Saturday, May 12, 2012

saya suka awak..siyesly

orang kata, kalau suka..luahkan pada si dia agar perasaan tu tak bersarang dalam hati..
takut nanti kalau tak terluah, boleh menjadi barah yang tak dapat diubati..

haha,
senang untuk dikata namun amat payah untuk dikota..
bukan seorang dua yang cakap, dah berjuta-juta lemon orang berkata benda yang sama..
bukan apa..
suka orang mengikut firasat aku bukan macam suka Halyu star yang boleh ditukar rasa bila-bila masa..
kejap suka KIM SI HOO dongseng, esok tukar balik minat TOP oppa..
penangan KOREA..
adeh~~

perasaan suka, sayang, minat, cinta dan seumpama dengannya datang bukan kita yang paksa..
waima bukan juga kita yang minta..
ia datang tiba-tiba..
daripada tak kenal entah bila masa jatuh cinta..
mungkinkah di saat pandang pertama?
atau mungkin juga senyumannya begitu mempersona..
sehingga berjaya mencuri hati si dara..

namun, suka sahaja tanpa usaha untuk mendapatkannya pun tak guna juga..
sekarang sudah tiada lagi istilah perigi cari timba..
perempuan pun ada hak memilih calon suami tercinta..
tanpa usaha, mimpi tak bermakna..
umpama menunggu bulan jatuh ke riba..

tapi, tak semua orang dapat menjadi seperti itu..
seperti aku, hanya mampu menunggu dan terus menunggu..
walaupun perasaan itu telah diberitahu..
namun tiada daya untuk meneruskan langkah seterusnya..
menatap wajahnya sahaja membuatkan aku hilang kata-kata..
inikan pula berbicara empat mata..
betapa tikusnya aku walaupun di luar nampak gagah perkasa..

yang penting sekarang, biarlah perasaan itu disimpan buat seketika..
biar tenang kedua-dua hati tanpa sebarang jawapan tertanda..
mungkin bukan anda jodoh saya..
dan saya terima ketentuan Yang Maha Esa..

p/s: saya suka awak..siyesly~~

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

No comments:

Post a Comment