Sunday, January 29, 2012

10 fakta terang-jelas-abadi

nak dijadikan cerita,
10 facts about me ni ditulis setelah melawati laman twitter baru sahaja sebentar tadi..
malas nak tulis dekat tweet book,
saja nak menokok nambah post di blog..hehe~ ^_^♥♥♥

1.         Waktu yang paling menggembirakan adalah waktu bersama keluarga dan rakan-rakan. Seriously, sangat menyesal sebab time tengah bercinta hangat, memang melekat macam belangkas dengan ‘member’ tu..most precious time and memories berlalu dengan begitu je. Macam takde maknanya dah..Lagi baik lepak makan kacang pekena air coke dengan bestfriends sambil bercerita pasal masa depan yang tak tahu apa kesudahannya..
                  

2.         Seorang yang sangat kidal sampaikan kutleri yang ada atas meja kena setting balik sendiri kalau makan dekat hotel. Main gitar pun dah persis Justin Bieber..yeah!!!

3.         Orang kata aku ni macam ada sikit muka bongkak+riak+angkuh+sombong.
Huhu, muka eksotik kot, memang macam ni. Lagi satu, ia adalah taktik untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh para strangers serta tidak mahu dikenali..

4.         Nangis sangat kuat. Lagi2 kalau tengok cerita jiwang bagai ni. Memang tangkap leleh habis..huhu~

5.         Amat menyukai warna MERAH JAMBU (yang sebelum ni benci giler nak mati..hah), chocolates, teddy bear, kad lagi2 kalau handmade, video games, lepak, tidur, zzz..sekarang tengah dalam proses minat bunga..hehe~
            

6.         Agak memilih bulu dalam berkawan.. Huhu, bukan ape. Cuma tak mahu tersilap memilih kawan yang boleh dijadikan teman sejati di kala senang mahupun susah. Berkawan memang mudah, namun untuk mengekalkannya terlalu payah. Jadi, eloklah memilih supaya tidak ada pihak yang berkecil hati di kemudian hari..

7.         Flashback memory yang tak dapat dilupakan adalah menjadi pelajar cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM..semoga masa MAHASISWA ni masih boleh naik pentas dengan pointer yang boleh dibanggakan..insyaAllah~

8.         Zaman paling menyeronokkan adalah zaman universiti. Walaupun terdapat pelbagai dugaan, cabaran dan liku yang perlu ditempuhi, namun di sinilah aku mula mengenali kawan dan lawan, siapa sahabat dan siapa musuh. Walaupun zaman sekolah pun ada cabaran, zaman u ni lagi mencabar dan aku terasa tercabar..huh~

9.         Amat mudah memaafkan, namun sukar sekali untuk melupakan..~

10.       Nak bagitau something, kena straight to the point.. tak payah nak corner2 kick bagai.. Aku terlalu lurus orangnya dan aku bercakap kadangkala terlalu lurus sehinggakan terkadang lupa bahawa ayat tersebut mengguris hati mereka yang mendengarnya..maaf maaf maaf..huhu~

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

MANCHESTER UNITED tewas tipis

huhu..
tetibe je tergerak tergatal tangan nak memblog mengenai insiden yang begitu jarang2 sekali berlaku di arena bola sepak liga inggeris..
haih, semakin merudum la semangat kesukanbolasepakan ku terhadap MAN U nih..
adeih, nak tulis panjang2 pun tak boleh..
aku tak reti sangat main bola sepak terajang ni, sepak orang reti la..

jadi, bagi menyemarakkan kembali api kesukanan dalam diri,
berbaringnya saya di atas katil sambil mengadap laptop yang tak berapa nak gah di persada teknologi era masa kini,
secara rendah dirinya menyatakan kekesalan di atas kemenangan LIVERFOOL yang mungkin hanyalah sekadar rezeki untuk hari ni
dan teruskan usaha gigih, mantap dan jitu kepada MANCHESTER UNITED bagi perlawanan seterusnya..

GLORY GLORY MAN UNITED !!!

hari ni juga detik bersejarah buat pasukan SELANGOR kerana telah berjaya menumbangkan T-TEAM dalam perlawanan tadi..
syabas diucapkan kepada para pemain..

SELANGOR..THE RED GIANTS !!!

p/s: teringat zaman muda remaja darah tengah panas..waktu tu selangor kalah dengan team mana entah..
mengamuk giler dengan adik2 semua sampaikan nak buat banner tanda protes cara permainan skuad selangor..hehe, kelakar la pulak bila ingat2 balik..ye la, kita kan dah tua sekarang..haish..~

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Friday, January 27, 2012

saya GEMOK!!!

sesungguhnya, saya mengisytiharkan saya semakin montel..gundha sura ghandhi..argh!!

ye, makan makin sikit..
satu hari makan sekali je..
tapi sekali makan berbukit bukit..
makan segala bagai dihentamnye..

argh, ni makannye!!

sudah dengan program berpantun..

jelas sekali saya semakin mok..
waa, itu realiti ye cik sonamok..
tak perlu disorok-sorok..
stress, tertekan akibat berat badan yang makin mencucuk cucuk bintang di langit..

kalau unggul takpe, ni dah tahap obesiti..
oleh sebab tak bersenam tiga kali..
hasil penilaian incik herbalife tempoh hari..
ia masih menghantui diri..
sehingga kini..
walaupun ia sudah sebulan terjadi..

hadoi la ye pun oh berat ku ini,
silalah turun dengan kadar yang segera..
saya mahukan 45kg sahaja..
sekian..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Bertafakur dan bersyukurlah...

Assalam..

Dear Sona Afzan,

Berpesan-pesan menuju ke jalan Allah yang diredhai agar sentiasa berada di platform yang benar..insyaAllah..

Diliputi segala nikmat kesihatan dan kesejahteraan tetapi tidak menyedarinya..

Mahukah penglihatan yang bisa membezakan cahaya dan kegelapan digantikan dengan segunung emas bak Gunung Everest dan selepas itu menjadi buta?
Mahukah pendengaran yang bisa membezakan irama dan bunyian ditukarkan dengan selaut tanah seluas Lautan Pasifik dan selepas itu menjadi tuli?
Mahukah lisan yang bisa menyebut nombor dan perkataan digalangkan dengan istana megah dan selepas itu menjadi bisu?
Mahukah anda menukar tangan dan kaki dengan emas, berlian, intan, permata dan selepas itu menjadi kudung?

Sesungguhnya kita diliputi segala nikmat kesihatan dan kesejahteraan tetapi tidak menyedarinya..

"Terhadap diri kamu sendiri, mengapa anda tidak pernah memikirkannya?"

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Monday, January 23, 2012

Jangan berdukacita..

Assalam..

Dear Sona Afzan,

Berpesan-pesan menuju ke jalan Allah yang diredhai agar sentiasa berada di platform yang benar..insyaAllah..

Jika tidak sengaja berbuat dosa, segeralah bertaubat..
Jika sudah melakukan kejahatan, mintalah keampunan..
Jika telah berbuat kesalahan, perbaikilah kelemahan..

Sesungguhnya,

Rahmat dan dan kasih sayangNya itu tidak terhingga luasnya..
Pintu keampunanNya selalu terbuka dan sentiasa melimpah ruah..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, January 22, 2012

saya sayang awak

alhamdulillah, tahun 2012 ni sangat memberikan sinar yang baru dalam episod hidup sepanjang 24 tahun bernafas..

kawan-kawan datang dan pergi namun sahabat sejati tetap utuh kekal di sisi..
sungguh, walau betapa hebatnya kesulitan dan kecelaruan yang melanda diri,
mereka teguh mendampingi tanpa pernah merungut waima sedikit pun,
terima kasih sahabat..

persahabatan yang terjalin akan sentiasa terpahat di sanubari tanpa tercarik dimamah usia..
aku sayangkan persahabatan kita..

kerana tanpa kalian memberikan sokongan, dorongan, nasihat dan teladan,
tidak mungkin aku berdaya untuk masih kekal bertahan di bumi bertuah ini..

sekali lagi, terima kasih sahabat..♥♥♥


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Ya Allah..

Assalam..

Dear Sona Afzan,

Berpesan-pesan menuju ke jalan Allah yang diredhai agar sentiasa berada di platform yang benar..insyaAllah..

Sentiasalah membasahi lidah dengan menyebut nama Allah yang Maha Esa

agar hati akan sering tenteram, 
roh semakin damai dan jiwa menjadi tenang..
sementara urat saraf menjadi lentur, 
kecerdikan meningkat 
dan keyakinan semakin mantap ^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
 ~yona_afzan~

be the simple YOU..

1. money doesn't create man it is the man who created money.
2. live your life as simple as you are.
3. don't do what others say, just listen them, but do what you feel good.
4. don't go on brand name, just wear those things in which you feel comfortable.
5. don't waste your money on unnecessary things, just spend on them who really need rather
6. after all, it's your life then why give chance to others to rule our life..

~WARREN BUFFET ♥

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Saturday, January 7, 2012

buat tatapan..

dearie misz AfzanAnos LoLitaHunny,
petua cantik simple n terbaik:-

♥ MAAFKAN ORANG SEBELUM TIDUR..@_@

♥ KURANGKAN MARAH, TENSION DAN SAKIT HATI..~_~

♥ SENYUM SEIKHLAS HATI KEPADA SEMUA ORANG..^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

oh archie...

When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

life as an architecture student..
this song is very suitable to express my feelings right now about it..
though my confidence was quite high at the beginning of learning new things in archie, but now it seems to have decrease from day to day..

i do have dreams to become a great and successful architect one for me to be able to help my fellow nations when i am rich and famous..

i do have a dream of having my own foundations to help those poor especially children for getting better education in their life..

those hopes will always continue to be in my heart to make it real..

may Allah bless my way in getting the right path in the future..insyaAllah

I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness but still another mile
I'll cross the stream, I have a dream


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

azam 2012 saya

semua memasang azam dan niat baru pabila bermulanya tahun baru..
so, apa rancangan untuk tahun baru ni?
hehe, memang susah sebenarnya nak mengupas apa yang diiniginkan untuk tahun ni..takut untuk berjanji dengan diri sendiri, takut tak terdaya untuk lakukan apa yang telah terhajat..

jadi, setelah ditambah tolak perkara2 yang tidak mungkin dapat berlaku tahun ni, dinilai semasak-masaknya sampai hangus..
maka, berikut adalah..

AZAM TAHUN 2012 SONA AFZAN

  1. Jaga solat
·         Sebelum ni, solat asyik tunggang langgang.. harap2 mulai tahun ni nak full solat, insyaAllah..
  1. Selalu solat dan puasa sunat
·         Setakat puasa ganti tiap2 tahun tu je sebagai puasa sunat..kalau boleh mulai tahun ni, nak biasakan diri dengan puasa sunat hari isnin dan khamis, solat sunat malam, mengaji kalau ada kelapangan..insyaAllah..
  1. Jangan PONTENG kelas
·         Heee, memang tidak dinafikan semakin menginjak usia di u ni, semakin malas untuk ke kelas..tapi saye pernah masuk kelas member fizik saye..sangat best..
·         Walau ape pun cabaran dan dugaan lepas ni, saya janji yang saya takkan tuang kelas lagi dah..
  1. Buat baik dengan semua orang
·         Tidak dinafikan saye ni seorang yang memilih bulu untuk berkawan sebenarnye..bukan pada luaran, tapi saye amat menitik beratkan soal hati dalam memilih kawan ni..nak cari yang sama kaki, boleh huha-huha bagai dan pada masa yang sama kalau saya ada masalah, saye boleh refer pada dia..saye tak nak kawan yang hanya nak gunakan saye untuk kepentingan tertentu..kang tak pasal2 ada yang kena maki setepek..*saye seorang yang cepat panas hati*
·         So, untuk azam tahun ni dan akan datang, saya akan terima sesiapa sahaja sebagai kawan tapi takde la sampai rapat-rapat sangat..bak kate pepatah, kawan biar beribu..
  1. Belajar REVIT sampai lebam
·         Member Archie cakap guna REVIT ni menyenangkan mereka yang susah untuk imagine 3D macam saya sebab daripada plan, REVIT boleh terus convert ke 3D.
·         Jadi, oleh yang demikian saya akan pastikan saya MAHIR untuk menggunakan REVIT di masa akan datang.
  1. Kurangkan BERCAKAP
·         Heee, saye memang suke bercakap. Dengan orang yang tak kenal pun, saya cakap je.boleh dikatakan peramah nak mampos jugak la..
·         Mulai tahun ni, saye nak kurangkan bercakap kerana menurut ahli ulama, kurangkan bercakap akan mengurangkan dosa..insyaAllah.
  1. Hantar ASSIGNMENT on time
·         Hee, oleh sebab saye selalu tuang kelas, saye selalu tidak mendapat maklumat mengenai assignment. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi, saye tidak lagi akan tuang kelas dan akhirnya dapat menyiapkan seterusnya menghantar assignment tepat pada masa.
  1. Call mama dan ba sekali seminggu
·         Orang kata, berbicara dengan ibu bapa dapat melapangkan jiwa di kala duka. Jadi, saya mengambil keputusan untuk sering menghubungi MAMA dan BA sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengetahui keadaan mereka..
  1. Belajar main GITAR giler-giler
·         Setelah hampir setengah tahun berhempas pulas mencari duit dan kes duit hilang, akhirnya saye telah membeli gitar yang akhirnya duduk diam-diam di tepi meja studi. Agak-agak kalau BABY boleh bercakap memang die meraung la. BABY yang selalu ditinggal-tinggalkan...
·         Mulai tahun ini, saye akan pastikan yang saye MAHIR not basic dan belajar PLUCKING oleh sebab saye dah reti STRUMMING..yeay!!
  1. Diet itu WAJIB
·         Oleh sebab berat saye telah bertambah, lemak2 berlebihan telah dikecam hebat oleh HERBALIFE tempoh hari, saye akan pastikan yang saye DIET mulai tahun ni..
·         Diet REJIM saya:
o   sarapan – macam orang kaya gile nak mampos
o   tengahari – macam orang kerja biasa, makan berjimat
o   malam – macam orang tak kerja, makan ciput giler
o   no heavy snacks at night
o   kurangkan fastfood – kurangkan VANILLA COKE ye SONA AFZAN
o   kalau agak2 tengah lapar, kunyah chewing gum.
o   makan biskut MAGIX kalau lapar.
  1. Berat unggul: 45 kg
·         Oleh sebab berdiet, saye akan pastikan berat saye tidak akan melebihi 45kg mulai tahun ini.
  1. Update blog sekali seminggu
·         Blog ibarat diari di kala terluang. Jejari yang tiba2 gatal dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengupdate blog..=)
  1. Tak nak BOROS.. simpan duit
·         Archie life sangat menggunakan BANYAK duit. Jadi, saye tak boleh boros2 dan menyumbangkan wang ringgit saya ke arah keseronokan duniawi semata-mata.
·         Duit kena simpan untuk ASB dan Tabung Haji..mana tahu, ada rezeki boleh ke Tanah Suci awal..insyaAllah..
  1. Ambil lesen motor dan kereta
·         Memang dah lama dah ada angan-angan jenin untuk ambil lesen start umur 20 tahun tapi sekarang dah umur 24 tapi masih di takuk yang lama.
·         Jadi, by hook or by crook, saye akan pastikan tahun ini menjanjikan lesen motor dan kereta buat saye..
  1. Kerja rajin-rajin
·         Kerja rajin-rajin, duit bakal mahsyukkkk...=)
  1. RM100 ---> 3 bulan internet
·         Internet digi telah berada di tangan, tapi duit masih tidak di tangan untuk topap. Nak topap sikit, rugi. Oleh itu, topap RM100 menjanjikan 100 hari internet dengan jayanya. Peluang takkan disia-siakan..insyaAllah..
  1. Langsaikan HUTANG
·         Hutang walaupun dengan teman-teman rapat tidak sewajarnya dicincaikan. Seelok-eloknya dilangsaikan secepat mungkin bagi mengelakkan jika ada apa-apa yang berlaku di kemudian hari, hutang tidak membebankan keluarga..insyaAllah..
  1. Siapkan PORTFOLIO (1st, 2nd, 3rd, 4th year)
·         Azam yang paling AZAB untuk dilakukan untuk tahun ni tapi digagahkan juga untuk melunaskannya bagi mengelakkan saye sukar untuk mendapatkan kerja sebagai arkitek berjaya setelah tamat pengajian nanti..
  1. DAPAT BALAK KAYA
·         Azam yang paling BEST untuk tahun ni. Memandangkan saye telah setahun menyinglekan diri, saye ingin mengambil kesempatan tahun ini untuk mencari balak idaman di mana dia harus lah memiliki kriteria-kriteria berikut:
o   Kaya giler seperti Bill Gates
o   Hensem iras-iras Carlos Pena
o   Tinggi bak Peter Crouch
o   Badan 6 pax persis Taylor Lautner
·         Semoga balak sebegini dapat dijumpai dengan segera..hehehehe~

pesan mak jemah:
azam ni kalau boleh perlu untuk ditampal di sekitar sudut yang sering dilihat terutama sekali di depan meja studi, tempat mengiring masa tidur dan pintu hadapan bilik supaya senang untuk bermuhasabah diri tidak kira masa dan di mana jua anda berada..^_^♥

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~