita kena selalu sihat supaya kita boleh buat rutin harian dengan kadar yang terbaik. Tapi, kita kena fikir jugak orang yang tidak cukup sempurna sifatnya. Memanglah mereka telah dilahirkan sebegitu tapi tak salahkan kalau kita membantu mengurangkan dan mungkin boleh memberikan sinar harapan hidup untuk mereka. Semuanya pinjaman, kan? Jadi, tak salah untuk kita 'pinjam'kan apa yang kita miliki setelah kita sendiri sudah tidak perlukannya iaitu saat kita telah dicabut nyawa.. InsyaAllah =)

5. Sekurang-kurangnya ada RM1500 dalam bank
- Hoho, ni memang duit yang aku nak simpan untuk tahun ni. At least, masa buat thesis semester depan, aku ada backup duit sendiri. Patutnya boleh kaut banyak lagi (dalam RM2000) tapi apakan daya, ia telah banyak diterbangkan menerusi URBAN studio. Yang ni pun, ada yang kena bayar lagi. Haih, mintak-mintak la dapat simpan. Untunglah sem ni member2 semua duduk jauh, senang nak elak diri kalau diorang ajak gi shopping. Huhu, takut nanti asal keluar, memang confirm la terbang lagi duitnya.. =)

6. Lepaskan diri dari belenggu Incik X
- Huhu, setelah difikirkan secara bermuhasabah diri, mendalam dan penuh konsentrasi tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, dengan ini diputuskan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier sebagai mahasiswa dan pekerja sambilan sebagai operator teksi UTM. Mungkin ada hikmahnya kalau aku hanya fokus pada perkara yang paling utama buat masa sekarang, habiskan ijazah sarjana muda senibina. Dan tahun 2014, baru fikir balik pasal benda ni semua. Huhu, tak mahu berpatah hati seribu dan bakal menyebabkan pelajaran terganggu sekali lagi.. InsyaAllah =)

there, my list before 2012 ends with bliss, bless and be remembered always..~~


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment