Friday, January 11, 2013

Kimi Wa Petto

Memandangkan masih tak kesampaian lagi nak beli ikan laga dan membelanya di bilik, aku mengambil keputusan untuk membela Virtual Pet..jyeah!!

Hehe, aku bukanlah seorang yang penggemar haiwan sangat. Setakat nak bagi makan, bermanja tu okeylah kot. Tapi kalau nak minta bela kucing, even hamster pun aku kena fikir berjuta kali. ye lah, Bukan senang kot nak jaga haiwan ni semua. Diorang pun ada hati dan perasaan juga. Karang tak pasal-pasal kena menjawab dalam kubur sebab bela haiwan tapi tak jaga dengan sempurna. Senang je dapat dosa kering..

Berbalik kepada virtual pet ni, aku mula berkecimpung dalam dunia pembelaan haiwan maya ni tak sampai seminggu pun. Bosan kata ko, dan terpengaruh dengan rancangan tv. Tapi bosan paling penting nak hilangkan. Aku ada bela dua pet, satu virtual pet yang boleh evolve tu, baru masuk 5 tahun hari ni. (benda ni naik setahun dalam masa sehari). Yang ni bagi makan, bagi vitamin, gocoh sikit, beyak, tido.. Senang giler kerja. Esok tengok-tengok dah evolve besar sikit. Kira lebih kurang tamagotchi la..=)

Yang kedua ni game Pou. Yang ni best sikit sebab kita boleh bagi nama dekat pet kita. Lepas tu, kita kena main games dia untuk dapatkan coins bagi membolehkan kita membuat upgrade wallpaper, beli makanan, dan baju. Dia ada target achievement yang kita kena capai untuk dapatkan bonus coins. Yang seronoknya benda ni sebab dia bukan setakat main dengan pet je, kita boleh main games yang macam-macam. Untuk pet ni, aku namakan dia 'TOPpouyona'. Kadang-kadang boleh jadi yona, tapi selalunya dia jadi TOP..=)

Tapi, aku bukanlah pemain games yang tegar dan aku seorang yang sangat cepat bosan dengan benda yang kena buat ulang-ulang ni. ye la, tiap-tiap hari kena bagi makan, main games sepapan dua untuk kumpul coins dan upgrade bilik si TOP ni mana yang patut. Sekarang ni pun dah terasa kebosanan kembali. Untungla aku ada jaga pokok lidah buaya yang aku mintak dari Kak Alia. Yang ni tak bosan, sebab aku nampak dia membesar live depan mata, tak payah nak siram sangat, gembur-gembur tanah sekali-sekala dah cukup. Tak perlu lebih-lebih..XD

TOPpouyona gaya Bieber..auwwwww~

TOPpet time ni umur 1 tahun..=D

Lidah buaya yang menghijau dari hari ke hari XD

:: Nampak gayanya, nak tak nak kena beli jugak ikan laga ni secepat yang mungkin. Kalau tak, ada jugak yang aku lagakan dalam virtual pet ni. Main games pun rasa macam takde life..huuuu~~

dapat yang macam ni pun dah orait dah ni..^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment