Sunday, January 29, 2012

10 fakta terang-jelas-abadi

nak dijadikan cerita,
10 facts about me ni ditulis setelah melawati laman twitter baru sahaja sebentar tadi..
malas nak tulis dekat tweet book,
saja nak menokok nambah post di blog..hehe~ ^_^♥♥♥

1.         Waktu yang paling menggembirakan adalah waktu bersama keluarga dan rakan-rakan. Seriously, sangat menyesal sebab time tengah bercinta hangat, memang melekat macam belangkas dengan ‘member’ tu..most precious time and memories berlalu dengan begitu je. Macam takde maknanya dah..Lagi baik lepak makan kacang pekena air coke dengan bestfriends sambil bercerita pasal masa depan yang tak tahu apa kesudahannya..
                  

2.         Seorang yang sangat kidal sampaikan kutleri yang ada atas meja kena setting balik sendiri kalau makan dekat hotel. Main gitar pun dah persis Justin Bieber..yeah!!!

3.         Orang kata aku ni macam ada sikit muka bongkak+riak+angkuh+sombong.
Huhu, muka eksotik kot, memang macam ni. Lagi satu, ia adalah taktik untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh para strangers serta tidak mahu dikenali..

4.         Nangis sangat kuat. Lagi2 kalau tengok cerita jiwang bagai ni. Memang tangkap leleh habis..huhu~

5.         Amat menyukai warna MERAH JAMBU (yang sebelum ni benci giler nak mati..hah), chocolates, teddy bear, kad lagi2 kalau handmade, video games, lepak, tidur, zzz..sekarang tengah dalam proses minat bunga..hehe~
            

6.         Agak memilih bulu dalam berkawan.. Huhu, bukan ape. Cuma tak mahu tersilap memilih kawan yang boleh dijadikan teman sejati di kala senang mahupun susah. Berkawan memang mudah, namun untuk mengekalkannya terlalu payah. Jadi, eloklah memilih supaya tidak ada pihak yang berkecil hati di kemudian hari..

7.         Flashback memory yang tak dapat dilupakan adalah menjadi pelajar cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM..semoga masa MAHASISWA ni masih boleh naik pentas dengan pointer yang boleh dibanggakan..insyaAllah~

8.         Zaman paling menyeronokkan adalah zaman universiti. Walaupun terdapat pelbagai dugaan, cabaran dan liku yang perlu ditempuhi, namun di sinilah aku mula mengenali kawan dan lawan, siapa sahabat dan siapa musuh. Walaupun zaman sekolah pun ada cabaran, zaman u ni lagi mencabar dan aku terasa tercabar..huh~

9.         Amat mudah memaafkan, namun sukar sekali untuk melupakan..~

10.       Nak bagitau something, kena straight to the point.. tak payah nak corner2 kick bagai.. Aku terlalu lurus orangnya dan aku bercakap kadangkala terlalu lurus sehinggakan terkadang lupa bahawa ayat tersebut mengguris hati mereka yang mendengarnya..maaf maaf maaf..huhu~

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment