Tuesday, December 31, 2013

post terakhir 2013

Sejam lagi untuk memasuki tahun baru 2014. Bermakna, sejam sahaja lagi untuk aku tinggalkan tahun 2013. Tiada pencapaian yang aku boleh banggakan. Malah, tiada satu pun resolusi 2013 yang berjaya aku capai. Giler rasa macam loser. Sendiri target, sendiri xboleh achieved.

Ya, aku mungkin kecewa dengan diri sendiri. 14 je perkara yang aku nak, 1 pun tak dapat nak aku tunaikan. Huhu, boleh la bawak ke tahun depan je 14 items tu, termasuklah ‘tukar status SINGLE' yang rasanya ni bakal menjadi tahun ke-empat kot. Demm..

Tapi, dalam tahun nilah yang aku rasa aku paling banyak belajar siapa kawan, siapa musuh dalam selimut. Siapa kawan masa susah, siapa kawan hanya bila senang je dia ada. My ups and downs life. Jatuh bangun aku sepanjang UTM yang paling kritikal. Bukan cakap sebelum ni macam takde masalah, hidup bahagia je dekat UTM ni, takde babak nagis-nangis sebelum ni. Aku tiap-tiap sem kot nangis, lepas final submission je nangis. Samada sebab lega atau sedih. Tapi tahun ni punya cabaran dia lain macam sikit. Dan siapa sangka, aku berjaya hadapinya. Alhamdulillah..

Antara moment yang aku tak boleh nak lupakan adalah masa praktikal dekat JKR KL. Siyes tulah practical training yang paling aku enjoy dan paling banyak aku belajar (walaupun sampai sekarang elaun praktikal tak dapat lagi). Staf-staf yang kebanyakannya super-duper senior aku di UTM, tak pernah lekang memberi tunjuk ajar dan sangat sempoi, sekali dengan bos-bos pun.

Akhirnya, aku dah mula boleh kawal perasaan marah. Tu adalah satu pencapaian yang paling best kot tahun ni. Kalau tak sebelum ni, pantang ada silap sikit, memang naik je darah. Huhu, cakap pun dah bersaya-awak. Kalau dulu, saya-awak tu macam virus untuk aku sebut. Rasa macam baikkk sangat la macam tu. Tapi, sebenarnya tak. Aku rasa sopan kot cakap cenggitu. Kawan-kawan jauh dan dekat tak putus-putus bagi semangat, samada di alam maya dan nyata. Tak boleh jumpa, diorang mesej tanya khabar. Siyes rasa macam dihargai sangat. Thanx korang.

Dan tahun ini, aku kehilangan seorang sahabat, seorang adik dan seorang kaki sakat pada 26 Oktober 2013 yang membuatkan aku realized hidup ni bila-bila masa je boleh kena tarik dan kau boleh mati bila-bila masa je, tanpa mengira usia. Terima kasih Muaz Roslan sebab buat aku sedar untuk lebih menghargai orang yang sentiasa di samping aku tak kira samada susah dan senang, terutama sekali family aku. I’m gonna miss you always..

Akhir kata, semoga tahun 2014 ni adalah tahun untuk aku build up life aku. 
Semoga study aku habis sebab dah lama sangat duduk dekat UTM, rasa lemau giler.
Semoga berjaya mendapat kerja sebagai seorang yang ada kena mengena dengan bidang architecture paling awal bulan Februari ni.
Semoga aku gagah melangkah demi meneruskan perjalanan yang hanya Dia saja tahu bila tarikh penamatnya..

2014, aku tunggu mu datang. Bismillah.. ^_^

The one and only picture of you I had, tu pun tangkap curi.
Semoga kau damai di sana, Muaz Roslan. Al-Fatihah..T_T

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Wednesday, December 25, 2013

F.R.I.E.N.D.S

Friends aren't just about "I know you-you know me" thingy,
It's something greater than that.
Like when if we're not together, but we feel the togetherness by far..
Like when you close your eyes, they're the ones who keep popping in your head.

When we fight, we forgive and forget easily, no heart feeling..
No money needed,
Just pure love that keeps flowing in our blood.
That's the most valuable friends I've ever had..

I'm no good in saying lovey things like "I love you" or what.
But I tend to express them with my own kind of way,
Just because I don't really believe in words..

It is end of the year.
I may not be around like I used to after this.
I'm a workaholic,
I take my job seriously..

But need not worry.
When the moment is right,
In a surprise, I'll be in front of you.
Having holiday and spend time together like the old days..

Pray for my success oh my dearie friends,
As I always need them especially from you who know me inside out.
Without you by my side,
I may not be who I am today..

Thank you for always here and still here with me,
While others keep on leaving with no goodbye,
There's nothing I can compare with you.

Hope this friendship remains,
And will never be expired,
Even when we have our own growing life.. :')

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Wednesday, December 18, 2013

Love Is All Around Me

Huhu, patutnya time-time ni tengah menggila siapkan report Kajian Topikal dan Tesis tapi boleh pulak curik-curik masa hapdet blog. Bukan taknak buat report, tapi tengah ketiadaan mood. Mood masih tak sampai untuk berkarya, cewahhhh..

Agak-agak kalau lecturer baca blog aku ni, memang mintak free je kena pelangkung ni. Nak tunggu mood sampai memang tak siap la report tu kan? Sama gak macam ko tunggu bakal suami jatuh dari langit ke riba yang selagi ko asyik dok kejar si dia yang memang terang-terang taknak ko a.k.a REJECT ko tapi ko buat tak faham je siap sanggup tunggu dia terima ko seadanya konon.. puuuiiiiii.. 
(berkata-kata buat diri sendiri sambil hempuk kepala secara maya)

Ok, cukup pasal tu. Tu bukan main topic kita untuk hari ni. Love yang aku maksudkan sini adalah kasih sayang yang aku dapat daripada merka yang tiada pertalian darah waima main lompat tali pun tak pernah bersama sekalipun. Awal-awal pagi aku dah dihantar msg, wassep yang berbaur suntikan semangat bagi menghabiskan pengajian di peringkat degree. Siap post gambar abang bomba dengan kata-kata yang penuh membakar semangat nak siapkan semuanya.

Kalau dulu dekat sekolah aku selalu kena buli sampai aku rasa macam memang dalam dunia ni takkan ada orang yang aku nak kawan pun sebab hati dah penuh dengan benci dan dendam kesumat terhadap orang-orang yang selalu mendajalkan aku. Tapi, siyes sekarang aku rasa akulah insan yang paling bertuah sebab pergi mana-mana ada orang sayang. Dan, aku rasa bersalah giler sebab dulu ada yang aku sisihkan sebab aku takut didajalkan oleh mereka yang aku tak kenali hati budi. Nak je aku jumpa minta maaf sebab aku ingat muka-muka mereka yang nak menabur kasih dekat aku dulu tapi aku reject sayang yang diorang yang bagi. Sungguh tak bersyukur aku waktu tu. Mohon ampun dan maaf atas kekhilafan lalu kerana trauma masih menghantui diri suatu masa dahulu.

Huhu, kenangan pahit lalu yang mengajar aku untuk menjadi manusia berhati kering takkan aku hapuskan dari kotak ingatan tapi aku berjanji untuk menilai dahulu yang mana kaca, mana permata untuk bersama-sama aku meneruskan perjalanan yang tiada ketahui kesudahannya bagaimana..
(hati kering tapi mata berkaca-kaca..zzz~)

Akhir kata, terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan walaupun tiada ikatan antara kita. Kasih sayang itu akan saya jadikan sulaman jiwa walau ke mana saya pergi bagi mengendahkan caci maki mulut jahat mereka yang tidak senang dengan kejayaan dan diri saya sendiri. Kalian tahu kalian siapa dan siapa kalian bagi saya. Antara yang menaikkan dan terus mengangkat saya ketika jatuh bangun ataupun yang menjatuhkan dan terus menjahanamkan saya sehingga saya tidak mampu mendongak langit untuk mencari arah tuju dulu.

Doakan saya sentiasa agar saya sentiasa ingat asal usul dan selalu ingat hala tuju ke jalan yang diredhai oleh-Nya.

Kasih sayang kalian tiada tandingannya...

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, December 1, 2013

Ku Cari Damai Abadi by Tun Abdullah Badawi, 2004..

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi...

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~