Tuesday, September 30, 2014

TEMUDUGA PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17 (2014)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, telah selamat ditemuduga untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebenarnya, tak sangka pun dapat panggilan temuduga ni sebab minta jawatan ni masa sedih-sedih berputus harap dengan architorture dekat UTM. Hmmm, sepatutnya macam dah gembira-gembira konon-konon boleh grad tapi malangnya kena extend lagi. Jadinya, memang minta post yang takde kena mengena langsung dengan bidang yang dah 7 tahun mengabdi diri. Lepas mohon semua, boleh lupa pulak nak update jawatan semua yang melalui permohonan guna SPM. Mungkin dah rezeki, minggu lepas dapat mesej yang aku dapat panggilan temuduga ni. Tak lama lepas tu, dapat surat siap double lagi. Memang macam ada rezeki je nak kerja gomen cenggini punya banyak surat diorang hantarkan. Mulanya tempat temuduga tu dekat Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur je. Tapi, last minute tukar tempat dekat Bangunan SPA, Putrajaya siap dapat surat baru lagi. So, kugagahkan diri minta pelepasan masuk lambat hari Jumaat, 26 September 2014 daripada incik Bos untuk ke temuduga yang diadakan.

Cuak? Siyes cuak. Dengan Putrajaya yang besar gila, takut tak dapat nak sampai on time jugak. Awal pagi naik bas dari Sungai Buloh ke stesen komuter Sungai Buloh sampai stesen Bandar Tasik Selatan. Lepas tu, naik ERL yang mana Kad Siswa sudah tidak boleh digunakan untuk dapat diskaun ke Putrajaya Sentral. Dah sampai Putrajaya Sentral, siyes kelam-kabut gak sebab tak pernah naik bas yang ada dekat sana. Nasib baiklah pakcik driver bas Nadi Putra tolong beritahu bas mana yang kena naik dan siap berhenti betul-betul depan bangunan seperti alamat yang tertera di dalam surat.

Aku sampai awal jugak, 9.10 pagi. Interview mula 9.20 pagi. Ingat boleh bangga datang awal, rupanya ada yang lagi awal tiba. Ada dokumen yang perlu disediakan, macam resume, salinan IC, surat beranak, slip keputusan SPM dan slip pengajian terakhir. Yang tak berapa nak best bila akak yang dekat kaunter tu tanya ada bawak gambar berwarna tak. Aku pun bebal jawab, takde mintak dalam surat pun. Hoho.. Jadi, pengajaran kalau lepas ni nak datang interview mana-mana, WAJIB ada gambar. Dan, kalau boleh, gambar yang dekat resume tu berwarna. Lepas tu, jangan nak tipu tahap pengajian sebab pihak SPA boleh check dengan senang hati sampai mana dah kau mengaji. Pengajaran seterusnya, walaupun belum grad dan takde transkrip, surat panggilan konvo boleh dijadikan sebagai bukti dah habis belajar.

Macam-macam orang yang datang interview ni. Bukan setakat yang ada tahap SPM je. Ada yang dah ada Master tapi still menganggur pun datang. Masa tu, dah terbukti depan mata macam susah giler nak dapat kerja sekarang walaupun ko belajar tahap tinggi sekalipun. Memang dah tak boleh nak pilih-pilih kerja. Apa yang ada, nak tak nak kena grab every single opportunity. Berbalik kepada interview PPM S17 ni, terdapat 10 kaunter yang dibuka. Tapi, rasanya bukan semua kaunter tu untuk interview PPM S17. Ada jugak untuk interview jawatan lain tapi tak dapat nak dinyatakan kesasihannya. Kalau 10 kaunter hanya untuk PPM S17, mati la akak nak cekau jawatan ni. Memang tuff enuf la kot. Dah berapa banyak pulak candidate dia kannn? T.T

Akhirnya, nombor 902 untuk kaunter J dipanggil masuk. Dengan berbekalkan bismillah dan doa sepotong dua sambil meniup di sebalik pintu supaya sampai tepat ke hati penemuduga, aku melangkah ke dalam bilik temuduga selepas mengetuk pintu tanda memnita izin untuk masuk. Ada dua orang penemuduga, kedua-duanya wanita. Maaf puan penemuduga, saya tak dapat nak kenalpasti nama puan oleh sebab terlalu gugup dan berdarah gemuruh. Segala dokumen yang diminta mengikut surat dan sijil-sijil kokurikulum aku sebanyak 3 fail aku berikan kepada puan penemuduga. Aku juga membawa sekali buku tesis aku yang mana aku rasa dapat memberikan gambaran betapa aku begitu berkeinginan akan jawatan ini. Oh ya, aku ada selitkan tajuk tesis aku dalam resume yang aku hantar. Mencuba nasib, tak apa kan.

Awal interview, aku diminta untuk memperkenalkan diri dan bercerita serba sedikit tentang diri. Nasihat aku, jangan tipu mengenai diri sendiri sebab itu akan membuatkan kau tergagap-gagap untuk menyusun ayat bombastik dan akhirnya menampakkan kau sedang brag akan diri sendiri. lain la kau dah karang ayat siap-siap dekat rumah lepas tu tinggal nak sembur dekat interviewer. Just be yourself, be who you are. Ceritakan apa sahaja mengenai diri kau bermula dengan nama. Hehe, aku bersyukur kerana mempunyai nama yang unik kerana dari situ, ia menimbulkan persoalan kepada pihak penemuduga. Aku mulakan sesi temuduga dengan memperkenalkan nama penuh beserta maksudnya sekali. Jarangkan orang dapat menyatakan maksud namanya? Lepas tu, sedikit background pasal keluarga: ibu bapa dan adik-beradik, tahap pembelajaran, kegiatan kokurikulum di universiti, pekerjaan sekarang, apa yang sedang dilakukan sekarang. Aku selitkan aktiviti volunteerism di Yayasan Chow Kit yang aku sedang libatkan diri.

Next question yang mana aku rasa macam nak hempuk kepala sendiri di dinding: Siapakah timbalan menteri bagi kementerian pembangunan, wanita, keluarga dan masyarakat? Haaa, memang nak gigit diri sendiri je masa tu sebab yang dihafalnya cuma menteri KPWKM iaitu Dato Rohani Abd Karim. Ok, timbalan beliau Datuk Azizah. Tu pun tahu setelah balik dari interview check dekat google.

Soalan ketiga, apakah peranan Pembantu Pembangunan Masyarakat? Oleh sebab dah berjaya hafal deskripsi sehari sebelum interview, maka dapatlah aku jawab dengan yakin selepas kecewa dengan soalan kedua tu.

Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat:-

· Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain.

· Memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

Dua je kan. Info lanjut, boleh layari laman web ni. (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3994)

Soalan keempat yang mencabar kurang mencabar sikit je dari soalan kedua, kenapa memohon jawatan ni. Puan penemuduga tu ada beritahu yang pangkat S17 ni seperti bermula dari bawah, dengan gaji yang sekadar RM1000++. Apa yang aku jawab pada pihak penemuduga adalah bagi aku, gaji yang diberikan tidak memberi sebarang masalah kepada aku asalkan ia setimpal dengan apa yang aku lakukan. Dan, aku dah tahu mengenai tahap gaji yang bakal aku terima tapi aku bersedia untuk itu semua.

Soalan kelima, berdasarkan pengajian aku dalam bidang senibina, apa pendapat aku mengenai kemudahan yang disediakan untuk golongan yang kurang upaya (OKU) yang terdapat di Malaysia. Kerja di TTDI ini membuatkan aku dapat berjumpa dengan pelbagai kelompok manusia terutamanya mereka yang kurang upaya ini di KL Sentral. Jadi, dengan pengalaman tersebut aku olahkan menjadi ayat dengan mencadangkan lebih banyak kemudahan dan infrstruktur dibina untuk golongan buta khususnya. Bangunan baru haruslah mengambil kira dan memberi fokus faktor keselamatan dan kesesuaian golongan OKU. Bagi bangunan lama pula, penambahbaikan haruslah dijalankan bagi memastikan bangunan tersebut dapat diguna pakai sekali oleh golongan OKU tersebut seperti ramp bagi mereka yang berkerusi roda.

Pihak penemuduga seakan berminat dengan buku tesis aku dan mereka meminta aku mengulas mengenainya yang bertajuk ‘Kompleks Aktivti Kanak-kanak Chow Kit’. Banyak jugak yang aku sampaikan sehingga terselit pengalaman aku sendiri bersama kanak-kanak di sana. Ada juga aku selitkan sekali pengalaman ke rumah orang tua yang terletak di Selayang yang pernah aku sertai bersama Weekenders Club. Mata mula bergenang saat membayangkan kembali saat berada di sana. Huhu, aku tak mampu nak menahan sebak mengenangkan waktu itu aku melihat dengan mata kepala sendiri akan nasib ibu bapa yang telah lanjut usia ditinggalkan di rumah tersebut kerana tiada seorang anak pun sanggup menjaga mereka. Dan puan penemuduga masing-masing membuka kisah dan pengalaman mereka sepanjang bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana mereka ingin menenteramkan emosi aku yang rasanya tidak begitu stabil pada masa itu. Ada juga mereka ingatkan bahawa itu baru sedikit yang aku lihat, ada lagi kes yang lebih di luar jangkaan dan tidak berperikemanusiaan pernah mereka tempuhi.

Sebelum menamatkan temuduga, aku bertanyakan soalan iaitu sekiranya terpilih bagi menjawat jawatan tersebut, adakah aku akan ditempatkan selain Kuala Lumpur dan Selangor? Jawapannya adalah ya, bergantung kepada kekosongan yang ada di sekitar Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Temuduga bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 telah tamat dengan jayanya pada hari Jumaat itu. Semoga aku terpilih memenuhi jawatan tersebut dan mana tahu, ini adalah satu langkah untuk aku berkhidmat lebih dekat dengan masyarakat. Mungkin juga satu langkah hadapan untuk aku mencapai angan-angan sampai ke awan untuk menjadi Menteri bagi Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Doakan aku.
InsyaAllah.. :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Monday, September 29, 2014

5 DOSA MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA

ISLAM sangat melarang perbuatan menderhaka kepada ibu bapanya, kerana menderhaka kepada kedua orang tuanya merupakan dosa besar yang akan mendatangkan kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat. Di samping itu, menderhaka kepada kedua orang tua dapat menutup pintu rizqi dan kesempitan hidup bagi seorang anak.

