Tuesday, July 2, 2013

1st stage..done XD

CAAEM berlalu Jumaat lalu.
Alhamdulillah, Archie UTM berjaya mengharungi segala cabaran yang mendatang....

Hehe, ayat nak gempak je.

Alhamdulillah, aku lepas 1st stage dalam unit urban di bawah penyeliaan Dr Wan Zakri, Dr Mahmud Jusan dan Dr Wan Hashimah. Fuhh, gerun kot unit sebabnya kebanyakan mereka mengatakan bahawa urban unit yang paling susah nak lulus. Studio marks untuk sem ni pun cukup2 makan untuk lepas je, C+. Huhu, siapa yang tak harapkan markah tinggi melangit? Lagi2 bila dah final2 semester macam ni kan. Teringin gak kot nak dapat sijil dekan. Mungkin bukan rezeki aku untuk gila2 excel di peringkat universiti ni, namun aku bersyukur sebab diberi peluang dan tempat untuk bersusah payah dalam dunia senibina yang mana ia adalah pilihan aku sendiri. Xpe, semester depan kita cuba lagi..

Alhamdulillah sekali lagi, semester depan insyaAllah bakal menjadi semester terakhir aku di UTM tercinta sanjungan bangsa. Huih, masa yang dinanti-nanti bakal menjelma jua. Tinggal subjek studio tesis 2nd stage dan subjek angker, Kajian Topikal. Bagi aku yang xberapa gemar nak menaip panjang buat ayat berbunga memang cukup payah oleh kerana ayat puisi bolehlah aku karang. Nak suruh buat buku, memang rasa seperti kena paksa menangis tanpa sebab. Begitu hiperbola tetapi itulah perasaan aku di kala gagal KT dalam sem2 lepas. Mohon la Kak Alice boleh tolong aku siapkan KT ni dan berjaya submit on time.

Cuma, aku sedikit sedih sebab ingat dapat grad before mama pencen. Kiranya, dapat la merasa kerja dulu sebelum mama start duduk rumah. Boleh bawak mama jalan2 makan angin once mama dah pencen. Tapi, sekarang kena kerja keras sikit, kumpul duit baru boleh pergi jalan-jalan dengan mama semua. Macam2 tempat kot nak pergi - Cameron Highlands, Langkawi, Manukan Island, Pulau Perhentian, Hatyai, Singapore, Korea Selatan..eh?? XD

Harap2 aku terus dapat kerja lepas grad nanti. Amin..

nota diri:
- no more tangguh2 untuk siapkan assignment
- studi tu keutamaan, kerja tu sampingan
- nak try duduk utm lama sikit lagi, try la main2..huhu~
- sentiasa keep in touch dengan panels tentang tesis

with my super duper great urban senior, Lim Gim Huang

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment