Sunday, September 30, 2012

Surat buat Incik Jodoh bin Takdir

Ke hadapan Incik Jodoh bin Takdir yang bakal saya nikahi,

Assalamualaikum..

Sebenarnya banyak kerja yang perlu saya siapkan di waktu-waktu begini. Akan tetapi, malangnya fikiran saya seringkali terkenangkan awak. Aduh, kadang-kadang boleh rasa macam nak meletup jantung saya bila perasaan ini berlegar-legar di ruang perut. Banyak persoalan yang ingin saya ajukan, terlampau banyak. Namun, saya hanya mampu untuk bertanyakan beberapa cuma. Maaf jika soalan yang terlintas mungkin menimbulkan ketidaksedapan hati awak.

Incik Jodoh,

Siapa awak yang sebenarnya? Adakah kita mengenali antara satu sama lain? Seandainya kita pernah bertemu dan berkenalan sebelum ini, jujur saya meminta maaf kerana selama ini, tidak pernah saya memberikan perhatian terhadap awak. Saya terlalu taksub dengan dunia saya sendiri, terlalu asyik menggila dengan rakan-rakan sehinggakan saya mungkin telah merobek sedikit sebanyak hati dan perasan awak. Saya cuma insan biasa yang berpijak di atas bumi yang penuh dengan kelalaian. Adakalanya saya tidak sedar bahawa orang yang saya nantikan selama ini sudah berada tidak jauh dari saya. Sungguh, saya tidak pernah tahu dan tidak juga pernah perasan. Malah, tidak pernah terlintas di fikiran dan jauh sekali dari kotak hati saya untuk mengimpikan seseorang seperti awak. InsyaAllah, saya berjanji untuk menjadi pendamping setia dan teman terbaik di kala suka mahupun duka untuk awak selepas ini hingga ke hujung nyawa.

Incik Jodoh,

Apakah yang membuatkan saya menjadi pilihan awak? Ya, saya tahu segalanya telah tertulis di Loh Mahfuz dan Dia yang telah menetapkan semuanya. Namun, hati saya menjadi serba salah andai saya tidak dapat menjadi yang terbaik seperti yang awak inginkan. Antara kita, tiada satu pun yang sama. Kita berdua sungguh berbeza, ibarat langit dan bumi. Saya banyak kekurangan dan kelemahan. Saya tidak secantik Lisa Surihani walaupun saya meminati dia. Saya tidak hebat memasak seperti Sheila Rusly walaupun setiap episod ketuk-ketuk Ramadhannya saya ikuti. Saya masih lagi tidak mahir menguruskan diri sendiri apatah lagi urusan rumah tangga kelak yang pastinya beribu kali lebih payah daripada itu. Saya kurang serba-serbi, itu ini. Saya harap awak dapat memberikan tunjuk ajar dan tidak jemu untuk mencari keserasian antara kita.

Incik Jodoh,

Adakah awak sudi membimbing saya ke jalan yang diredhai Yang Maha Esa? Ya, tidak dinafikan saya masih lagi jahil dalam bab agama. Malah, dalam hal kehidupan pun saya masih lagi terkial-kial mencari jalan dan kebenaran. Saya mungkin cerdik dalam hal pelajaran, namun soal agama tidak mungkin saya dapat pelajari sendiri tanpa insan yang sanggup membimbing saya. Adakalanya iman saya goyah dek penangan godaan syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk menghasut dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam. Bahkan, dia telah bersumpah sehingga kiamat nanti dia akan merantai seramai mungkin untuk menjadi kawannya di neraka jahanam nanti. Saya tidak mahu menjadi salah sorang daripada mereka, penghuni neraka. Saya berharap agar awak dapat menjadi imam untuk mengetuai solat saya, penyuluh cahaya terhadap jalan saya dan seterusnya ayah terbaik buat anak-anak kita.

Incik Jodoh,

Sanggupkah awak mencintai dan menyayangi diri saya sehingga akhir hayat dan insyaAllah sampai syurga kelak? Saya tidak mengharapkan limpahan kemewahan bergunung-ganang tetapi cukuplah sekadar dapat menampung keperluan seharian kita. Saya juga tidak berkehendakkan awak untuk menjadi lelaki paling sempurna buat saya. Tidak, saya tak perlukan semua itu. Cukuplah bagi saya untuk awak menjadi diri awak yang saya kenali dan tiada apa yang dapat merubah perasaan saya untuk mengubah apa-apa yang ada pada diri awak, InsyaAllah. Cuma yang saya pinta adalah kasih sayang dan cinta yang tidak mungkin saya peroleh daripada orang lain, cuma dari awak seorang. Dengan mencintai diri awak, saya berharap agar saya dapat menjadi insan yang lebih mencintai Tuhan lebih daripada segalanya.

Incik Jodoh,

Rasanya cukuplah setakat itu dahulu persoalan saya. Saya berharap agar kita dapat bersama-sama menempuhi kehidupan yang penuh pancaroba berlandaskan panji dan tiangNya serta mencari keberkatanNya dalam apa jua yang kita lakukan bersama.

Sekian dahulu daripada saya.

P/s: I’m gonna love you ‘til jannah..InsyaAllah..^_^


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Hipokrit itu kamu

H.I.P.O.K.R.I.T. 

Kenapa kau berani bersuara di belakang, tapi di hadapan kau telan je segala perkataan? 

Apakah yang dimaksudkan dengan hipokrit? Bagi aku, manusia hipokrit adalah kawan tikam belakang. Ya, itulah manusia yang paling aku benci sekali dalam dunia ini.. Di hadapan aku, kau sungguh manis bersandiwara walhal di belakangku, kau mengumpat mengata bagaikan kita tiada hubungan apa-apa..

Sungguh, aku tak suka mereka yang bermuka dua ini..nak je aku campak mereka ke dalam longkang terdekat..mereka dengan longkang dah lebih kurang sama, takde beza..sama kotor..
Tak ke mereka sedar yang mereka hanya menambah dosa percuma kalau berperangai macam tu? Hebat, giler hebat lakonan mereka kadang2.. Ada yang sampai boleh mengalahkan pelakon terbaik Grammy..

You ask me to name me one? Well, I can give you tons of shits of hypocrites.. Look around you.. Sometimes, those who is always right beside you is the one who mostly stabs you from behind.. Jangan sesekali berkongsi hati dengan manusia sebegini.. Kalau tak, kisah kau akan dijaja pada semua.. Awal sembang, sudah pasti dia akan turut serta meluahkan rasa hati terhadap mereka yang dia benci.. Tapi, di hadapan mereka pula dia akan akan mencerca kau tanpa belas kasihan.. Aneh melihat orang begini.. Macam takde kerja lain yang nak dibuat.. Siapa nak mengaku bila dah buat tahi di tengah jalan kan?

Kau takut orang membenci kau.. Jadi kau bermuka dengan dia yang kau cerca.. Kau memang bodoh.. Kalau tak suka diamkan, tak perlu berbuat baik semacam.. Jadi diri kau saja, senang kan? Apa, mereka bagi kau duit kalau kau berperangai songsang macam mereka? Tak payah nak berlagak baik sangat tapi hati busuk macam mintak kena cuci dengan clorox..

Aku tak kata yang aku perfect, aku je yang baik dalam dunia ni..tak..
Tapi aku tak macam kau..pada aku kau burukkan orang itu, orang ini..
Lepas tu pada orang lain, kau burukkan aku pula..
Semua cerita kita kau sampaikan..
Kenapa cerita kau maki dia kau tak cakap sekali?
Apa jenis kawan kau ni?

Untungla orang yang suka pada kau sebab kau baik, aku tak..
Kau bagai malaikat, semua kau cakap semua betul..takde yang salah pun..
Aku tabik dengan kau..kau memang terbaik..
Semoga aku dah tak bertemu lagi dengan kau..
Si hipokrit keparat..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hipokrit..
Kau bermuka-muka dengan mereka..
Padahal hatimu menyumpah seranah segala benda..
Raut wajahmu manis bagaikan gula..
Tapi sayangnya batinmu ibarat syaitan bertopengkan manusia..
Kau manusia hina..
Semoga kau damai bahagia dengan caramu yang begitu..
Aku?
Biarlah aku seorang di sini tanpa perlu bermuka puaka seperti kamu..



LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Pakej sempurna

Have you ever thought of having perfect package which covers beauty with blings (money) and brain at the same time? Well, I have..

Siapa yang tak nak ada pakej macam tu kan..giler la kepada mereka yang tak nak sebab menolak rezeki paling mahal sekali Tuhan kurniakan..siyesly, you’ll be in deeply heaven in this world if you got all these with you..

Banyak dalam dunia ni yang memiliki beauty but without brain..

Akhirnya, mereka terkandas sendiri dalam dunia ciptaan mereka yang semata-mata berlandaskan kecantikan wajah dan tubuh badan..
Merosakkan diri menjadi perkara biasa bahkan sanggup menggadaikan maruah yang tidak ternilai harganya oleh sebab ingin mengaut blings dengan cara yang mudah..

Ada juga brainy yang kurang dari sudut beauty..

Lantaran tidak mempunyai paras rupa yang menjadi kegilaan para pria di luar sana, keyakinan diri ibarat senipis kulit bawang..
Akhirnya, segala kepandaian didiamkan jauh dalam benak hati waima tidak dipergunakan sebaiknya sehingga menjadi sia-sia belaka..

Blings but no brain and beauty, it comes nothing..
Adapun wang bertimbun sebanyaknya, tiada kepandaian pun menjadi tidak berguna kerana adakalanya wang yang ada dihabiskan tanpa ada kebaikan..
Ada juga ringgit berkoyan-koyan namun jika kekemasan dan keindahan diri tidak dipelihara pun tiada faedahnya..

Brainy, you are a very talented somebody..
Don’t waste your time with people who are not trying to listen to your thoughts eagerly..
Ideas are meant to be shared and spread all over the country..
Let the world hear your voice, that’s the true beauty..

Beauty, don’t just be pretty..
Be as brainy as you can be..
Show the world that you’re not only selling your face and your body,
Have respect with what God has given you with..

Blingy, the world is not all about money..
What you have now can disappear easily..
Without brain, your blings are not worthy..
Be smart and let your money doubles widely..

walaupun tidak mempunyai kemewahan harta benda, aku masih mempunyai keluarga dan mama terutamanya yang dapat memberikan kasih sayang yang tidak terperi tandingannya..
sungguhpun mempunyai rupa paras yang bersahaja, aku dikurniakan dengan rakan-rakan yang cantik budi pekertinya..
adapun kepandaian yang hanya sedikit cuma, aku bersyukur kerana dikurniakan akal yang boleh membezakan kebaikan dan kejahilan di dunia serta masih lagi diberi ruang taubat untuk dosa-dosa silam..

terima kasih Ya Allah..


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Thursday, September 20, 2012

it's a scam...

pernah x anda menipu dan ditipu? well, i have..

kalau bab-bab menipu ni orang cukup suka kot..
tapi ia bukan untuk aku..
kenapa? sebab setiap kali je menipu, time tu jugak kantoi..
huhu, sampai pernah member aku perli "nak menipu tapi xreti.."

siyesly, aku xsuka menipu..
sebab kalau menipu ni kita kena menipu dengan mimik muka sekali..
yang paling xbestnya, kita kena ingat apa yang kita tipu..

dan, kalau aku menipu,
aku akan dapat terus 'habuan'nya..
kan time kecik2 kita selalu nyanyi dan dengar..
"tipu berdosa, mati seksa. masuk api neraka"
haha, aku xpayah tunggu dekat neraka..
Tuhan balas terus atas dunia..
siyes xtipu..
sungguh, itulah yang berlaku..

pelik tapi benar,
kenapa pulak kalau kita cakap benda yang betul,
orang susah nak percaya?

kadang2 rasa macam jeles gile tengok orang yang pandai menipu ni..

walau kita tau dia ni kuat tipu, tapi orang asyik agung2kan dia..
siyes xtipu bahawa saya siyes cemburu..
huhu..

well, i've once been scammed..
by whom?
aku pun dah xingat nama mangkuk hayun yang suka sangat duit haram tu..
tapi ramai jugak la yang pernah terkena dengan minah ni..
ye, wanita yang bertopengkan syaitan..
siyesly, itulah selayaknya gelaran yang diberikan kepadanya..

tapi, silap aku jugak..
senang sangat percaya dekat orang yang tidak dikenali..
duit dah masuk dalam bank, tiba2 suruh carik orang bawah untuk dapat balik duit..
memang nice la orang shitty cenggini..
dan paling best bila kena bebel dengan orang2 tersayang..
huhu, thanx korang sebab still sayang kat aku, si lurus bendul ni..

so, from that moment..
aku berazam untuk menjadi orang yang berterus terang..
walaupun pahit untuk ditelan ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak..
lagi senang hidup..
kalau tipu pun xguna jugak, kantoi gak akhirnya..