Allah SWT telah berfirman: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Q.S. al-Isra').

Adapun bentuk penderhakaan anak kepada ibu bapanya yang di haramkan menurut pandangan Islam ada 5 bentuk di antaranya:

1. Suka Melawan Kepada Ibu Bapa.
Bentuk perlawanan yang di lakukan seorang anak kepada ibu bapanya adalah dengan melakukan tindakan fizikal kepada ibu bapanya. Dengan memukul atau yang seumpamanya.

2. Memarahi Ibu Bapa.

Menengking ibu bapa bererti telah melakukan kederhakaan kepada mereka. Walaupun anak perempuan yang sudah berkahwin tidak lagi bertanggung jawab secara langsung kepada ibu bapanya seperti anak laki2, tidak bermakna anak perempuan melepaskan tanggungjawab tsb kepada kedu ibu bapanya.

3. Membenci Ibu Bapa.

Sikap anak yang membenci kepada kedua ibu bapanya. Merupakan bentuk penderhakaan. Sebagai anak mungkin kena banyak bersabar menghadapi kerenah ibu bapanya. Bukan dengan membenci mereka.

4. Tidak Mengambil Berat Ibu Bapanya.

Sikap anak yang tidak mengambil berat tentang keperluan ibu bapanya merupakan bentuk penderhakaan kepada mereka. Tidak Mengabaikan tanggungjawab kepada mereka dengan mengambil berat tentang keadaan serta keperluan nya. Itu merupakan tanda berbakti kepada ibu bapanya.

5. Tidak Mengenang Jasa Ibu Bapanya.

Sebagai seorang anak yang baik, serta tanda menghargai pengorbanan serta jerih payah kedua ibu bapanya. Hendaklah dengan mengenangkan kembali jasa keduanya semasa kita masih kecil lagi. Mengenang jasa ibu bapa bertujuan agar kita tidak mudah melupakannya serta menggelakkan dari menyakiti hati nya.

Ya Allah jadikan kami anak yang sholeh, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kami serta berilah kedunya Sehat dan panjang umur untuk beribadah kepadaMu. Jika sudah meninggal terangilah alam kuburnya, ampunkan dosa kedua nya, Aamiinn !!!

Wallahu A'lam

#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Wednesday, September 3, 2014

20 EXTRAORDINARY THINGS ABOUT ME..


Khas utk mummy Riyadh, @nurulaina_rashidi yg sudi mentag saya. 
So, these are 20 things about me.. :D

1. Muka je ganas tapi cengeng orangnya.

2. Penggila kaler pink dan berazam untuk beli semua perkakas rumah kaler pink bila dah ada rumah sendiri.

3. First impression yang orang bagi selalunya berunsur negatif. Mungkin sebab muka ketat sangat kot.

4. Pernah digelar gemuk tapi sekarang tidak lagi.

5. Kalo dah start suka dekat seseorang/sesuatu, perasaan suka tu menggila. Kadang2 dah rasa macam obses. Tapi kalo dah benci tu, memang tak la nak suka balik.

6. Mudah tacing lagi2 dah meningkat usia ni. Hmmm~

7. Kuat makan dan takde pantang makan. Cuma kureng kalo mee kuning, telur rebus, kacang goreng.

8. Lebih suka sorang2 dari ramai2.

9. Sedang menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan volunteerism.

10. Dengan benda2 kecik pun boleh menggembirakan hati dengan jayanya. Xperlu hadiah mahal2.

11. Xberapa suka makan di tempat mewah. Ntahhh~

12. Penggila kasut dan long dress.. :D

13. Kekidalan yang menggila. Even main gitar pun kidal. Guna kutleri pun songsang.

13. Suka laut.

14. Kalau nak buat keputusan, memang beria tanya pendapat orang. Tapi end up, pilih keputusan yang dicadangkan sendiri.

15. Pilihan makanan: kambing > seafood > ikan > daging > ayam.

16. Noob bab2 gadget.

17. Sedang dalam misi untuk backpacking seantero Malaysia dan mencari tarikh dan masa yang sesuai.

18. Selamba dan tak kisah pasal orang nak cakap apa2. Janji diri sendiri bahagia.

19. Si lurus bendul bak pembaris yg kadang2 bersifat tradisional dan kolot.

20. Sedang berusaha menjadi insan yg berguna demi agama, bangsa dan negara..

Sekian dari saya. 
Moh le kita tag orang yang seterusnya.. XD ♥

@jumma_merican 
@sofiamerican 
@afiqmerican 
@princess_alolahey 
@admsyarif 
@didadidid 
@jeenox 
@panda_astronaut 
@doubleyana 
@tyaachan 

♥♥♥


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~