Wednesday, June 22, 2016

Hidup selepas mati..

Being a teacher makes me realize i need to study more and more.

Teringat kisah semalam bersama Farisya dan Farish. Si Farish bertanyakan mengenai Dajjal dan apa fungsi Dajjal. Banyak jugak dia tanya pasal Dajjal. Soalan mencabar daripada dia adalah kenapa Allah ciptakan Dajjal sedangkan Allah tahu Dajjal tu akan merosakkan manusia.

Farisya plak tanya pasal hidup selepas mati. Hehe, soalan best daripadanya adalah bukan ke hari kiamat nanti semua ciptaan Allah akan musnah? Bukan setakat di bumi je. Planet pun akan bertembung antara satu sama lain? Jadi kenapa ada yang nak pindah ke planet lain?

Lepas tu, kami bertukar cerita kepada syurga dan neraka. Apa yang ada di dalamnya. Bagaimana keadaan di syurga yang penuh dengan kebahagiaan dan azabnya di neraka. Soalan mereka, kalau orang jahat tapi dia ada buat baik macam mana pulak?

Janji Allah, Dia akan hisab segala amalan kita. Pasti Dia tidak lupa akan kebaikan yang pernah si jahat itu lakukan sungguhpun dia bergelumang dengan dosa.

Syurga, tempat dambaan semua manusia yang bakal mati. Segalanya tersedia. Farish bertanyakan kalau dia inginkan sesuatu di syurga, pastikah dia akan dapat? Tanpa perlu diminta walau hanya dalam hati, ia pasti ada dalam sekelip mata kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Farisya tanya ada tak orang jahat di syurga? Pastilah tiada kerana apa yang diinginkan terbentang depan mata tanpa ada halangan dari sesiapa, segalanya ada. Orang cakap tak sempat nak fikir untuk buat jahat sebab selalu kita berniat jahat kepada orang apabila kita ada niat hasad dengki terhadap orang lain.

Tetiba aku terfikir. Untuk apa aku sering iri kepada orang lain sedangkan apa yang aku inginkan akan aku dapat suatu masa nanti. Tidak di sini, di sana in sha Allah.

Rezeki Allah itu luas.
Bukan hanya pada satu nikmat sahaja.
Aku ada banyak yang lebih daripada kekurangan yang selalu aku fikirkan.

Peringatan diri.
Terima kasih Farish dan Farisya.

No comments:

Post a Comment