Tuesday, December 31, 2013

post terakhir 2013

Sejam lagi untuk memasuki tahun baru 2014. Bermakna, sejam sahaja lagi untuk aku tinggalkan tahun 2013. Tiada pencapaian yang aku boleh banggakan. Malah, tiada satu pun resolusi 2013 yang berjaya aku capai. Giler rasa macam loser. Sendiri target, sendiri xboleh achieved.

Ya, aku mungkin kecewa dengan diri sendiri. 14 je perkara yang aku nak, 1 pun tak dapat nak aku tunaikan. Huhu, boleh la bawak ke tahun depan je 14 items tu, termasuklah ‘tukar status SINGLE' yang rasanya ni bakal menjadi tahun ke-empat kot. Demm..

Tapi, dalam tahun nilah yang aku rasa aku paling banyak belajar siapa kawan, siapa musuh dalam selimut. Siapa kawan masa susah, siapa kawan hanya bila senang je dia ada. My ups and downs life. Jatuh bangun aku sepanjang UTM yang paling kritikal. Bukan cakap sebelum ni macam takde masalah, hidup bahagia je dekat UTM ni, takde babak nagis-nangis sebelum ni. Aku tiap-tiap sem kot nangis, lepas final submission je nangis. Samada sebab lega atau sedih. Tapi tahun ni punya cabaran dia lain macam sikit. Dan siapa sangka, aku berjaya hadapinya. Alhamdulillah..

Antara moment yang aku tak boleh nak lupakan adalah masa praktikal dekat JKR KL. Siyes tulah practical training yang paling aku enjoy dan paling banyak aku belajar (walaupun sampai sekarang elaun praktikal tak dapat lagi). Staf-staf yang kebanyakannya super-duper senior aku di UTM, tak pernah lekang memberi tunjuk ajar dan sangat sempoi, sekali dengan bos-bos pun.

Akhirnya, aku dah mula boleh kawal perasaan marah. Tu adalah satu pencapaian yang paling best kot tahun ni. Kalau tak sebelum ni, pantang ada silap sikit, memang naik je darah. Huhu, cakap pun dah bersaya-awak. Kalau dulu, saya-awak tu macam virus untuk aku sebut. Rasa macam baikkk sangat la macam tu. Tapi, sebenarnya tak. Aku rasa sopan kot cakap cenggitu. Kawan-kawan jauh dan dekat tak putus-putus bagi semangat, samada di alam maya dan nyata. Tak boleh jumpa, diorang mesej tanya khabar. Siyes rasa macam dihargai sangat. Thanx korang.

Dan tahun ini, aku kehilangan seorang sahabat, seorang adik dan seorang kaki sakat pada 26 Oktober 2013 yang membuatkan aku realized hidup ni bila-bila masa je boleh kena tarik dan kau boleh mati bila-bila masa je, tanpa mengira usia. Terima kasih Muaz Roslan sebab buat aku sedar untuk lebih menghargai orang yang sentiasa di samping aku tak kira samada susah dan senang, terutama sekali family aku. I’m gonna miss you always..

Akhir kata, semoga tahun 2014 ni adalah tahun untuk aku build up life aku. 
Semoga study aku habis sebab dah lama sangat duduk dekat UTM, rasa lemau giler.
Semoga berjaya mendapat kerja sebagai seorang yang ada kena mengena dengan bidang architecture paling awal bulan Februari ni.
Semoga aku gagah melangkah demi meneruskan perjalanan yang hanya Dia saja tahu bila tarikh penamatnya..

2014, aku tunggu mu datang. Bismillah.. ^_^

The one and only picture of you I had, tu pun tangkap curi.
Semoga kau damai di sana, Muaz Roslan. Al-Fatihah..T_T

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment