Thursday, May 16, 2013

The heat is on…

Sedar tak sedar, dah nak habis semester untuk penggal 2012201302. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada sedkit kekecewaan terhadap diri sendiri berkenaan tempoh kehadiran kelas selain studio. Aku akui bahawa aku seorang yang amat culas untuk pergi kelas. Cuma studio je aku tak pernah miss untuk attend dan keempat-empat crit aku semangat datang awal. Huhu, 1st crit je tak berapa nak semangat nak datang awal atas faktor permasalahan hati yang melanda. Huhu..

Alhamdulillah, semalam (150513) baru sahaja tamat pre-FTA untuk semua final year architecture students. Feedback yang diberikan oleh urban panels, Puan Wan Hashimah dan Dr Wan Zakri amat amat amat memberangsangkan. Tapi sedikit terkilan dengan salah seorang lecturer yang pernah mengajar aku dulu. Beliau bertanya pasal projek aku which is Kompleks Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit. First thing yang beliau tengok adalah site plan aku yang mana memang aku tunjuk di muka pertama board dan beliau tidak tengok lagi 8 boards yang terpampang. Yang keluar daripada mulut beliau adalah, “This is only a small project..” dan beliau berlalu begitu sahaja. Aku rasa macam kena tampar laju-laju, berkali-kali. Siyesly.. Tapi aku takkan ambil pusing sangat dengan kata-kata yang tak membina daripada orang sekeliling. Aku dah biasa kot dapat ayat-ayat macam tu. Bak kata orang; alah bisa, tegal biasa. Yang aku tahu sekarang, aku bukan nak buat tesis yang aku syok sorang-sorang. Aku nak produce something yang dapat bagi benefit dekat user tu sendiri. Mana tahu kot-kot Kompleks Aktiviti ni dapat dibina secara real in the future. We never know..

3 minggu lagi.. 3 minggu lagi untuk submission Final Thesis Assesment. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan thesis proposal aku ni (kalau mash 1st stage masih lagi dianggap sebagai proposal je sebenarnya) dapat dipertmbangkan untuk naik ke 2nd stage. Dan akhirnya, kalau segala ini terjadi aku bakal graduate hujung tahun ini. InsyaAllah..

One step closer to become an architect..

And who knows one day I can become the Minister of Women, Family and Community Development..

We never know what the future holds for us..

boards pre-FTA

boards FTA

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~