> well, the truth hurts..but lie is worse <


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Wednesday, September 19, 2012

fon oh fon...

setelah sekian lama mendampingi telefon bimbit yang mempunyai ciri-ciri asas untuk menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas semata-mata, timbul pula keinginan hati untuk mendapatkan telefon pintar yang sedang hangat di pasaran kini..

hehe, mukadimah yang penuh bermadah..

sebenarnya, aku baru habis praktikal 14hb september yang lepas. alhamdulillah, pintu rezeki murah. incik bos mendoublekan elaun yang patutnya RM500 kepada RM 1000..syukur atas pemberianNya..

so, this is the phone that i would love to have..
mempersembahkan SAMSUNG GALAXY Y S5360 HELLO KITTY ^______^ ♥

these are some of the specs which i got from the internet..
*totally AWESOMEEEE sampai dibawa ke dalam mimpi*

here we go..
_________________________________________________________________________________

Samsung Galaxy Y Features :
- The Samsung GALAXY Y is simple to use
- Android Gingerbread comes built in to the GALAXY Y
- Get access to over 250,000 apps on Android Market

Samsung Galaxy Y Specifications :

Samsung Galaxy Y Display
Type : TFT capacitive touchscreen, 256K colors
Size : 240 x 320 pixels, 3.0 inches (~133 ppi pixel density)
- TouchWiz UI
- Touch sensitive controls
- Multi-touch input method

Samsung Galaxy Y Sound
Alert types : Vibration, MP3 ringtones
Loudspeaker : Yes
3.5mm jack : Yes

Samsung Galaxy Y Memory
Phonebook : Practically unlimited entries, Photocall
Call records : Yes
Internal : 160 MB
Card slot : microSD, up to 32GB

Samsung Galaxy Y Data
GPRS : Yes
EDGE : Yes
3G : HSDPA, 7.2 Mbps
WLAN : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth : Yes, v3.0 with A2DP, HS
Infrared port : No
USB : Yes, microUSB v2.0

Samsung Galaxy Y Camera
Primary : 2 MP, 1600x1200 pixels
Features : Geo-tagging
Video : Yes, QVGA@15fps
Secondary : No

Samsung Galaxy Y Other Functions
OS : Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
CPU : 832 MHz processor
Messaging : SMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
Browser : WAP 2.0/xHTML, HTML
Radio : Stereo FM radio with RDS
Games : Yes + downloadable
GPS : Yes, with A-GPS support
Java : Yes, MIDP 2.1
- SNS integration
- MP4/WMV/H.264 player
- MP3/WAV/eAAC+ player
- Organizer
- Image/video editor
- Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Quickoffice document viewer/editor
- Voice memo
- Predictive text input (Swype)

Samsung Galaxy Y Network :
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900

Samsung Galaxy Y Size :
Dimensions (W x H x D) : 104 x 58 x 11.5 mm

Samsung Galaxy Y Contents :
Samsung Galaxy Y S5360 Smartphone
Battery
Charger
Handsfree
User Manual - (Please note user manual may come as photocopy or softcopy of English language)

Accessories are items that may come with the package. There are times that some accessories may changed from time to time according to availability from manufacturer.

* Orders will be processed within 2-3 working day(s) upon receive and payment confirmation.
_________________________________________________________________________________

enough with the specs..

aku dah order pun phone ni dengan  harga RM399 (including postage) daripada http://www.mudah.my/Brand+Samsung+Galaxy+Y+Hello+Kitty+Version-17645028.htm and insyaallah, before next week dah boleh start guna..yeay

bertambah la koleksi pink ku..^_^

check out this vid:-

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Tuesday, September 18, 2012

Dear you...

Truly this is just for you..

No matter how far are we..
Please have no worry..
I will take care of me..

And no matter how hard it will be..
I will try to stand on my own feet..
as long as I breathe..

Have faith in me..
And do pray for me..
InsyaAllah, if Allah insists..
Everything will be going smoothly..


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Saturday, September 15, 2012

wahai bakal mentuaku..~~

kepada para ibu bapa mentua..

terimalah menantu anda seadanya
walaupun dia bukan dari kalangan orang yang anda ingini..

terimalah pasangan anak anda
sebagaimana anak anda telah memilihnya sebagai pasangan hidup sehingga jannah nanti..

sesungguhnya, berkat dan doa restu ibu bapalah
yang akan menjadi penguat hubungan perkahwinan yang suci.. 

InsyaAllah..

: kau yang terindah~~ ♥♥♥


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Monday, September 3, 2012

si Lembu pendengar kata

jangan mudah percaya dengan apa yang kamu lihat, dengar dan baca..
otak yang bijak tidak hanya menikmati bulat-bulat apa yang dihadapnya..
gunakan akal dan kaji dahulu perkara yang sebenar..
setelah itu, baru kamu nilai samada ia baik untuk kamu atau kamu tolak ia jauh dari diri..

: jangan semudah-mudahnya menjadi lembu,
dicucuk hidung, dan ditarik sahaja ke mana jua..~~

: jangan mudah menilai orang..
satu jari pada dia, empat jari lagi terarah pada diri kamu sendiri~~


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~