Wednesday, January 2, 2013

my wishlist 2013

Akhirnya, hari yang terakhir bagi tahun 2012..
Giler banyak kisah suka duka yang telah dilalui..
alhamdulillah masih boleh bertahan sehingga sekarang ini..

Sekarang kita tutup buku 2012,
yang baik kita ambil sebagai kenangan terindah
manakala yang perit kita jadikan sebagai pengajaran..

RESOLUSI 2013 SONA

1. Bangun awal 6.30 pagi

Huhu, saya memang liat sikit nak bangun pagi. Dan akhirnya, subuh selalnya terlajak lebih dari subuh gajah. So, untuk menjadi seorang muslim yang berjaya saya kena belajar untuk bangun awal pagi. Dan bak kata orang tua-tua, rezeki itu hadir awal pagi seawal sang ayam berkokok. Barangsiapa yang mengabaikan paginya, maka tertutuplah pintu rezekinya..

2. Siapkan portfolio 1st year until 4th year

Memandangkan ini azam dari tahun 2012 yang masih tak tercapai sebab baru separuh je siap, azam ni perlu dimasukkan juga dalam azam tahun ni. Lagi satu sebab haritu mock interview pun dia dah mintak portfolio, mmg siyes rasa macam loser giler sebab tak dapat nak sediakan awal-awal. So, before grad ni, memang surely by hook or by crook kena jugak siapkan portfolio ni..=)

3. Minimum B+ Thesis

Azam ni adalah disebabkan saya sungguh merasa stress dengan thesis design yang rasa macam sangat giler susah. Dan still, masih lagi tak tahu nak buat pasal apa. Tapi yang utama, it's gonna be about CHILDREN stuff and it can be built in reality, not only on imagination perpectives. Dalam pemikiran, saya nak tackle permasalahan kanak-kanak terabai/ terbiar yang semakin meruncing dalam komuniti kita tapi macam a bit lack on design issues as it is more on social issues. Then, ada laporan yang mengatakan kes mental di kalangan kanak-kanak semakin meningkat. So, i would like topropose these 2 thesis proposal walaupun macam takde harapan nak dapat kelulusan untuk yang first tu but who knows right? Mungkin ada rezeki untuk buat thesis sedemikian..=)

4. Belajar Revit sampai lebam

Sesungguhnya, belajar Revit tak semudah mengeja namanya. Siyes susah giler sebab sebenarnya, Revit ni kena belajar berguru, tak mungkin dapat belajar sendirian berhad. Sebab ada key yang kita tak tahu. Itu yang membuatkan ia rasa macam susah dan seterusnya dah malas nak belajar. Tapi, disebabkan ramai kawan-kawan cakap benda ni bakal menyenangkan hidup (termasuklah Rhino), saya akan tanamkan azam dan semangat yang kuat untuk reti guna software ni..hwaiting!!

5. Master gitar

Alhamdulillah, gitar dah berjaya dimainkan dengan berpuluh-puluh lemon lagu yang bermacam-macam genre. Lagu rock kapak, pop, jazz, korea, balada, raya, motivasi, rentak asli, you name it. Boleh keluar bunyi la walaupun kadang-kadang rasa macam bahagia sendiri bila main gitar ni. Dah rasa macam dah bolehlah kalo nak main akustik dengan Azlan and The Typewriter kalau ada kesempatan. Hahahaha, sungguh menggila angan-anganku.. Tapi, yang tak berapa nak syok sebab sampai sekarang tak master lagi nak buat full bar chord B dan F, masih lagi guna chord budak baru belajar main gitar. Dan, nak belajar plucking and tab secara lebih master. Setakat petik-petik sambil tengok notes terkial-kial tu dah ok tapi macam takde feel the soul untuk diri sendiri. Untuk tahun ni, nak belajar lebih sikit untuk tab, plucking, full bar and chord-chord 'jahat'..terutama sekali yang ada # ni..haih..

6. Langsai hutang sebelum grad

Saya merupakan salah seorang pengumpul hutang UTM di kala ini. Bukan takmo bayar, tapi dah duitnya memang cukup-cukup nak makan dan buat print tiap-tiap bulan memang tak dapek la nak bayar sedebok sekalikan. Sekurang-kurangnya saya try gak bayar walaupun sikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Tapi, disebabkan banyak giler borang yang telah diisi, harapannya dapatlah yang mana boleh langsaikan hutang. InsyAllah..

7. Kerja rajin-rajin.. Belajar rajin-rajin

Hehe, ni susah sikit. Saya seorang yang rajin kerja tapi agak culas+liat+malas tahap giler punya when it comes to present myself in the class. Kadang-kadang dah siap nak pergi kelas tapi disebabkan tiada hati nak masuk kelas, saya menyimpang ke psz sambil buat tugasan apa yang patut. Kadang-kadang tugasan dah siap tapi disebabkan hati entah ke mana, tugasan tu rasa macam malas je nak hantar dan akhirnya, late submission juga. Untuk itu, mulai tahun ini yang bakal menjadi tahun terakhir saya di bumi UTM, saya akan melakukan yang terbaik sebagai seorang final year student..Amin =)

8. Banyakkan baca buku Archie

Disebabkan saya lebih suka membaca buku yang bersifat keawang-awangan, tahun ni kena ubah pendirian untuk melebihkan bahan bacaan berunsurkan Architecture dan teknologi terbaru untuk mendapatkan idea yang lebih luas bagi thesis design saya.

9. Lulus Topical Study

Subjek angker sebab kena banyak giler membaca dan banyak melakukan pemantauan. Maka dengan itu, saya berazam untuk mengambil subjek ini sekali lagi dan lulus..InsyaAllah..

10. Buat baik dengan semua orang

Be true to myself, be honest and be brave in whatever things i want to do without having the fact that people might hate me for doing so. I have to admit i live in a society. Apa-apa yang saya lakukan semua orang akan menilai. Jadi, saya perlu menilai balik perkara yang saya nak lakukan terlebih dahulu dan dengan itu, perkara yang boleh menimbulkan kemarahan orang tidak akan saya buat. Buat baik dengan semua orang tanpa mengira pangkat, darjat, kasta, warna kulit, umur, ketinggian dan apa-apa sahaja walaupun la dia pernah saya benci pada suatu masa lalu. Untuk membuatkan saya berbuat baik dengan semua orang, saya perlu:
     - Bersihkan hati, tak riak dan takbur terhadap perkara yang saya miliki, 
     - Bersedekah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, 
     - Berkawan dengan semua orang tanpa ada sebarang niat untuk mengambil kesempatan
     - Berkasih sayang dengan semua makhluk ciptaan Tuhan hanya dengan niat kerana Dia.. InsyaAllah
     - Tak masuk campur dalam personal life orang walaupun niat mengambil berat terhadapnya.

11. Diet..45kg!!!

Disebabkan diet tahun tak berjaya menurunkan berat saya kepada 45kg dan hanya sekitar 49kg sahaja, maka tahun ni kena diet berat sikit dengan kurangkan makanan berlemak, kurangkan makan ayam, kurangkan planta dalam hidangan, lebihkan minum air suam dan air limau, selalu jogging dan berZUMBA XD

12. Simpan duit... JIMAT!!!

Saya akui saya mempunyai masalah dalam bab-bab menyimpan wang. Walaupun la saya bukan penggemar barangan berjenama, tapi bila dah keluar shopping, saya seumpama orang gilak yang terlepas dari pusat rawatan. Tengok kasut ni cantik, beli. Tengok baju ni lawa dan labuh sikit, beli. Memang la tak mahal dan kadang-kadang rasa i deserve it after one whole month bekerja sambil belajar, tapi tak ke mana la duit tu kan. Dibazirkan begitu sahaja sungguhpun saya nampak hasil duit saya ke mana. Oleh sebab itu, mulai gaji tahun ni saya berazam untuk membuka akaun ASB dan mula menyimpan RM50 sebulan untuk kegunaan masa hadapan..

13. Tukar status SINGLE

Hoho..ini antara yang hardcore azam untuk tahun ini. Hal ini disebabkan tahun lepas punya azam yang macam ni pun tak berjaya dilunaskan. Bukan tak berusaha, tapi mungkin belum jodoh dan saya tak berusaha langsung untuk ke arah jodoh itu. Mungkin sebab saya terlalu sibuk membahagikan masa antara kerja dan belajar. Jadi, atas nasihat kawan-kawan dan mak cik tersayang, saya kena seimbangkan jugak dengan benda ini bagi mengelakkan kejadian kahwin lambat berlaku. (yang sebenarnya tiada masalah bagi saya). Namun, jodoh semua ketentuan Tuhan, kan. Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Dia..

14. Grad 2013

Alhamdulillah, I am now a final year student and will be doing my thesis project. Saya dah one step closer to graduate insyaAllah another 2 semesters which will end on December 2013. Semoga thesis saya tak sangkut and goes smoothly with the flow. Doakan saya ye kawan-kawan..=D

15. TAK CULAS SOLAT

Perkara yang paling utama untuk membentuk diri menjadi seorang muslim yang solehah, berbudi pekerti mulia dan berperwatakan seorang wanita, saya seharusya menjaga dengan baik hubungan saya dengan Maha Pencipta. Oleh itu, saya perlu lebih telus menjaga solat saya untuk menyempurnakannya tidak hanya melakukannya sahaja, tapi saya faham apa yang saya lakukan. Setiap perkara dalam solat saya perlu kuasai dengan memahami setiap ayat yang dilontarkan ketika solat, dan tidak melengah-lengahkan waktunya. Semoga saya berjaya sebagai seorang muslimah yang memiliki akhlak dan budi bahasa yang tinggi..InsyaAllah..=)



LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment