Sunday, February 23, 2014

Hanya aku..

Masing2 ada masalah sendiri,
Masalah dunia, masalah peribadi,
Yang membezakan adalah macam mana seseorang itu handle masalah yang dilalui.

Memang orang cakap, umur2 aku ni, semua orang kawen.
Nak2 perempuan.
Sebab utaman adalah tak mahu dicop andartu atau tak laku.
Tapi, dah nak buat macam mana lagi,
Jodoh belum ketemu atau mungkin belum sampai seru.

Takkan nak main pakai aci boleh, terkam yang mana jumpa.
Sebab aku pasti semua yang kawen nak kekal sampai syurga.
Alangkan kalau nak beli kasut pun kena riki2,
Inikan pulak calon suami yang bakal sehidup semati.

Entah la, letih memikirkan pasal benda ni.
Sebab terang2 tertulis ni semua rahsia Ilahi.
Bukan boleh scan tengok nama dekat dahi.
Doa dah doa, mungkin belum sampai masanya lagi.
Ada la tu yang terbaik untuk aku, kau dan kita semua. 
InsyaAllah..

Doaku selalu,
Tuhan kirimkanlah aku,
Kekasih yang baik hati,
Yang mencintai aku,
Apa adanya..

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment