Monday, July 8, 2013

praktikal, praktis, practice makes perfect..

18.06.2013 - 08.07.13

Hari ni cukup 3 minggu berpraktikal di Cawangan Arkitek, JKR Menara Tun Ismail Mohamed Ali. Sepatutnya dah 4 minggu jikalau mengikut tarikh seperti yang tertera di atas. Tapi seminggu tu 'lari' dari melakukan praktikal oleh sebab pulang ke UTM bagi menyambut CAAEM yang julung kali diadakan.

3 minggu di sini.. Sungguhpun aku masih malu-malu untuk bertegur sapa dengan mereka di sini, layanan mereka memang terbaik. Huhu, siapa cakap praktikal kerajaan ni akan dibuli dan hanya disuruh buat kerja fotostat, bancuh air dan buat kerja kuli sahaja? Meh la try buat LI dekat sini kalau nak rasa sebagai ala-ala arkitek sebenar. Memang la tak sebanyak kerja yang perlu dilunaskan macam mana LI di private firm, tapi dekat sini pun kita still boleh dapat ilmu yang bermanfaat yang boleh diguna pakai untuk alam pekerjaan kelak. Setidak-tidaknya, aku boleh berbangga la walaupun cuma 3 minggu di sini, aku dah kena buat elevations bangunan, detail ruang hospital dan 3d sketchup kuarters hospital rompin..;D *clap clap*

Dan sekejap tadi, aku dipertanggungjawab untuk mencatat minit mesyuarat. Hehe, memang la kerja tu macam biasa je. Namun sebagai practical student yang baru nak belajar selok belok kerja gomen ni, peluang tu sekecil tu tak mungkin akan dilepaskan. Haha, kalau boleh semua kerja aku nak try buat. Nanti bila dah kerja, at least aku dah tau sedikit sebanyak apa nak buat..

Lupa nak bagitau. Kerajaan sekarang telah memperuntukkan elaun bagi practical student iaitu sebanyak RM300 sebulan. Yang part ni sadis sikit sebab RM300 tu sebenarnya cuma lepas untuk tambang pergi-balik kerja dan makan tengahari je memandangkan aku perlu berulang alik dari Sg Buloh ke tempat kerja menggunakan tren-bas. Diharapkan agar lepas ni, pihak kerajaan dapat mempertimbangkan kadar elaun yang diberikan kepada para pelajar yang membuat LI di bangunan kerajaan. Kalau dapat RM500 sebulan, rasanya ok kot. Dah lebih kurang private firm dah..;D

Lebih kurang 8 minggu lagi untuk berada di sini. 
Semoga segalanya dipermudahkan.
Amin..~

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

7 comments:

  1. hai.nak tanye.berapa lama awak tunggu elaun masuk lepas habis praktikal di jkr

    ReplyDelete
  2. hai. elaun jkr masuk dalam akhir tahun jugak..

    ReplyDelete
  3. Dapat, rm300 je masa time saya praktikal. Tp best.. :)

    ReplyDelete
  4. assalam , nk tanya memang lama ya tunggu elaun dr jkr?:)

    ReplyDelete
  5. hai. elaun jkr masuk dalam akhir tahun..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete