Thursday, October 2, 2014

3 LANGKAH MENJADI INSAN YANG REDHA DENGAN TAQDIR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI. 

Redha merupakan sifat yang terpuji dalam kehidupan seorang insan. Kedudukannya lebih tinggi daripada sabar. Dalam sabar, seseorang masih berasa sedih dengan apa yang berlaku. Sedangkan redha, seseorang sudah tidak lagi berasa sedih, bahkan yang ada adalah perasaan rela dan senang hati di atas musibah yang menimpanya, meskipun pahit merasakannya. 

Hakikat redha adalah menerima segala apa yang berlaku dengan senang hati, kerana hal itu terjadi sedah merupakan ketentuan dan kehendak Allah SWT. Orang yang sudah mencapai maqam redha, tidak pernah menentang hukum hakam Allah SWT, kerana semua itu terjadi sudah merupakan ketentuan dan taqdir Allah. 

Orang yang bersifat redha bukan bererti duduk diam tanpa harus berusaha. Akan tetapi Redha merupakan sikap seseorang menerima musibah yang menimpa. Oleh kerana itu untuk mencapai darjat orang yang redha memerlukan syarat-syarat di antaranya:

1.Orang yang redha wajib meyakini bahawa musibah yang menimpa, itu merupakan pemberian untuk menguji kesabaran hambanya atau untuk menunjukkan kasih sayang Allah kepada Hambanya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

2. Seseorang wajib meyakini bahawa disebalik musibah yang datang menimpa pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, 216:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 

3. Menyedari bahawa hakikat hidup di dunia ini adalah tempat ujian dan ujian itu biasanya memang tidak menyenangkan. Namun jika seseorang itu redho dengan ujian tersebut, maka ia telah lulus daripada ujiannya, maka Allah akan memberikan darjat yang tinggi. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Fajr, ayat 27-28:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّة @ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetaplah dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagilah diredhai (di sisi Tuhanmu) !ُ

Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang dapat menerima segala bentuk pemberian-Mu. Dan jadikan kami ya Allah sebagai hamba-Mu yang teguh pendirian serta redha dengan segala ketentuan-Mu. Aamiinn !!!!!

Wallahu A'lam

#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment