Sunday, January 27, 2013

my THESIS proposal..

1.0. Overview/Introduction/Background 

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia. Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak. 

Akan tetapi, saban hari kita sering disajikan dengan berita mengenai masalah sosial yang semakin menular dalam masyarakat. Hal ini berterusan sungguhpun pelbagai inisatif telah diambil bagi membendung gejala sosial yang semakin parah. Kanak-kanak yang tidak berdosa diabaikan oeh ibu bapa dan ditinggalkan tidak berperikemanusiaan di tepi jalan tanpa sekelumit rasa kasihan. Terdapat pihak yang tampil bagi membela nasib kanak-kanak malang dengan menyediakan tempat perlindungan dengan harapan ada pihak yang sudi mengambil dan memelihara kanak-kanak terbabit di kemudian hari. 

Namun sejauh manakah tempat perlindungan sementara tersebut akan dapat membela kanak-kanak itu jika tiada program khas diberikan untuk kanak-kanak itu untuk membesar dengan lebih sempurna dan seterusnya menjadi insan yang berguna tanpa perlu mengharapkan bantuan dan ihsan masyarakat semata-mata? 

2.0. Issues/Problems 

Dasar dan perlindungan terhadap kanak-kanak adalah penting berikutan kes kehilangan dan penderaan terhadap mereka sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan. Mengikut statistik polis, 242 kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2008 manakala 1,168 kes pada tahun 2007 dan 1,478 kes pada tahun sebelumnya yang mana 80 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan dan kementerian berharap badan bukan kerajaan dapat bekerjasama dalam hal ini kerana melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua pihak. Laporan kes penderaan kanak-kanak juga dikatakan meningkat setiap tahun 1,242 kes penderaan dilaporkan pada 2002 dan meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun iaitu 2,279 kes pada tahun lepas. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengambil langkah untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001 dalam usaha memberi perlindungan segera kepada golongan itu yang terbiar, diekploitasi atau didera. Hal ini kerana usaha itu adalah selaras dengan langkah kementerian mengubal dasar dan pelan tindakan kanak-kanak berteraskan prinsip yang terkandung dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Kanak-Kanak. Langkah yang diambil kerajaan itu adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan golongan tersebut sentiasa mendapat penjagaan dan peluang untuk berkembang ke tahap potensi optimum. 

Ketika ini, kementerian sedang menjalankan program untuk perlindungan kanak-kanak seperti Rumah Kanak-Kanak (RKK) dan juga Rumah Tunas Harapan (RTH) bagi melindungi kanak-kanak yang terabai atau tiada saudara mara. 

3.0. Objective

3.1. Thesis Statement 

Tesis ini bertujuan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka. Ia merupakan sebuah kompleks penempatan yang dapat menempatkan kanak-kanak terbiar berusia bawah 18 tahun yang bersesuaian dan efektif dari segi rekabentuk yang mana dapat memberi keselesaan bukan sekadar dari sudut fizikal, malah mental, emosi, rohani dan jasmani. Selain itu, kompleks penempatan kanak-kanak ini diharapkan dapat memberikan suasana kekeluargaan buat kanak-kanak kurang bernasib baik ini. 

3.2. Significance of the Study 

Kompleks penempatan bagi kanak-kanak terbiar ini bukanlah sekadar pusat perlindungan semata-mata selain berharap agar terdapat ada yang datang untuk menjadikan mereka sebagai anak angkat. Namun, ia merupakan :- 
• ‘rumah’ yang dapat memberikan kasih sayang buat mereka; 
• makan pakai yang cukup untuk mereka membesar dengan sempurna dan sihat; 
• ‘tempat belajar‘ yang tidak formal bagi menguatkan nilai-nilai moral dalam diri, mentaliti, rohani dan fizikal; 
• tempat bagi mereka mengekspresi kreativiti mereka serta; 
• ruang positif bagi meluahkan emosi yang terpendam. 

4.0. Proposal

4.1. Potential Client 
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (kerajaan) 
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (kerajaan) 
- Yayasan Chow Kit/ Yayasan Salam (swasta) 

4.2. Potential Site and/or Typology 
- Chow Kit, Kuala Lumpur 
Lokasi yang dipilih adalah ‘spot area’ di mana kebanyakan kanak-kanak terbiar didapati di sana. Terdapat Rumah NurSalam ditempatkan namun didapati kemudahan yang disediakan mempunyai sedikit kekurangan. 
- Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru 
Lokasi tapak ini sesuai oleh sebab ia terletak di sekitar infrastruktur seperti sekolah, perumahan dan hospital. Keluasan tapak juga sesuai untuk membina kompleks penempatan yang lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. 

4.3. Potential Building Typology 
Kompleks Penempatan – pusat pembelajaran, aktiviti, agama dan kaunseling; dormitri 

4.4. Discussion/Conclusion 

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun seharusnya dilindungi daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu, penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan. Ia bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik dan cekap bagi kanak-kanak berkenaan. 

5.0. References

5.1. Primary References 
- Jabatan Kebajikan Masyarakat - www.jkm.gov.my 
- Yayasan Chow Kit - http://yck.org.my 
- Zain, Rosihan (2012) Filem Chow Kit, Primeworks Studios Sdn Bhd 

5.2. Secondary References (Previous thesis works that most relate to the proposal) 
- Hii Nee Lee (2011) A Playful Orphanage: Sustainable Approach Towards Interactive Environment; Children-Centered, Flexible, Social Problems; Housing & Educational; Technovation Panel. 
- Norhayani Abdul Ghani (2005) Children's Community Complex: A New Approach of Rumah Kanak-kanak; Environment Education; Housing, Education, Rehabilitation; Management Panel. 
- Noor Hidayah Mohd Rodhi (2005) Interactive Children Center; Unfriendly Environment For Children; Education, Childcare, School; Management Panel. 

6.0. Panel Preference

6.1. Reason(s) for Panel Preferences 
- HOME – Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah kompleks penempatan yang lebih kondusif dan terancang bagi kanak-kanak. Prof Tajudin merupakan seorang yang pakar dalam menghasilkan rekabentuk berasaskan pengguna dan cara untuk menyelesaikan isu sosial melalui senibina. 
- VECTOR – Kajian ini lebih menjurus ke arah perkembangan perlindungan untuk spesifik golongan iaitu kanak-kanak yang mana dapat memberikan perlindungan dan pembelajaran kepada mereka. 
- REFORM – Tesis ini merupakan cadangan bagi penambahbaikan rumah perlindungan kanak-kanak yang ada sekarang bagi menyediakan dan menghasilkan rumah perlindungan dan pendidikan bagi kanak-kanak malang ini yang lebih baik. 

6.2. Declaration of Authenticity 

I hereby declare that this proposal signifies my actual intent to sit for the Architectural Design Pre-Thesis according to the preferred Thesis Supervisory Panel and the content are original based on the studies and references that have been quoted throughout. 

(WAN SONA AFZAN BT WAN MOHD NASSERUDIN)
AB070241 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
If there's any comments/criticits/suggestion, please don't be hesitate to leave them as I really need any of them in order to improvise my thesis so that maybe someday this kompleks penempatan kanak-kanak will become reality for our future generation..

Your help is a BIG advantage for me.. Super duper thanx..=)

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

6 comments:

  1. Your thesis proposal looks good! But, I wish you posted an English version of it. That way, it can be a thesis help for people who are also on the same field as you. Any help can really be appreciated by anyone who is having a hard time with thesis writing.

    ReplyDelete
  2. thanks sharon for reading my thesis proposal. i'm so sorry because i just noticed your comment today. i'll try to write it in English after this.

    please pray for my success in my thesis ;D

    ReplyDelete
  3. I’m not that much of a internet reader to be honest but your blogs really nice,
    keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back later on.
    Cheers

    Here is my web blog ... Google

    ReplyDelete
  4. It's awesome to pay a quick visit this site and reading the views of all colleagues about this paragraph, while I am also
    eager of getting know-how.

    My site clash of clans triche gemmes

    ReplyDelete
  5. Why users still use to read news papers when in this technological globe everything is available on net?


    my page; nouveauclashofclanstriche.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. It is actually a nice and useful piece of information. I am satisfied that you shared
    this helpful info with us. Please keep us up to date like this.
    Thank you for sharing.

    Feel free to surf to my web-site clash of clans triche gemmes []

    ReplyDelete