Friday, January 31, 2014

Aku yang sekarang dah bukan yang dulu..

Huhu,

Abang aku baru lepas call tadi, ucap terima kasih sebab aku pos barang baby untuk anak dia a.k.a anak buah pertama aku. Haih, baru cakap sikit, si abang suruh balik tengok baby tapi mata dah berkaca-kaca, dah beria mengalir bagai. Awek cengeng gak aku ni.

Dulu, aku langsung tak macam ni kot. Konon-konon tuff enuf, tu la aku yang dulu. Aku ingat lagi time sekolah menengah yang sangat demm tu, ada member aku suruh aku mintak pelepasan dekat cikgu kelas untuk tengok sukan sekolah. Yang bestnya, aku masa tu baru balik semula ke sekolah dari bercuti sakan ambil sendiri di rumah. Orang balik rumah tiga hari, jumaat sampai ahad. Ahad masuk sekolah balik. Aku tak. Jumaat balik rumah, rabu depan baru nampak muka dekat sekolah. Sebab aku giler benci pergi sekolah, jadi aku buat perangai hanya dengan cara tu. Oleh sebab aku yang jenis nampak macam ala-ala dungu, so aku tolong la bajet 'member' boleh geng dekat sekolah ni untuk mintak izin. Dan, cikgu tu pun memberi keizinan dengan mudahnya.

Jadi, petangnya yang sepatutnya kitorang kena gi prep ni, pergi la tengok sukan sekolah yang mana ada sukan yang dipertandingkan. Kiranya, acara-acara saringan la. Hari sukan sekolah tu masa hari sabtu. Aku tak layan sangat sukan sekolah sebab aku tak berapa nak masuk dengan budak-budak sekolah tu. Yang aku ingat, 'member' konon aku tu ada minat kat pelari sekolah. So, dia maybe nak tengok budak tu kot. Jadi, tu la sebab utama aku tolong dia.

Nak dijadikan cerita, nama pun sekolah asrama. Petang dengan malam kitorang ada prep. Jadi, dengan tak semena-mena, nama aku dipanggil oleh PK HEM. Aku pun dah tak ingat nama dia siapa. Aku ingat kesalahan aku sebab selalu balik lambat asal dapat cuti balik rumah. Namun, sayangnya itu bukan sebab aku dipanggil. Aku dipanggil atas alasan menjadi "ketua" bagi kelas aku untuk tidak menghadiri something yang aku tak ingat apa dia yang kitorang wajib pergi petang tadi instead kitorang gi tengok sukan. Aku cakap la, aku dah mintak kebenaran semua dari ada cikgu tu dan dah dapat kebenaran semua. Lepas tu, aku bagitau yang aku tak tahu pun kitorang ada apa-apa acara petang tadi sebab alasan aku baru balik malam semalam. 

Cikgu tu bukan main marah la dekat aku dok provoke aku ni anak murid apa-apa semua. Sayang sekali, aku punya bangang, tak terfikir langsung nak sebut nama "member" tu dekat cikgu yang tengah menyirap mintak pekena air sirap. Aku siap boleh buat muka bangsat sebab dalam hati masa tu, memang dok menyumpah lahanat dekat konon-konon "member" aku tu. Waima, cikgu tu cakap mak bapak aku bernasib malang dapat anak macam aku pun aku boleh buat muka bingai macam mintak kena lempang je waktu tu. Hati tengah sebal, kot. Tak de air mata yang mengalir pun.

Tapi, tu semua dulu. Kau cakap la apa benda sekalipun dekat aku, pasal yang menyentuh mak bapak, mati sekalipun, aku boleh buat muka bangang je. Cuba la cakap pasal benda-benda tu sekarang, mau setangki kot aku nangis. Orang sebut pasal mak bapak orang lain pun aku boleh leleh, ini kan pulak pasal mak bapak sendiri. Tu belum lagi nangis asal Abg Hairol recall masa program Al-Falah. Orang recall adik-adik program, aku yang jadi fasilitator ni siap pergi di sebalik tiang dok nangis sorang-sorang.. :')

Aku yang sekarang bukan yang dulu..
Dulu nampak bangang, sekarang try buat aku bengang..
Tak payah pakai santau, aku bagi silat kuntau..
Aku tak perlu member palat, yang perangai macam pacat..

:: ps: saya tak suka sekolah saya sebab @$$&%^$^"$<$&@$%^@$%. Sekian..

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment