Monday, May 19, 2014

30 pesanan Imam Syafie


1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan mebuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat

2) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3) Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun

4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur

5) Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah dan menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah

6) Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7) Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mangasihi anak-anak yatim

8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9) Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung serangan iblis

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11) Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkanya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara: 1-Yakin 2-Ikhlas 3-Mengerjakan amalan sunnah 4-istiqamah 5-Bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12) Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13) Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam. Khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah

14) Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada yang Haq yang tidak berbelah bagi

15) Kita perlu sentiasa memohon pelindungan daripada Allah sekurang-kurangnya dengan mengucapkanأعوذ بالله من الشيطان الرجيم . Kita perlu sabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripadan perang sabil.

16) Sebesar-besar keburukan adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri

17) Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya kerajaan dirimu tegak di atas yang Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18) Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya

19) Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia

20) Takafurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaiman Umar bin al-Khattab menyaisat dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia akhirat. Ia juga amalan para nabi dan rasul dan orang yang soleh

22) Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengurangkan tidur, mengurangkan makan dan mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

23) Kamu seorang yang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti tanah

24) Sesiapa yang menjalin ukhuwwah dan menghidupkannya dia memperoleh banyak kebaikan

25) Allah menjanjikan orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah

26) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataanNya dalam surah Ar-Rum ayat 47: 

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ رُسُلاً إِلَىٰ قَوۡمِهِمۡ فَجَآءُوهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ فَٱنتَقَمۡنَا مِنَ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ‌ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِين-٤٧

27) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman mereka pasti dapat pembelaan daripada Allah seperti dalam pernyataanNya dalam surah Al-Hajj ayat 38:

إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٲفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ۬ كَفُور-٣٨

28) Allah menjanjijan kepada orang yang beriman dan bertaqwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seprti dalam pernyataanya dalam surah Al-Baqarah ayat 257:

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ -٢٥٧

29) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyatanNya dalam surah Al-Hajj ayat 54:

وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡ‌ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ -٥٤

30) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperolehi rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaiman pernyataaNya dalam surah Al-A’raf ayat 96:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ -٩٦

Diambil dari novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib yang bertajuk Imam Syafie,Pejuang Kebenaran.

#copypaste Nota Usrah

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment