Wednesday, June 22, 2016

Bila pipi menutup mata..

#teachermudahterhibur

Petang tadi, si abang Haikal belajar sebutan baru iaitu tanwin atau nun mati bertemu ya. Si abang dok ralit nak menyebut sampai tergeliat lidah. So, teacher pun tersenyum dalam serba tutup. Tiba-tiba, si adik Irfan tegur..

Irfan: Ustazah, kenapa ustazah senyum?
Teacher: Eh, mana ada la. Kan ustazah tengah tengok abang baca ni. Kesian abang baca sampai terbelit lidah.
Irfan: Tu mata ustazah dah tertutup dengan pipi ustazah.
Teacher: Ok. Yang ni ustazah dah tak boleh nak tahan gelak.. 😄😄😄
Irfan: Hehe, funny kan kitorang..

Adoila, nasib baik anak orang.
Kalau anak kucing ni, dah lama teacher kidnap bawak balik cute cenggini punya perangai.. 😹😹😹

No comments:

Post a Comment