Sunday, September 22, 2013

Maafkan aku..

Sahabat,
Maafkan aku atas memungkiri janji,
Janjiku untuk menemani dirimu,
Pada hari hari bahagiamu,
Tidak mampu aku penuhi..

Sahabat,
Bukan maksudku mengkhianati janji itu,
Tiada kuduga semua ini berlaku,
Ku tahu dosa itu terletak di bahuku,
Kerana tidak memberitahumu terlebih dahulu,
Yang bahawa aku tidak mampu berada di situ..

Sahabat,
Sungguh,
Telah aku cuba,
Namun aku tidak terdaya,
Walau mengirim sepatah nota,
Kerana aku percaya,
Kau pasti menunggu kedatanganku..

Sahabat,
Kalaulah kau mengerti isi hatiku,
Yang meronta ingin berada bersamamu,
Melihat wajah ria mu kini menjadi milik si dia,
Ahh.. aku bersalah,
Aku serba salah ingin menghantar pesanan duka,
Akibat kekangan yang terpaksa ku hadapi,
Menyebabkan aku tidak dapat bersama di hari itu..

Sahabat,
Percayalah,
TIdak mungkin aku akan menyakiti hatimu,
Aku begitu menyayangimu,
Doaku sentiasa bersamamu,
Tunggu aku pada hari pernikahanmu nanti..
Ini janjiku, bukan tipu..

ps: Maafkan aku dan selamat menjadi tunangan orang sayang..

pss: Mohon kahwin lepas aku habis belajar, takmo miss wedding ko pulak. At least, time tu aku dah ada duit sendiri.. :')

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment