Sunday, February 17, 2013

my THESIS proposal #2..

TITLE: KAWASAN REKREASI UNTUK MAHASISWA: PENAMBAHBAIKAN HUTAN REKREASI UTM 

1.0. Overview/Introduction/Background 

Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia dibuka secara rasmi pada 22 Disember 2003. Hutan Rekreasi UTM seluas 130 ekar terletak dalam kawasan hutan simpan UTM merupakan salah satu lokasi rekreasi dalam kampus yang biasa digunakan bagi aktiviti kepimpinan, motivasi, aktiviti ikhtiar hidup (outward bound) serta perkhemahan khususnya dan aktiviti riadah mengenai pelbagai spesis kehidupan flora dan fauna yang terdapat di dalamnya. 

Hutan ini unik kerana ia merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna. Hutan rekreasi telah diwujudkan untuk aktiviti rekreasi seperti perkhemahan dan aktiviti ko-kurikulum untuk pelajar / staf UTM dan masyarakat tempatan di Johor Bahru. Pelbagai aktiviti seperti meredah hutan, berjalan malam, kem motivasi dan aktiviti hidup boleh dijalankan di taman. Antara aktiviti riadah yang popular di kalangan pengguna ialah jungle trekking, night walk, solo night dan flying fox. 

Hutan Rekreasi UTM secara dasarnya mempunyai kemudahan asas bagi mahasiswa khasnya untuk menggunakan Hutan Rekreasi sebagai salah satu kawasan riadah yang terdapat di dalam UTM tanpa perlu pergi jauh ke luar. Namun, sedikit sebanyak ‘suntikan baru’ perlu dilakukan agar Hutan Rekreasi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti riadah yang dapat menarik minat mahasiswa dalam usaha untuk menarik mereka melakukan aktiviti di sana. 

2.0. Issues/Problems 

· Kekurangan aktiviti untuk mahasiswa 
· Kurang tarikan untuk mahasiswa ke Hutan Rekreasi 
· Maklumat mengenai Hutan Rekreasi tidak mencukupi 
· Persekitaran yang tidak dijaga dengan rapi 

3.0. Objective 

3.1. Thesis Statement 

Tesis ini bertujuan untuk merekabentuk sebuah pusat rekreasi yang beroperasi dalam Hutan Rekreasi itu sendiri bagi memberikan persekitaran yang dapat menghubungkaitkan mahasiswa dengan alam semulajadi. Aktiviti yang disediakan bukan sahaja berkhemah tetapi juga boleh dilakukan seharian seperti wall climbing, abseiling, paintball dan sebagainya. Elemen kayu juga banyak digunakan bagi mem’blend’kan pusat rekreasi berkenaan dengan persekitaran supaya tidak kontra. 

3.2. Significance of the Study 

Idea utama tesis ini adalah untuk memberikan kemudahan aktiviti riadah yang pelbagai kepada mahasiswa terutamanya bagi mereka yang menggemari sukan lasak. Ia juga terbuka untuk penduduk di sekitar Johor Bahru yang ingin menikmati aktiviti riadah dan sukan lasak selain memupuk kesedaran tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian. 

4.0. Proposal 

4.1. Potential Client 
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai 

4.2. Potential Site and/or Typology 
Hutan Rekreasi dan Balai Cerap, UTM 

4.3. Potential Building Typology 
Pusat Aktiviti Riadah dan Sukan Lasak 

4.4. Discussion/Conclusion 
Tesis ini diharapkan agar dapat memberikan kemudahan dan pendedahan kepada mahasiswa serta komuniti tentang aktiviti riadah dan sukan lasak di Hutan Rekreasi UTM selain melestarikan UTM sebagai Kampus EkoPelancongan yang berteraskan ilmu di kampus induk UTM. 

5.0. References 

5.3. Falling Water by Frank Lloyd Wright 

6.0. Panel Preference 

6.1. Reform - Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki, menambah baik dan memanfaatkan Pusat Rekreasi UTM yang sedia ada bagi membolehkan mahasiswa melakukan aktiviti riadah dan sukan lasak secara lebih kondusif dan berkeseluruhan. 

6.2. Declaration of Authenticity 

I hereby declare that this proposal signifies my actual intent to sit for the Architectural Design Pre-Thesis according to the preferred Thesis Supervisory Panel and the content are original based on the studies and references that have been quoted throughout. 



……………………………………
(WAN SONA AFZAN BT WAN MOHD NASERUDIN)
AB070241 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siyesly, masa buat proposal ni langsung dah takde idea nak buat apa dah sebab terlalu menumpukan sangat dekat proposal pertama. Siap pergi jalan-jalan Chow Kit untuk melihat sendiri macam mana Chow Kit tu sebenarnya. Proposal ni dibuat kurang dari 24 jam dan bila tengok hasilnya, sungguh rasa tak puas hati sendiri, rasa macam something is missing. Takde rasa, bukan dari hati, jiwa tak sampai. Tapi disebabkan nak grad sangat hujung tahun ni, submit je la apa-apa janji ada proposal dan proposal yang buildable. Kalau kena reject jugak, kira bye-bye la untuk sem ni. Memang dah ditakdirkan untuk aku extend lagi.

Ada proposal yang aku nak buat and it's about children with autism. Tapi aku tak sempat nak buat study sangat untuk tajuk tu, so aku tak nak memperjudikan apa yang aku tak tahu. Thesis kot, bukan benda main-main.

Semoga proposal ini diterima dan akhirnya thesis saya berjalan dengan smooth nya. InsyaAllah..

Doakan saya...

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment