Saturday, February 16, 2013

ada hikmahnya..

Saat ini, mungkin kalangan manuusia sudah lena dibuai mimpi. Tak kira sama ada mimpi indah atau mimpi ngeri. Yang penting, kebanyakan antara kita sedang enak tidur, cuba merehatkan diri dan menenangkan fikiran tentang entah apa yang menanti penghidupan kita esok harinya.

Ya, aku juga salah seorang daripada mereka pada kebanyakan hari sebelumnya dan untuk esok seterusnya. Enak berdengkur, melayari mimpi di atas tilam yang empuk agar dapat mengumpulkan kembali tenaga yang telah hilang bagi mengerahkan sepenuh keringat untuk hari esok yang mendatang. Namun, pagi yang buta ini aku tidak lena tidur. Mengiring ke kiri rasa amarah, mengiring ke kanan rasa penuh kekecewaan. Menelentang pula buat hatiku sesak dengan segala dugaan yang dihadapkan.

Dugaan, sungguh berat dugaan yang diberikan. Di kala aku bersemangat memulakan semester pengajian dengan penuh keazaman yang menebal dalam jiwa tatkala mendapat suntikan emas daripada rakan-rakan terdekat, sekali lagi aku terduduk terus tersungkur bila ujian datang bertimpa-timpa. Air mata yang ditahan sejak berada di dalam dewan pagi tadi ternyata tidak dapat dibendung dan akhirnya ia jatuh juga ke pipi setelah terjejak kaki di bilikku sendiri, yang ada cuma aku. Ya, kau lihat aku seorang wanita yang kuat tapi sungguh, ia hanya pada luaran semata-mata. Aku pelakon terhebat di pentas duniaku, mana mungkin aku memperlihatkan kelemahanku. Namun sekuat-kuat aku, aku punya hati yang begitu mudah ampuh bilamana ujian berulang setiap kali aku berkeazaman dalam hal itu.

Mungkin aku tidak pernah diuji sebegitu rupa pada peringkat awalku mula mengenal erti dunia. Membesar dengan pujian melambung tatkala mendapat keputusan cemerlang di peringkat sekolah.. Sungguh, aku rindu itu semua. Bukan pujian yang menggunug, tetapi kejayaan dan kecemerlangan hasil penat lelahku berdampingan dengan buku dan guru tanpa pernah aku sesali.

Mungkin ini bukan jalanku, Seharusnya aku sedar sejak mula aku bertapak di 'bumi' bertuah ini. Tetapi kedegilanku membutakan segalanya. Ingin dipandang mereka, kononnya ingin dipandang tinggi dan mulia walau dibesarkan dalam keluarga bercerai ibu bapa. Aku mahu merubah perspektif mereka yang hanya tahu mengata tanpa membantu sesama saudara.

Aku kepingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang senasib denganku, agar mereka tidak akan pernah merasa sakit sebagaimana aku. Aku tidak mengharapkan kemewahan yang melimpah ruah, sungguh. Tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran untuk mencipta nama sebagai wanita terkaya Malaysia. Impianku hanyalah untuk menghulurkan pertolongan, dalam bentuk harta, nyawa dan idea selagi aku termampu untuk bangsaku, negaraku terutama sekali mereka yang kurang bernasib baik agar dapat kita sama-sama menempuh hidup ini dengan bahagia. Bukan aku sahaja, malah kita semua.

Mungkin ini takdir perjalanan hidupku. Penuh ranjau dan berliku-liku sebelum aku berjaya memperoleh apa yang aku impikan dan berkongsi impian dengan mereka di luar sana. Mungkin langkahku perlahan berbanding rakan-rakan yang lain. Mungkin ini semua permainan bagi mematangkan setiap langkahku selepas ini. Mungkin Tuhan lebih sayangkan aku dan Dia mahu aku terima ujian ini dengan redha. Mungkin..

Semoga ada hikmah di sebalik setiap dugaan dan ujian yang menimpa...

Suntikan semangat hamba..

:: Pada saat kita merasakan diri kita terbeban, ketahuilah pada saat itu Allah SWT sedang memerhatikan kita dengan penuh kecintaanNya.

:: Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan dengan kemampuan hambaNya.

:: A STRONG WOMAN became strong because of the pains she has faces and won..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

3 comments:

  1. Salam. juz came across ur blogs, read dis post & thinks in a way, jz like wat I came across lately. just wanna say, yup. Allah knows best. =)
    Jika Allah beri kita sesuatu ujian means Allah tahu kita boleh hadapi ujian tu. Never Ever Give Up! Always believe & have faith in Allah =)Semoga berjaya dlm mencapai apa yg diimpikan =)

    ReplyDelete
  2. salam. terima kasih..

    huuu, maybe sebab sebelum ni i always get what i want and masa uni pulak, things are way too different. saya rasa macam susah gila nak achieve what i've always dream of. jalan tu macam payah giler nak lalu, ada je simpang siurnya..

    then, i came to realise. mungkin at certain times, Allah nak bagi kita rasa susah on what we're really eager in so that we tend to appreciate more with what we have and strive to get what we want and not forgetting to depend on Him also..

    thanks again and wish me success.. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. Spades with friends - tricktactoe.com
    Play the classic card game Spades 우회 주소 online 안전한 놀이터 for free. No sign-up or 동인지사이트 download necessary! Just 사설토토 규모 샤오미 get straight to playing! No 더 사이드 download required!

    ReplyDelete