Saturday, October 20, 2012

alahai emas

Wanita memang tak mungkin boleh dipisahkan dengan emas. Tengok je cerita Anak Mami The Movie tu semua, gelang tangan dah sampai boleh cecah siku. Kalau rantai, selagi leher boleh tampung, selagi tu dikalung sebanyak-banyak rantai emas. Tak kurang juga lelaki yang meminati emas. Emas kan simbol kekayaan.. Gila apa orang yang tak suka dekat emas?

Well, aku takde la nak cakap yang aku tak suka emas. Siyesly, tersangat suka. Malah, bahagia giler kot kalo dapat cincin emas bertatah berlian tatkala ni..huhu *angan semata-mata* Tapi, aku sangat rendah diri bilamana aku mendapat tahu yang aku ni alah dengan emas. Ye, ALAH DENGAN EMAS. Bukan kalau dekat dengan emas, aku bersin. Tu menggila namanya. Aku tak boleh nak sarung barang-barang yang diperbuat daripada emas ke badan.. siyesly~~

Aku mula berjinak-jinak dengan emas masa aku umur 5 tahun kalau tak silap. Masa tu aku duduk dengan arwah nenek belah ayah aku. Nak buat teman untuk nenek aku kononnya, padahal aku rasa aku ni asyik susahkan nenek aku adalah. Huhu, asal balik dari main je, ada je yang calar balar, darah sini sana. Main tak ingat dunia. Ingat lagi aku belajar naik basikal dengan ada seorang budak lelaki ni. Dah tak ingat nama dia siapa, muka pun aku tak cam kot. Biasa la, kawan masa tu sebab nak pinjam basikal dia.. hehe.. Aku suruh dia pegang belakang basikal, last-last dia lepas basikal tu sebab dia cakap aku dah macam boleh bawak sendiri. Apa lagi, jatuh tergolek dok la, habis luka-luka macam baru keluar dari medan peperangan. Nasib baiklah arwah nenek aku memang bukan seorang yang suka berleter. Dia bersihkan luka aku sambil nasihat je.. *rindu pah*

Berbalik ke cerita emas, suatu hari arwah nenek aku ni bawak pergi shopping, beli barang dapur. Lepas tu, aku ingat lagi nenek aku macam berkenan dengan ada subang dekat kedai emas ni. Dia tarik aku bawak masuk kedai emas tu. Memang arwah nenek aku dah tanya aku dulu, nak tak tindik telinga. Benda baru untuk aku, aku pun jawab la nak.. Sebab nenek aku cakap, pakai subang nanti nampak lagi lawa. Sumpah termakan pujukan arwah pah time tu. Nak cantik punya pasal. Ditadah la telinga untuk ditindik walaupun rasa takut giler tu ada, sampai nak tercabut jantung. Memang rasa sakit juga la masa dia tindik tu, aku siap nangis kot. Lepas operasi tindik telah berjaya dijalankan, arwah opah bawak aku pergi belanja aiskrim.. Siyesly, memang heaven giler..

Part yang tak bestnya, bila dah mula malam telinga aku macam membengkak kedua-dua belah. Lepas tu. dia macam bernanah.. Arwah nenek aku memang aku nampak takut giler kot sebab kalau sebelum ni aku luka-luka pun tak macam tu sampai boleh bengkak bagai. Apa lagi, nenek aku terus call parents aku suruh datang bawak gi check dekat klinik. Malam tu jugak aku pergi klinik dan doktor syorkan dekat bapak untuk tanggalkan subang emas tu sampai telinga aku baik semula. Memang time tu paling aku rasa bersalah adalah dekat arwah nenek aku. Ye la, aku pandai-pandai je jawab padahal aku patutnya tanya mak bapak aku dulu. Tapi, sesal dulu pendapatan sesal kemudian dah tak berguna. Telinga pun dah kembang, dah tak boleh nak buat apa la kan. Mama aku sampai tiap-tiap hari asyik dok main doktor-pesakit dengan aku sebab nak check telinga dah baik ke belum..

Tu pasal pemakaian subang. Cerita ni pulak pasal rantai. Bapak aku baru balik dari Indonesia. As usual, dia memang suka bawak balik hadiah untuk mama dan anak-anak dia. Kitorang yang the girls ni dapat rantai emas seorang satu. So, kitorang pun apa lagi bergaya la dengan rantai emas masing-masing. masa tu ok lagi, sebab dah try bergaya terus mama aku simpan rantai tu. Saat yang paling tak best, masa pergi kenduri siapa entah. Mama aku kalungkan la rantai tu dekat kitorang. Memang dah rasa macam bertambah lawa la sebab ada rantai kan, ko ada? Hahaha.. Lepas beberapa ketika, aku dah mula rasa tak selesa.. Rasa macam gatal-gatal dekat bahagian leher. Aku cakap dekat mama aku aku nak tanggal rantai ni sebab rasa rimas sangat, pedih-pedih semua. Bila mama aku toleh je dekat aku, dia apa lagi, terkejut la sebab leher aku dah penuh dengan ruam. Nasib baiklah ruam tu kecik-kecik je. So, terus mama aku tanggalkan rantai emas tu dan lama-kelamaan, ruam tu pun hilang..

Jadi, dari episod-episod yang terjadi itulah parents aku menyimpulkan bahawa aku alah dengan emas dan aku sebagai insan yang mengalami peristiwa tersebut mengiyakannya. Maka, aku tidaklah terlalu menginginkan sebarang perhiasan yang dibuat berdasarkan emas tapi pandangan aku beralih kepada barang-barang silver yang setakat ni tidak memberikan sebarang alahan kepada kulit aku. Tak tahu la sekarang dah boleh pakai emas ke, sebab kulit dah tebal sikit dari dulu, dah kurang sensitivitinya ke. Tak pernah terasa untuk cuba kembali memakai emas. Takut ruam kembali lagi. Emas putih pulak mahal sangat, jadi belum pernah cuba pakai lagi..

Tapi, tu tak bermakna aku tak nak menyimpan emas sebagai aset kehidupan nanti. Mana tau, masa-masa terdesak ke boleh aku gadai emas yang ada. Silver kalau nak pakai boleh lah, tapi kalau gadai memang takde pulang modal beli..

So please..
Don't hesitate to give me gold as a gift as I will be thankful with all my heart to have them in my hands..^_^


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment