Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah 1434H

Alhamdulillah syukur..

Terima kasih Ya Allah,
Kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi-Mu ini
Sekaligus masih diberi ruang untuk bertaubat
Di atas segala kejahilan dan kekhilafan yang telah dilakukan
Dalam keadaan sedar mahupun tidak..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Ketika ramai yang tidak kesampaian
Untuk menebus kesilapan lalu telah dicabut nyawa,
Aku masih terus di sini kerana
Kau masih ingin memberiku ruang dan peluang untukku
Menjadi Islam tidak hanya pada nama,
Tetapi pada iman jua..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah
Bukan kemewahan dari segi kebendaan,
Namun kebahagiaan yang membuatku amat bersyukur
Setiap denyutan jantung yang berdegup tanda aku masih bernyawa
Setiap anggota badan yang masih mampu digerakkan aku
Setiap sedutan oksigen yang Engkau kurniakan kepadaku
Setiap perasaan yang Engkau serapkan ke dalam jiwaku..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ya Allah,
Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Namun tidaklah aku ingin ditempatkan ke neraka-Mu
Aku bermohon kepada-Mu agar diberikan taufik dan hidayah
Untuk terus berada di jalan lurus-Mu
Sampai waktu aku untuk bertemu-Mu..

Terima kasih kerana masih dihidupkan lagi hamba-Mu ini..


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment