Saturday, May 26, 2012

saya ada kawan

saya ada kawan,
kawan saya sengal,
kalau tidak sengal,
ehhhh...
bukan kawan saya.. ♥ ♥ ♥



LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, May 13, 2012

ada apa dengan bunga

B.U.N.G.A...

nampak macam biasa je perkataan tu..
tapi ia memberi seribu macam perasaan tatkala akhirnya ada juga orang yang hadiahkan dekat aku..

hehe,
orang lain yang grad, tapi aku turut sama kelepet mamat ni untuk dapatkan bunga..
dah nama mulut tak reti diam, minta saja2 la kat dia..nama pun main2 je..
alih2 dengan comelnya dia pass satu bouquet yang ada 3 kuntum bunga ros putih..
gile terharu sebab first time in my life dapat bunga daripada namja chingu..

seriously, aku bukanlah minah bunga yang jiwang2 karat ibarat hati penuh taman..
sebelum ni kalau tanya pun..
aku akan dulukan coklat dengan teddy bear jadi kesukaan..

tapi, baru aku tahu perasaan perempuan yang dapat bunga..
rasa macam dihargai sampai nak menangis terkinja-kinja..
nasib baik member tu lelaki, kalau perempuan memang aku dah peluk2..
susah nak ungkap apa yang terpendam sampai tangan aku sejuk2..
suka+gembira+terharu semua dah teradun sebati..
aku akhirnya akui..
bunga dan perempuan tak dapat dipisahkan lagi..
yang keras, tough2 macam aku pun boleh cair bak ais kena sidai bawah mentari..
inikan pulak yang memang lemah lembut tali kecapi..

dan, yang pastinya..
bunga tu masih lagi tersimpan kemas dalam kotak kenangan..
walau telah layu, kering dimakan usia..
ia tetap menjadi tanda kau sahabat di hati.. ^_^


p/s: time grad nanti, aku nak bunga baru,100 kuntum bunga ros merah punye..
waktu tu kau dah kerja, mampu sangat kot..=P

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Saturday, May 12, 2012

saya suka awak..siyesly

orang kata, kalau suka..luahkan pada si dia agar perasaan tu tak bersarang dalam hati..
takut nanti kalau tak terluah, boleh menjadi barah yang tak dapat diubati..

haha,
senang untuk dikata namun amat payah untuk dikota..
bukan seorang dua yang cakap, dah berjuta-juta lemon orang berkata benda yang sama..
bukan apa..
suka orang mengikut firasat aku bukan macam suka Halyu star yang boleh ditukar rasa bila-bila masa..
kejap suka KIM SI HOO dongseng, esok tukar balik minat TOP oppa..
penangan KOREA..
adeh~~

perasaan suka, sayang, minat, cinta dan seumpama dengannya datang bukan kita yang paksa..
waima bukan juga kita yang minta..
ia datang tiba-tiba..
daripada tak kenal entah bila masa jatuh cinta..
mungkinkah di saat pandang pertama?
atau mungkin juga senyumannya begitu mempersona..
sehingga berjaya mencuri hati si dara..

namun, suka sahaja tanpa usaha untuk mendapatkannya pun tak guna juga..
sekarang sudah tiada lagi istilah perigi cari timba..
perempuan pun ada hak memilih calon suami tercinta..
tanpa usaha, mimpi tak bermakna..
umpama menunggu bulan jatuh ke riba..

tapi, tak semua orang dapat menjadi seperti itu..
seperti aku, hanya mampu menunggu dan terus menunggu..
walaupun perasaan itu telah diberitahu..
namun tiada daya untuk meneruskan langkah seterusnya..
menatap wajahnya sahaja membuatkan aku hilang kata-kata..
inikan pula berbicara empat mata..
betapa tikusnya aku walaupun di luar nampak gagah perkasa..

yang penting sekarang, biarlah perasaan itu disimpan buat seketika..
biar tenang kedua-dua hati tanpa sebarang jawapan tertanda..
mungkin bukan anda jodoh saya..
dan saya terima ketentuan Yang Maha Esa..

p/s: saya suka awak..siyesly~~

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~