Monday, September 29, 2014

5 DOSA MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA

ISLAM sangat melarang perbuatan menderhaka kepada ibu bapanya, kerana menderhaka kepada kedua orang tuanya merupakan dosa besar yang akan mendatangkan kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat. Di samping itu, menderhaka kepada kedua orang tua dapat menutup pintu rizqi dan kesempitan hidup bagi seorang anak.

Allah SWT telah berfirman: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Q.S. al-Isra').

Adapun bentuk penderhakaan anak kepada ibu bapanya yang di haramkan menurut pandangan Islam ada 5 bentuk di antaranya:

1. Suka Melawan Kepada Ibu Bapa.
Bentuk perlawanan yang di lakukan seorang anak kepada ibu bapanya adalah dengan melakukan tindakan fizikal kepada ibu bapanya. Dengan memukul atau yang seumpamanya.

2. Memarahi Ibu Bapa.

Menengking ibu bapa bererti telah melakukan kederhakaan kepada mereka. Walaupun anak perempuan yang sudah berkahwin tidak lagi bertanggung jawab secara langsung kepada ibu bapanya seperti anak laki2, tidak bermakna anak perempuan melepaskan tanggungjawab tsb kepada kedu ibu bapanya.

3. Membenci Ibu Bapa.

Sikap anak yang membenci kepada kedua ibu bapanya. Merupakan bentuk penderhakaan. Sebagai anak mungkin kena banyak bersabar menghadapi kerenah ibu bapanya. Bukan dengan membenci mereka.

4. Tidak Mengambil Berat Ibu Bapanya.

Sikap anak yang tidak mengambil berat tentang keperluan ibu bapanya merupakan bentuk penderhakaan kepada mereka. Tidak Mengabaikan tanggungjawab kepada mereka dengan mengambil berat tentang keadaan serta keperluan nya. Itu merupakan tanda berbakti kepada ibu bapanya.

5. Tidak Mengenang Jasa Ibu Bapanya.

Sebagai seorang anak yang baik, serta tanda menghargai pengorbanan serta jerih payah kedua ibu bapanya. Hendaklah dengan mengenangkan kembali jasa keduanya semasa kita masih kecil lagi. Mengenang jasa ibu bapa bertujuan agar kita tidak mudah melupakannya serta menggelakkan dari menyakiti hati nya.

Ya Allah jadikan kami anak yang sholeh, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kami serta berilah kedunya Sehat dan panjang umur untuk beribadah kepadaMu. Jika sudah meninggal terangilah alam kuburnya, ampunkan dosa kedua nya, Aamiinn !!!

Wallahu A'lam

#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment