Thursday, November 15, 2012

hello kitty #6

Disebabkan incik sam dah ada baju hello kitty,
cik kitty ni diplugkan ke incik imob..

special thanx to misz DidaDidId

thanx dear, really love it ^_^♥


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

salam maal hijrah 1434H

Alhamdulillah syukur..

Terima kasih Ya Allah,
Kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi-Mu ini
Sekaligus masih diberi ruang untuk bertaubat
Di atas segala kejahilan dan kekhilafan yang telah dilakukan
Dalam keadaan sedar mahupun tidak..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Ketika ramai yang tidak kesampaian
Untuk menebus kesilapan lalu telah dicabut nyawa,
Aku masih terus di sini kerana
Kau masih ingin memberiku ruang dan peluang untukku
Menjadi Islam tidak hanya pada nama,
Tetapi pada iman jua..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah
Bukan kemewahan dari segi kebendaan,
Namun kebahagiaan yang membuatku amat bersyukur
Setiap denyutan jantung yang berdegup tanda aku masih bernyawa
Setiap anggota badan yang masih mampu digerakkan aku
Setiap sedutan oksigen yang Engkau kurniakan kepadaku
Setiap perasaan yang Engkau serapkan ke dalam jiwaku..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Namun tidaklah aku ingin ditempatkan ke neraka-Mu
Aku bermohon kepada-Mu agar diberikan taufik dan hidayah
Untuk terus berada di jalan lurus-Mu
Sampai waktu aku untuk bertemu-Mu..

Terima kasih kerana masih dihidupkan lagi hamba-Mu ini..


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Monday, November 5, 2012

perihal si anak kedua

Siapa anak kedua dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia utamakan ibunya. ^_^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dalam ramai-ramai adik beradik, dia aje yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu, dia bersungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
Memang anak kedua ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia, sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitamlah. Kalau putih, putih lah. Degil sampai kadang-kadang tak boleh nak bertoleransi.

HATI
Anak kedua ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut. Satu lagi pe'el dia, dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

ARAHAN
Anak kedua ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak kedua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas,0 jangan bagi diorang marah. Kalau diorang marah, faham-faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas. =)

*hasil copy paste dari Kak Ita*

ps: bukan nak percaya benda ni bulat2 tapi ada jugak yang kena kot dengan diri sendiri..=)

saya si anak kedua yg degil, cengeng, mereng dan seumpama dengannya..^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Friday, November 2, 2012

bila kaki di kepala dan sebaliknya

Bilamana minda dah tak dapat nak menumpukan perhatian terhadap apa yang sebenarnya aku perlu lakukan, serta-merta urat saraf terasa menjadi semakin mengecut dan darah yang mengalir semakin perlahan hingga menyebabkan badan terasa sejuk secara tiba-tiba. Akhirnya, badan terasa di awang-awangan dan berlakulah mental breakdown..

Mungkin itulah yang sedang aku lalui sekarang. Dengan keadaan separa sedar menghapdet blog disebabkan kepala hotak dah tak boleh menerima arahan untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan sedari pukul 9 malam tadi, aku stop kejap untuk buat acara design-mendesign bandar Raub yang bertemakan EMAS.

Siyesly, semester ni semester  yang paling aku struggle sebab start dari semester ni aku nak try dapatkan balik 3 pointer aku yang aku campak entah mana. Bukan tak pernah dapat, tapi sebab asyik memikirkan perkara yang tak patut, aku lalai. Baki yang ada ni aku kena kerja keras untuk dapatkan pointer yang baik bila grad nanti..

Okey, studio semester ni URBAN. Memang siyes tough sebab catat sejarah la aku balik bilik kalau tak cecah pukul 3-4 pagi memang tak sah. Ada sekali dua je balik awal. Tu pun sebab pagi takde kelas, kitorang buat discussion waktu malam. Pergh, memang bengkak-bengkak la mata, siyes rabak, terbarai-barai semua istilah memang ada. Sekali nampak macam orang gian ice sebab mata stok kuyu je, jalan menghuyung ke kiri sikit.

Sekarang dah di bahagikan kepada 7 orang per group. Macam awal-awal studio dulu, satu group ada 21 orang. Lepas cuti mid-semester ni baru akan start individual design. Time tu memang aku nak buat kerja dekat bilik je, takmo keluar-keluar. Huhu, memang kira tahap balas dendam paling maksimum semaksimum yang boleh.

Ok. Berkenaan dengan semester ni, cara pembayaran yuran dah berbeza. Kitorang dah tak boleh kumpul hutang dan bayar lump sum sebelum grad. Sekarang kena bayar every semester setiap hutang yang ada. Aku amat bermasalah dengan kaedah pembayaran begini sebabnya aku bukan lagi pemegang pinjaman PTPTN (aritu kantoi satu semester). Borang insert/delete subject aku sangkut dan ada 2 subjek yang aku nak delete tak dapat nak dimasukkan dalam sistem. Nasib baik la tadi ke bendahari, en Azizi tu nak tolong mohonkan dekat PTPTN untuk aku. Kalau suruh aku buat sendiri, memang tak jalan la jawabnya surat aku ke PTPTN. Aku cari cara lain yang dekat dengan aku, mohon pinjaman dekat masjid ke, hema ke. Mana-mana la asal boleh dapat duit.

Siap boleh terfikir nak jadi rock star, menyanyi dekat mana-mana ceruk janji boleh dapat duit. Tak pun jadi model untuk iklan mana-mana. Sampaikan tadi aku terfikir mungkin sebab ni lah ramai remaja yang terkandas dalam kancah maksiat semata-mata untuk mendapatkan keperluan kewangan yang seringkali mengekang kehidupan.

Huhu, baru sekarang aku tahu macam mana susahnya nak hidup dan mendapatkan duit untuk cukup nak tanggung life seharian. Sumpah sakit. Tu baru bujang, kena cari RM2000 je untuk langsaikan hutang belajar. Kalau orang yang dah berkeluarga, sure terikat dengan hutang kereta, rumah, sekolah anak-anak, makan pakai seharian. Siyes aku tak boleh fikir pasal benda-benda macam tu sekarang. Lepas tu tiba-tiba teringat jerih perih mak bapak aku nak besarkan kitorang ni yang umur semua dekat-dekat je. Dengan sekolahnya, makannya, siyes aku tabik. Thanx ba, mama sebab tak hantar kitorang dekat pusat anak-anak yang memerlukan bantuan. Hoho, boleh tahan jugak bangang aku tengah-tengah malam cenggini kan? Ada pulak mak bapak yang sanggup hantar anak-anak dia ke pusat cenggitu..

So, aku mengisytiharkan yang aku masih belum bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan yang sedia ada mencabar tu. Ternyata hanya orang yang betul-betul bersedia dari segi mental, emosi, rohani dan kewangan layak untuk melangkah ke alam tersebut. Aku nak tanggung diri sendiri pun tak mampu lagi, ni nak sama-sama tanggung rumah tangga. Huhu, takmo fikir dah..

:: Semoga aku berjumpa dengan calon suami yang kaya, hensem, tinggi, baik, sopan, sabar, penyayang dan semua yang baik la..=)


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Tuesday, October 30, 2012

when your crush is now having a girlfriend

What would you do if you find out that a boy you are having crush on for almost a year is now having a girl on his own? How would you feel and react about the news? 

Well, that's what I've been through right now..

Yes, I've been keeping this feeling towards him selepas aku went through a broke up. For me, it's quite a terrible yet horrible break up as I thought we could have end up in a more serious relationship. It was almost a 3 years-relationship and I thought that would be the last love I'm going to cherish 'til the end of my life. Sampaikan Abang Hairol tanya aku about us masa borak-borak pasal life and relationship ni, aku yakin giler jawab there'll be something serious going to happen between us. Well, I guess it didn't happened the way I wanted it to be.

Siyesly, aku tersangat-sangatlah down waktu kena dumped tu. Memang tak pergi kelas langsung, asyik nangis je. Dah rasa macam takde life, semua benda yang aku buat aku buat macam lifeless. Sampaikan studio aku terbarai-barai. Memang siyes time tu rasa macam nak quit je study. Dah memang rasa tahap takde harapan. Sampai la aku jumpa dia when I was in this student society.

Siyesly, at first when you looked at him, he's just like any other ordinary guy. But when you see him more often, he's some kind of a mysterious person. Haha, dah nama pun budak archie kan. Observation is a must in every aspect that we do, including to people. Dia tak banyak cakap, even when he's around his friends. I like that when he was with his friends, dia cakap-cakap jugak but when it comes to lawak thingy, he just smile and takde la nak gelak-gelak bagai nak rak. Siyesly cool giler..

At first, memang la rasa macam main-main je, suka-suka je suka dekat dia. Mencari distraction la kiranya sebab tak nak terlalu memikirkan perkara yang dah berlalu. Tapi, tu la kan. Orang cakap, bila dah selalu perhati boleh menyebabkan jatuh hati. Siyesly, masa mula-mula tu memang la macam buat rilek je sebab ye la, baru lepas break up.. Giler apa nak minat kat other boys in just one glance? But then I realized that each time I looked at him, I had butterflies in my stomach..Haha, macam ada benda menari-nari dalam perut la gittew. 

Yes, I've never actually spoke to him. Siyesly, aku tak pernah bercakap dengan dia sampaila kitorang ada dua events ni. The first event was when he was my leader and I had to have a conversation with him which aku siyesly sangat amat terlampau malu sebenarnya for all those things yang berkaitan dengan dia. My friends knew about me having this kinda feelings. Sampai waktu aku berbual pasal resit dengan dia pun aku bagitahu dekat member-member aku n semua. Memang sumpah lawak la masa tu. Rasa macam giler pun ada. Maybe aku tak pernah minat orang yang betul-betul suka. The previous relationships that I had, guys yang datang approach, oleh sebab prinsip yang aku pegang masa tu "love someone who loves you, not someone that you loved". Tapi memang waktu tu rasa macam siyesly nice je. Dapat jumpa walau sekejap pun dah rasa macam dah best hari tu. 

The second event was when one of his friends and I were the head of the activities for the event. Yang ni memang aku rase siyesly LOL giler. I had so many chances to talk to him sebab we went there by our advisor's car. Which I'm kinda like..sumpah rasa macam tak boleh bernafas, bernafas dah tak ikut hidung, hidung berdarah semua..haha.. In fact, penasihat aku ni pun tau aku minat dekat dia. Memang bak angin bertiup awan berarak, sayupnya hatiku melayang di angkasa.. But, ni lagi lol. Aku yang siyes pemalu bila I had to confront him. Memang takde sepatah pun la yang keluar dari mulut aku. Aku just bercakap dengan penasihat aku and another girl yang naek sekali dengan kitorang. And dekat situ, memang siyesly heaven bagi aku sebab anything je, dia akan call aku. Memang menjerit je la kerja aku kalau habis each activity. Hehe, naseb baek la Kaety and Panda ada dengan aku masa program. Diorang pun tolong menjerit sama dengan aku. Sungguh, best giler perasaan tu waktu tu.

Aku pernah bagitau dia yang aku suka dekat dia. Tapi, waktu tu aku cakap dekat dia yang aku just suka je dekat dia. And quite suprisingly, he's okay with that. Tak macam certain boys yang macam terus push the girl aside bila girl tu dah confess perasaan dia. That's another thing I like him. Memang aku hardly jumpa orang macam ni. Which is why I kept on liking him but not sampai nak kapel ke ape la. Siyesly, my main intention was not to have couple anymore. Aku dah rasa macam fobia nak couple-couple bagai ni semua. Ye la, dah couple lama-lama pun boleh putus jugak, ape de hal. Orang cakap, selagi takde ikatan apa-apa, macam boleh jadi. And lepas dia grad aritu, I tanya lagi dekat dia whether dia ada someone special tak sebab aku ada terbaca dari member dia yang dia ada keluar dengan ada girl ni. So, aku rasa macam tak nak la kacau dia kalau dia dah ada yang berpunya. Aku dah pernah rasa what it's like kalau ada orang ketiga dalam hubungan kita. So, aku tak nak jadi orang sebegitu. And yes, he mentioned that he now has a girlfriend.

So, it's time for me to walk away and not disturbing someone else's boyfriend. Tak manis kata orang-orang tua, jadi batu penghalang dalam relationship orang. Giler nak jadi orang ketiga semua, siyes bukan aku. Nanti when the time comes and I have finally found my Mr TOP, he will not be excluded to get my wedding invitation card..=)

:: It is nice having a friend like you, though I have confessed my feelings towards you, you are always being nice as if nothing happens. The way you appreciate other people's feelings is one of the things I truly love about you..

Wishing you true happiness, now and hereafter..Mr Cool..^_^


:: Ok, ni hanyalah gambar hiasan semata-mata. Aku tak rasa macam nak berderai air mata ke, berlinang ke, bergenang ke semua takde. Sebab the way dia tolak aku adalah dengan cara yang paling aku rasa siyes rasa macam terhormat sangat. In fact, he's being too gentleman which aku tak pernah jumpa guy like him sebelum ni. Siyesly, and I hope I will be able to find someone like him someday somewhere..InsyaAllah ^_^

:: Aku pernah suka at this one boy when I was in school. My friends insisted me to give him a card during his birthday. There's something happened in between those times and from that moment I swore to myself not to show my feelings to any other boy 'til I met this Mr Cool.. Thanks to you, my perception now has changed.. ♥♥♥

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~