Wednesday, June 22, 2016

Jadilah seperti..

Dato' Lee Chong Wel merupakan pemain badminton Malaysia.
Beliau pernah menjadi pemain badminton no 1 dunia.
Beliau pernah jatuh akibat kes yang menyebabkan beliau digantung daripada bermain badminton.
Beliau pernah dituduh dan difitnah.
Kedudukan beliau telah mencorot sehingga no 200++.
Tapi, beliau tidak mengaku kalah.
Beliau tidak berputus asa.
Beliau bangkit semula.
Kini, beliau merupakan pemain badminton no 2 dunia.
Beliau bakal menjadi pemain badminton no 1 dunia semula.
Jadilah seperti Dato' Lee Chong Wei.

Bila students doakan..

Dialog bersama anak tuisyen Denai Alam..

Farish: Teacher, saya nak beritahu markah ujian saya naik bulan ni.
Teacher: Alhamdulillah, tahniah.
Farish: Terima kasih teacher. Saya doakan teacher kahwin tahun ni.
Teacher: erkkkk..

Diorg adik-beradik siap tolong kira kalau gua kawen tahun ni, beranak tahun depan anak gua umur berapa masa diorang habis belajar.
Ok, malam ni macam Teacher Sona plak yang dituisyenkan oleh Farish dan Farisya. Huuuu..

Belajar pickuplines..

Budak2 ni lagi advance daripada Teacher..

Danish: Teacher, apa beza KL dengan U?
Teacher: Haaa, apa bezanya?
Danish: KL milik Malaysia, U milik I..
Teacher: Zzzzz..

#hometuition
#hometutor
#personaltutor
#privatetutor
#TeacherSonatuition

Bila kena soal dengan students..

Being a home tutor, you ought to know everything by your students. Even when you are not teaching them the subject. Plus, as teacher of teen-to-be students, stand by to get 'out of the topic and out of the box' q&a session. As today, we were doing mathematics and the time was almost over, they, the brother and sister popped out questions like:-

1. dalam anggota badan kita, apa yang paling penting?
- so, my answer was jantung.
2. Jadi, hati dekat mana? Kalau jantung lagi penting, kenapa orang selalu cakap kena jaga hati?
- well, ok. Nanti teacher check kenapa.
3. The sister suddenly asked about menstrual and reading quran when girl having period.
- my answer was kalau boleh, elak baca.
4. The brother later asked how to mandi wajib. But his sister snapped 'eh, kenapa lelaki kena mandi wajib jugak?'
- my answer to them was 'kakak kena baca balik buku pendidikan islam ni. Mestilah lelaki pun kena mandi wajib.' Without showing my shyness as this was for education purpose, i explained why to mandi wajib for girl and boy. Then, i explained to them how to perform mandi wajib, meratakan air di seluruh badan and all..

I love being a home tutor because of these lovely students. Ni baru satu rumah, belum lagi bercerita pasal anak-anak dekat rumah lain. Being with them make me feel that i need to read more and more not only what i need to teach them but also prepare what they will ask about the surroundings and life. Somehow, they help me improve to be a better person.

Sometimes, i feel like a mom searching for the simplest answer for every question they ask. Hehe, okay la jadi mak untuk anak2 orang. Karang keluar term architecture, xsampai pulak jawapan yang diberikan. Salute to mothers yang berjaya mengharungi anak2 remaja yang pelbagai ragam dan emosi.

My teenager-to-be students,
You will always be cute and naive students to me.. :)

#hometuition
#hometutor
#personaltutor
#privatetutor
#TeacherSonatuition

Dah kahwin?

Conversation yang bermula dengan soalan 'dah kahwin ke belum' yang sedaya upaya akak cuba elakkan..

Soalan 1: Dah kahwin ke belum?
Jawapan: Belum lagi.

Soalan 2: Umur berapa?
Jawapan: **

Soalan 3: Kenapa tak kahwin lagi? Ni mesti memilih sangat.
Jawapan: ......... *krik krik krik sambil buat2 main fon*

Apesal soalan kenapa tak kahwin lagi perlu dikaitkan dengan faktor memilih. Akak cannot brain this..

Ok, akak sentap sikit je.
Sekian.

Bila pipi menutup mata..

#teachermudahterhibur

Petang tadi, si abang Haikal belajar sebutan baru iaitu tanwin atau nun mati bertemu ya. Si abang dok ralit nak menyebut sampai tergeliat lidah. So, teacher pun tersenyum dalam serba tutup. Tiba-tiba, si adik Irfan tegur..

Irfan: Ustazah, kenapa ustazah senyum?
Teacher: Eh, mana ada la. Kan ustazah tengah tengok abang baca ni. Kesian abang baca sampai terbelit lidah.
Irfan: Tu mata ustazah dah tertutup dengan pipi ustazah.
Teacher: Ok. Yang ni ustazah dah tak boleh nak tahan gelak.. 😄😄😄
Irfan: Hehe, funny kan kitorang..

Adoila, nasib baik anak orang.
Kalau anak kucing ni, dah lama teacher kidnap bawak balik cute cenggini punya perangai.. 😹😹😹

Kejam..

Seganas-ganas abang gua, ganas lagi orang yang langgar kucing atau haiwan2 di kawasan perumahan lepas tu blah je dari tempat kejadian.

At least, seganas-ganas abang gua, beliau sanggup patah balik dan amek gua dari rumah untuk teman dia tengok apa yang dia langgar dan mintak tolong kebumikan haiwan tersebut sebab dia geli tengok darah dan benda2 mengerikan ni.

Lu bukan ganas, lu kejam. Lu dah langgar, at least alihkan bangkai haiwan tu. Adakan sifat berperikemanusiaan dalam diri.

Sedih..~

Kisah Adik-Beradik, Takkan Terpisah..

Yesterday's conversation with my students whose having little siblings who like to buli them. As one of them, Balqis was weeping because her little brother, Lutfi teased her.

Anis: Saya pun selalu kena buli dengan Ema dekat rumah macam ni. Geram je rasa.

Teacher: Ala, biasa la. Namapun kakak, terpaksa selalu mengalah dengan adik.
(trying to act cool la konon, padahal dekat rumah tengah gaduh dengan adik sampai tak bertegur)

Anis: Tapi tu la, kadang2 kalau Ema takde, saya rasa sunyi plak.

Teacher: .... *terdiam sebentar* .Teacher kalau marah dengan adik teacher sampai tak bertegur seminggu..

Anis: Huuu, saya tak boleh la teacher nak diam lama2. Tengok dia lepas marah tu rasa macam nak tergelak. Dah la duduk satu rumah. Tak bertegur, rasa macam pelik..

Teacher: .... *lagi lama terdiam sampai tak bercakap sepatah sambil pura2 busy tanda kertas soalan*

Kesimpulan:
Budak. Sungguhpun budak, kadang2 kata2 diorang ni halus menikam hati sampai bawak fikir xlena tidur. Ok, nak gi baik2 balik dengan si gemuk ni..

Mengoreo cheesecake la jawabnya..

Duit raya kucing

Maaf, saya agak sibuk sekarang.
Saya tinggal kurang dari 13 hari sahaja lagi.
Kemungkinan raya ni ibu saya ingin membuat rumah terbuka.

Oleh sebab rumah saya ketiadaan anak kecil, maka saya sedang mempraktis kucing-kucing di rumah terutamanya si mok Riri dan si mek Lala untuk bersalaman dan mencium tangan semua yang hadir. Mana tahu, untung kucing, dapat duit raya.

Hehe.. 😜😜😜

Hidup selepas mati..

Being a teacher makes me realize i need to study more and more.

Teringat kisah semalam bersama Farisya dan Farish. Si Farish bertanyakan mengenai Dajjal dan apa fungsi Dajjal. Banyak jugak dia tanya pasal Dajjal. Soalan mencabar daripada dia adalah kenapa Allah ciptakan Dajjal sedangkan Allah tahu Dajjal tu akan merosakkan manusia.

Farisya plak tanya pasal hidup selepas mati. Hehe, soalan best daripadanya adalah bukan ke hari kiamat nanti semua ciptaan Allah akan musnah? Bukan setakat di bumi je. Planet pun akan bertembung antara satu sama lain? Jadi kenapa ada yang nak pindah ke planet lain?

Lepas tu, kami bertukar cerita kepada syurga dan neraka. Apa yang ada di dalamnya. Bagaimana keadaan di syurga yang penuh dengan kebahagiaan dan azabnya di neraka. Soalan mereka, kalau orang jahat tapi dia ada buat baik macam mana pulak?

Janji Allah, Dia akan hisab segala amalan kita. Pasti Dia tidak lupa akan kebaikan yang pernah si jahat itu lakukan sungguhpun dia bergelumang dengan dosa.

Syurga, tempat dambaan semua manusia yang bakal mati. Segalanya tersedia. Farish bertanyakan kalau dia inginkan sesuatu di syurga, pastikah dia akan dapat? Tanpa perlu diminta walau hanya dalam hati, ia pasti ada dalam sekelip mata kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Farisya tanya ada tak orang jahat di syurga? Pastilah tiada kerana apa yang diinginkan terbentang depan mata tanpa ada halangan dari sesiapa, segalanya ada. Orang cakap tak sempat nak fikir untuk buat jahat sebab selalu kita berniat jahat kepada orang apabila kita ada niat hasad dengki terhadap orang lain.

Tetiba aku terfikir. Untuk apa aku sering iri kepada orang lain sedangkan apa yang aku inginkan akan aku dapat suatu masa nanti. Tidak di sini, di sana in sha Allah.

Rezeki Allah itu luas.
Bukan hanya pada satu nikmat sahaja.
Aku ada banyak yang lebih daripada kekurangan yang selalu aku fikirkan.

Peringatan diri.
Terima kasih Farish dan Farisya.