Monday, January 7, 2013

ikhlas

"Ikhlas merupakan salah satu daripada pelbagai amalan hati. Malahan ikhlas berada di barisan permulaan dari amal-amal hati. sebab diterimanya pelbagai amal tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan ikhlas.

Maksud ikhlas di sini adalah menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dr segala noda individual mahupun duniawi. tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi hari akhirat."


Ikhlas... 

Nampak perkataan ini seakan mudah untuk diterjemahkan. Namun, ternyata ia suatu perkara yang paling sukar untuk dilakukan..

Bagi aku, ikhlas ni cukup senang untuk diertikan, iaitu melakukan sesuatu dengan perbuatan melalui perasaan nurani dari hati semuanya kerana Ilahi. Ikhlas itu amat penting dalam kehidupan sebab tanpanya, aku rasa macam suatu kehilangan bila buat sesuatu perkara. Rasa macam takde matlamat utama bila aku buat something, rasa macam pointless.. 

Tapi, kadang-kadang aku rasa ikhlas aku ke mana bila apa yang sudah aku lakukan tidak dihargai oleh orang terutamanya perkara yang mengaitkan bantu-membantu dan menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Ya, aku dah niat sebelum tolong orang, aku niat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Namun, bila dah tolong dan orang tu macam mengambil kesempatan di atas pertolongan kita, mulalah hati mengomel mengata bukan-bukan. Malah, terasa menyesal memberikan sumbangan. Entah mana pergi niat ikhlas di hati. 

Betul, itulah yang aku rasa. Aku akui aku salah kerana berperasaan macam itu. Ye lah, macam mempersendakan niat ingin membantu kerana Dia yang satu. Bukan maksudku inginkan bersikap sebegitu, mungkin hati semacam tidak utuh. Masih ada perasaan hitam yang melekat di hati ini rasanya. Dan disebabkan itulah setiap bantuan yang telah diberikan aku inginkan penghargaan walau sekadar ucapan terima kasih. Aku masih belum cukup ikhlas dalam hidup ini.. 

Ya Allah, 

Aku berharap sangat agar Engkau tanamkan keikhlasan yang tulus dalam jiwa hambaMu ini agar dapat aku tempuhi nikmat hidup ini hanya keranaMu.. 

InsyaAllah, amin..~~ 

:: Tak kisah la orang hargai atau tidak bantuan kita lepas ni, niat kita ikhlas menolongnya cuma kerana Allah s.w.t.. InsyaAllah..=)



LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment