Monday, December 31, 2012

raya 1433 hijrah

Aidilfitri menjelma lagi..
Kalau dulu sibuk dok mengumpul duit raya sana sini..
Tapi bila dah meningkat usia, itu bukan alasan utama lagi..

Alhamdulillah, sekali lagi diberikan peluang dari Yang Maha Esa untuk menikmati kebahagiaan dalam menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Aku, mama dan adik-adik semua pakat balik kampung di Besut, Terengganu. Tahun sudah hanya beraya di Kuala Lumpur sumpah terasa macam agak hambar sedikit sebab tiada rasa suasana Aidilfitri sungguhpun di samping famili tercinta. Tahun ini rasa bahagia terlebih sebab perasaan seperti zaman kanak-kanak kembali ke kampung..hehe..

Terlebih dahulu, aku, mama dan adik-adik berbuka puasa bersama-sama di KFC The Store Sungai Buloh. Heee, orang baru gaji. Sekali sekala belanja apa salahnya. Bukan kami sahaja, kawan-kawan adik lelaki aku pun turut serta. Rezeki mereka kali ini, nasib baik waktu tu mood aku memang terasa macam nak belanja sakan. Usai berbuka puasa, setelah menyempurnakan solat Maghrib di surau yang disediakan, kami terus menuju ke lebuh raya untuk pulang ke desa tercinta.

Tapi, kami tak balik ke kampung terus. Kami singgah dahulu di Pahang (tak ingat nama tempat, sebab baru first time sampai tempat tu) untuk menikmati suasana kampung yang siyes jauh giler dari hingar-bingar kota. Nyaman sungguh, dengan pemandangan yang indah. Udara yang belum dicemari dengan asap di samping boleh dengar kicauan burung dan unggas tanpa gangguan bunyi bising kereta atau motor yang dipandu giler laju.

Setelah melepaskan lelah, awal pagi itu kami meneruskan perjalanan ke Besut. Meredah jammed segala dan nasib baiklah bukan aku pemandunya, akhirnya kami tiba di kampung halaman pada jam 3.00 petang. Nikmatnya terasa bila dah menjejakkan kaki di sana. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan tersebut.
Dan, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menerangkan perasaan yang menjelma.. Hanya gambar sebagai tanda betapa bahagianya kami semua..

Salam Aidilfitri buat semua..
Semoga Raya kali ini memberikan seribu makna..
Untuk sentiasa mensyukuri betapa besarnya nilai erti sesebuah keluarga..=)





















tema raya tahun ni PEACH..
tahun depan sofia suggest pakai kaler ORANGE..
can't wait for next year ^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment