Tuesday, January 13, 2015

Mekanik cina

Bertemu dengan dia harini ternyata tidak sia-sia. Dia seorang mekanik cina. Kerjanya tip-top dan sangat membanggakan. Kiranya, jika dihantar kereta kepadanya kita akan dapat balik kereta kita itu dalam keadaan yang kita akan menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya.

Tapi, hari ini lain. Bermula dari perbualan mengenai sun roof yang ternyata dia tidak bersetuju untuk dimodify pada kereta sehinggalah tentang kehidupannya dan akhirnya Islam.

Ini kisah hidupnya. Ayahnya meninggal dunia ketika usianya menginjak remaja. Dia abang sulung daripada 5 orang adik-beradik. Ibunya cuma seorang tukang jahit. Jadi, dia bekerja seawal usia 9 tahun setiap kali selepas waktu persekolahan demi membantu meringankan beban ibunya itu. Dari segi gaya dia bercerita, dia sangat menyayangi ibunya. Dia juga ternyata menghargai nilai seorang wanita dan sudah beristeri seorang kini. Bengkelnya terletak di hadapan sebuah masjid yang selalu dipenuhi umat Islam dan sentiasa diadakan ceramah agama.

Ditanya mengenai kahwin empat, masuk Islam yang padanya dia bakal bertukar menjadi 'seorang Melayu', mengapa perlu solat dan laungan azan dan bacaan alunan surah Al-Quran yang disangkanya adalah nyanyian.

Yang menjentik hati ini, dia merasakan dirinya dilindungi dengan laungan azan, bacaan Al-Quran dan keberhampiran bengkelnya dengan rumah Tuhan. Walaupun berlainan agama dan fahaman, dia tetap percaya kuasa dan hukum Tuhan.

Semoga diberikan sinar hidayah buatnya. InsyaAllah..

: tanya diri, mengapa aku solat?
Kerana dengan solatlah kita mengabdikan dan mendekatkan diri dengan Allah, Pencipta sekalian alam.

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment