Sunday, January 12, 2014

Ghedha dan pasghah..

Untuk kesekian kalinya, aku tersungkur lagi. Dah tak habis-habis terjatuh, terduduk, terjelepuk, terbaring, tertonggeng, terlentang, terbang dan segala macam ter yang lain yang aku rasakan sekarang. Siyes, aku ingat ini adalah yang penghabisan untuk aku berada di sini. Tapi, nasib tak menyebelahi aku, dan rasanya tak pernah nak berada dekat sebelah aku. Aku bakal berada di sini lagi untuk satu semester. Maka, jika dicampur adukkan kesemuanya, bakal genaplah sudah usia 7 tahun aku berada di bumi terchenta ini. Dan, itupun belum tentu aku dapat grad dengan segulung ijazah Sarjana Muda Senibina.

Entah, rasa macam dah kosong kot jiwa aku untuk teruskan dalam bidang ni. Mungkin lepas grad, aku carik kerja yang kalau boleh tiada kena mengena langsung dengan perkataan senibina. Sebab macam choi je senibina dengan aku, macam tak pernah nak ngam. Even kalau dulu walaupun aku benci giler Sains pasal aku susah nak faham tapi Sains tak pernah nak menyusahkan hidup aku. At leastlah, kalau tak dapat A atau B pun, C dah boleh dapat. Tapi senibina ni, benda yang paling minat sekali kot dalam dunia ni, tak termasuk Mr X yang sampai sekarang aku dok tunggu walaupun dia dah terang-terang reject aku, but still aku tak dapat nak achieve apa-apa pun sepanjang aku belajar kat bumi terchenta ni.

Maybe ada orang cakap, ini mungkin dugaan untuk aku. Memang, aku tahu ini memang dugaan untuk aku. Tapi dia takkan pernah dapat rasa macam mana aku rasa tak bergunanya terhadap diri sendiri setelah hampir 7 tahun aku di sini dan aku tiada apa-apa yang boleh aku banggakan sepanjang 7 tahun aku hambakan diri mengejar benda yang aku harapkan. Aku dah rasa macam worthless, full of s***, rasa bodoh nak mampos dan seumpama dengannya.

Fail, fail dan terus fail. Siapa yang nak gagal dalam hidup? Aku tak pernah mintak untuk semua itu. Tapi, aku tak pernah terjangka yang ini akan terjadi dalam hidup aku. Andainya aku boleh putar waktu ke 7 tahun dahulu, aku takkan pernah cuba jejak kaki untuk interview demi mencapai impian ni. 7 tahun ni, dah banyak kot hati yang aku dah kecewakan. Orang yang harapkan aku berjaya tapi aku masih terus di sini.

Ghedha itu pasghah,
Pasghah itu menyeghah..

Mungkin, lepas ni tiada lagi istilah PASSION dalam architecture bagi kamus hidup aku. 
Sebab apa yang bakal aku buat lepas ni dalam senibina adalah pasrah dan menyerah..

Cukup sampai degree, 
lepas tu kemas dan campak jauh-jauh all these art thingy..

Cukup, 
Dah tiba masanya aku berpijak di bumi yang nyata, 
Dan bukan lagi bumi terchenta 
Bahawa architecture is not part of sona.
Baik buat benda lain selain senibina.

Sebab dah ternyata, 
kau buat apa yang kau minat pun tak mungkin kau akan boleh dapat
jika tiada yang mengizinkan...

ps: dulu nak belajar kat aswara sebab teringin nak jadi pro dancer ala-ala Britney Spears dengan N'Sync.. TT.TT

SI POINTER CUKUP-CUKUP MAKAN UNTUK GRAD YANG TAK TAHU BILA
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment