Tuesday, September 10, 2013

Maaf...

Maaf,
Aku tak sempurna, 
Punya kekurangan sini sana, 
Hingga nampak jelas di pandangan mata.. 

Andai bisa, 
Miliki topeng cuma satu rupa, 
Sedih suka benci gembira, 
Akanku guna hingga, 
Kau tidak akan pernah tahu perasaanku sebenarnya.. 

Sayang ia tiada, 
Yang ada cuma aku, 
Tidak tahu berpura, 
Semua terpancar di raut muka.. 

Bukan inginku begini, 
Harap kau mengerti, 
Bukan niatku menyakiti, 
Dan ketahuilah bahawa, 
Maafku ini dari hati..


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment