Thursday, November 15, 2012

hello kitty #6

Disebabkan incik sam dah ada baju hello kitty,
cik kitty ni diplugkan ke incik imob..

special thanx to misz DidaDidId

thanx dear, really love it ^_^♥


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

salam maal hijrah 1434H

Alhamdulillah syukur..

Terima kasih Ya Allah,
Kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi-Mu ini
Sekaligus masih diberi ruang untuk bertaubat
Di atas segala kejahilan dan kekhilafan yang telah dilakukan
Dalam keadaan sedar mahupun tidak..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Ketika ramai yang tidak kesampaian
Untuk menebus kesilapan lalu telah dicabut nyawa,
Aku masih terus di sini kerana
Kau masih ingin memberiku ruang dan peluang untukku
Menjadi Islam tidak hanya pada nama,
Tetapi pada iman jua..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah
Bukan kemewahan dari segi kebendaan,
Namun kebahagiaan yang membuatku amat bersyukur
Setiap denyutan jantung yang berdegup tanda aku masih bernyawa
Setiap anggota badan yang masih mampu digerakkan aku
Setiap sedutan oksigen yang Engkau kurniakan kepadaku
Setiap perasaan yang Engkau serapkan ke dalam jiwaku..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Namun tidaklah aku ingin ditempatkan ke neraka-Mu
Aku bermohon kepada-Mu agar diberikan taufik dan hidayah
Untuk terus berada di jalan lurus-Mu
Sampai waktu aku untuk bertemu-Mu..

Terima kasih kerana masih dihidupkan lagi hamba-Mu ini..


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Monday, November 5, 2012

perihal si anak kedua

Siapa anak kedua dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia utamakan ibunya. ^_^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dalam ramai-ramai adik beradik, dia aje yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu, dia bersungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
Memang anak kedua ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia, sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitamlah. Kalau putih, putih lah. Degil sampai kadang-kadang tak boleh nak bertoleransi.

HATI
Anak kedua ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut. Satu lagi pe'el dia, dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

ARAHAN
Anak kedua ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak kedua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas,0 jangan bagi diorang marah. Kalau diorang marah, faham-faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas. =)

*hasil copy paste dari Kak Ita*

ps: bukan nak percaya benda ni bulat2 tapi ada jugak yang kena kot dengan diri sendiri..=)

saya si anak kedua yg degil, cengeng, mereng dan seumpama dengannya..^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Friday, November 2, 2012

bila kaki di kepala dan sebaliknya

Bilamana minda dah tak dapat nak menumpukan perhatian terhadap apa yang sebenarnya aku perlu lakukan, serta-merta urat saraf terasa menjadi semakin mengecut dan darah yang mengalir semakin perlahan hingga menyebabkan badan terasa sejuk secara tiba-tiba. Akhirnya, badan terasa di awang-awangan dan berlakulah mental breakdown..

Mungkin itulah yang sedang aku lalui sekarang. Dengan keadaan separa sedar menghapdet blog disebabkan kepala hotak dah tak boleh menerima arahan untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan sedari pukul 9 malam tadi, aku stop kejap untuk buat acara design-mendesign bandar Raub yang bertemakan EMAS.

Siyesly, semester ni semester  yang paling aku struggle sebab start dari semester ni aku nak try dapatkan balik 3 pointer aku yang aku campak entah mana. Bukan tak pernah dapat, tapi sebab asyik memikirkan perkara yang tak patut, aku lalai. Baki yang ada ni aku kena kerja keras untuk dapatkan pointer yang baik bila grad nanti..

Okey, studio semester ni URBAN. Memang siyes tough sebab catat sejarah la aku balik bilik kalau tak cecah pukul 3-4 pagi memang tak sah. Ada sekali dua je balik awal. Tu pun sebab pagi takde kelas, kitorang buat discussion waktu malam. Pergh, memang bengkak-bengkak la mata, siyes rabak, terbarai-barai semua istilah memang ada. Sekali nampak macam orang gian ice sebab mata stok kuyu je, jalan menghuyung ke kiri sikit.

Sekarang dah di bahagikan kepada 7 orang per group. Macam awal-awal studio dulu, satu group ada 21 orang. Lepas cuti mid-semester ni baru akan start individual design. Time tu memang aku nak buat kerja dekat bilik je, takmo keluar-keluar. Huhu, memang kira tahap balas dendam paling maksimum semaksimum yang boleh.

Ok. Berkenaan dengan semester ni, cara pembayaran yuran dah berbeza. Kitorang dah tak boleh kumpul hutang dan bayar lump sum sebelum grad. Sekarang kena bayar every semester setiap hutang yang ada. Aku amat bermasalah dengan kaedah pembayaran begini sebabnya aku bukan lagi pemegang pinjaman PTPTN (aritu kantoi satu semester). Borang insert/delete subject aku sangkut dan ada 2 subjek yang aku nak delete tak dapat nak dimasukkan dalam sistem. Nasib baik la tadi ke bendahari, en Azizi tu nak tolong mohonkan dekat PTPTN untuk aku. Kalau suruh aku buat sendiri, memang tak jalan la jawabnya surat aku ke PTPTN. Aku cari cara lain yang dekat dengan aku, mohon pinjaman dekat masjid ke, hema ke. Mana-mana la asal boleh dapat duit.

Siap boleh terfikir nak jadi rock star, menyanyi dekat mana-mana ceruk janji boleh dapat duit. Tak pun jadi model untuk iklan mana-mana. Sampaikan tadi aku terfikir mungkin sebab ni lah ramai remaja yang terkandas dalam kancah maksiat semata-mata untuk mendapatkan keperluan kewangan yang seringkali mengekang kehidupan.

Huhu, baru sekarang aku tahu macam mana susahnya nak hidup dan mendapatkan duit untuk cukup nak tanggung life seharian. Sumpah sakit. Tu baru bujang, kena cari RM2000 je untuk langsaikan hutang belajar. Kalau orang yang dah berkeluarga, sure terikat dengan hutang kereta, rumah, sekolah anak-anak, makan pakai seharian. Siyes aku tak boleh fikir pasal benda-benda macam tu sekarang. Lepas tu tiba-tiba teringat jerih perih mak bapak aku nak besarkan kitorang ni yang umur semua dekat-dekat je. Dengan sekolahnya, makannya, siyes aku tabik. Thanx ba, mama sebab tak hantar kitorang dekat pusat anak-anak yang memerlukan bantuan. Hoho, boleh tahan jugak bangang aku tengah-tengah malam cenggini kan? Ada pulak mak bapak yang sanggup hantar anak-anak dia ke pusat cenggitu..

So, aku mengisytiharkan yang aku masih belum bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan yang sedia ada mencabar tu. Ternyata hanya orang yang betul-betul bersedia dari segi mental, emosi, rohani dan kewangan layak untuk melangkah ke alam tersebut. Aku nak tanggung diri sendiri pun tak mampu lagi, ni nak sama-sama tanggung rumah tangga. Huhu, takmo fikir dah..

:: Semoga aku berjumpa dengan calon suami yang kaya, hensem, tinggi, baik, sopan, sabar, penyayang dan semua yang baik la..=)


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~