Thursday, December 20, 2012

cinta hati

Melewati hari-hari terakhir bagi tahun 2012 ini,
Terasa seperti baru semalam aku menyambut tahun baru,
Cepat sungguh masa berlalu,
Tiada berasa bak oksigen yang dihirup tanpa sedar,
Ya Tuhan,
Masa itu pergi tanpa boleh dikembalikan..

Buat kesekian kalinya,
Kisah hati muncul lagi,
Hari tu sepupuku memperkenalkan gurunya kepadaku,
Oleh sebab tidak ingin merobek kesungguhannya,
Yang sudah ku ibaratkan adik,
Ku terima pelawaan gurunya menjadi kawan,
Sekadar seorang kawan.

Juga,
Rakan-rakan tak pernah putus harapan.
Mencarikan seorang teman sebagai peneman diri,
Memperkenalkan rakan solo yang ada,
Mana tahu ada yang yang berkenan,
Sehinggakan,
Sanggup menebalkan muka nombor talian aku diberikan,
Kepada sang jejaka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri lelaki impian.

Haha,
Kelakar rakan aku yang seorang ni,
Kerana menginginkan aku bahagia,
Sanggup dia berbuat apa sahaja,
Sungguh aku terharu mempunyai rakan sepertimu.

Namun,
Hatiku tidak mampu menipu.
Belum tiba masanya lagi untuk aku melangkah ke fasa itu,
Mungkin belum masaku untuk berbahagia seperti kalian.
Tapi, aku sudah mampu bahagia dengan adanya kamu semua.

Bila waktu itu tiba,
Akan aku khabarkan pada semua,
Siapa dia cinta hati hamba,
Jangan risau ya..

Jodoh itu kuasa Tuhan,
Jika terbuka hati aku menerima dia keranaNya,
maka adalah ia..

:: suatu masa nanti, aku pasti..=)

by the way,
i'm now in love with outfits and shoes..and i'm happy that way ^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment