Sunday, July 13, 2014

Maaf, andai itu yang kau mahu..

Maaf,
Andai itu yang mahu kau dengar,
Daripada aku yang kau bengangkan,
Berulang-ulang kali,
Yang pada kau ungkapan itu buat pertama kali,
Tidak memberi apa-apa erti.

Aku mungkin bersalah,
Tapi kau harus sedar,
Bukan aku puncanya,
Aku mangsa,
Kerana berada di tempat yang salah,
Pada masa yang salah.

Kau juga tahu perkara itu,
Bukannya ia berlaku di belakangmu,
Kau berada di situ,
Ia terjadi di hadapan matamu,
Adakah aku punca ia berlaku?
Bagimu?

Ya,
Seperti yang kukatakan,
Aku berada di tempat yang salah,
Pada masa yang salah,
Itu salah aku.

Sepatutnya aku biarkan sahaja,
Biarkan orang lain yang menjadi mangsa,
Atau lebih tepat,
Pelaku yang telah membuat silap pada asalnya,
Biar dia yang tanggung serba salah ini semua,
Sebab puncanya dia,
Dia yang bersalah,
Dan kerana dia,
Aku memendam rasa serba salah ini sendiri.

Tapi aku bukan insan yang begitu,
Aku tahu tugas aku,
Aku tak mahu kau susah sendirian,
Dan aku cuma manusia biasa,
Tiada deria keenam untuk tahu,
Apa yang ada di luar dari kaca penglihatanku.

Aku harap kau mengerti maksudku,
Ikhlas, aku minta maaf,
Dari mulut ini,
Dari hati ini..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment