Sunday, February 1, 2015

3 perkara..

.. Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :        
          1. Waktu ..        
          2. Kata-kata     
          3 . Kesempatan        
         
.. Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :         
          1. Kemarahan ..      
          2. Keangkuhan       
          3. Dendam   
         
.. Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :     
          1. Harapan        
          2. Keikhlasan        
          3. Kejujuran        
         
.. Ada 3 Hal yg paling berharga :        
          1. Kasih Sayang ..        
          2. Cinta ..        
          3. Kebaikan         
         
.. Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :        
          1. Kekayaan  ..       
          2. Kejayaan ..         
          3. Mimpi ..        
         
.. Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :         
          1. Komitmen         
          2. Ketulusan        
          3. Kerja keras        
         
.. Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad        
          2. Kemahuan        
          3. Fokus
         
.. Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
         1. Rezeki ..        
          2. Umur ....       
          3. Jodoh ..        
         
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :     
          1. Tua ..        
          2. Sakit ..        
          3. Kematian.  
         
Ya Allah, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..        
         
Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati ....
lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
..الرمان
delima
..الروب
yogurt
..الثوم
bawang putih
..البصل
bawang besar
..الشاي الأخضر
teh hijau
..الشوفان
oat
..القرع
labu
..البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :

Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :

empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki 
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــ  ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق

empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas

copypaste

Mana rezeki aku..

Mana Rezeki Aku. Panjang tetapi ringkas dan padat.

Dalam hidup kita ini, kita sering mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu yang terjadi pada diri kita.

Antaranya:
- kenapa aku asyik ditimpa malang
- kenapa bisnes aku tak jalan
- kenapa orang lain boleh berjaya tapi aku tidak
- kenapa aku sahaja yg mengalami kerugian
- kenapa tuhan tidak mendengar doa aku
- kenapa tuhan abaikan aku
- kenapa tuhan buat begini pada aku
- kenapa malang nasib aku
- kenapa aku tak kaya
- kenapa Allah tak beri rezeki pada aku

Kepada anda yang sering membuat persoalan berikut, sila tanya diri anda perkara-perkara berikut:
- Bila kali terakhir aku berjemaah subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak di masjid atau bila kali terakhir aku solat atau paling senang bila kali terakhir aku berwudhu?
- bila kali terakhir aku mengerjakan solat-sunat rawatib?
- bila kali terakhir aku solat sunat dhuha (yakni solat untuk memohon untuk dibuka pintu rezeki dari Allah)?
- bila kali terakhir aku berqiamullail? Perlu ke aku solat sunat taubat?
- bila kali terakhir aku membaca Al-Quran walau sepotong ayat?
- bila kali terakhir aku memberi sedekah secara ikhlas?
- bila kali terakhir aku BERDOA pada Allah?
- pernahkah aku berniat melakukan sesuatu untuk mencari rezeki di jalan Allah?
- berapa banyak dosa aku lakukan dalam sehari, melihat wanita tak menutup aurat, tidak solat lagi, macam-macamlah, salah aku takkan aku tak tahu.

Kita selalu mengeluh, kita selalu cepat menyalahkan Allah tetapi kita tidak sedar bahawa Allah tidak pernah mengeluh pada kita dan menanti hambanya untuk berdoa dan memohon padanya.

Percayalah, pintu doa dan taubat tidak akan tertutup sehingga hari kiamat. Jadi di mana silapnya? Kita atau Allah?
Mungkin bukan sekarang Allah makbulkan tetapi jika Allah terima doa kita, perjalanan akan menjadi cantik kerana ianya sudah diatur kemas oleh Allah.

Tidak dapat pada jadi pada siapa? Inshaallah akan dapat pada anak-anak kita. Dan ingat, anak juga merupakan satu rezeki dari Allah. Wallahualam.

P/s - teringat pd Abi, berdoa selalu, anak-anak semua berjaya. Inshaallah sebabkan doa mama jugalah jd salah satu sebab anak-anak berjaya. Anak-anak yg kadang2 tak perasan atau tak nak ambil peduli dan keep on mengeluh. Huhuhu

#copypaste

Budak perempuan itu..

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim.
Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akn sujud.
Perelokkanlah didikn ke atas ank²mu.

Seorang laki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan. Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(TAnpa sbrang pengkhususan)

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. '' :)

#copypaste

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Tuesday, January 13, 2015

Mekanik cina

Bertemu dengan dia harini ternyata tidak sia-sia. Dia seorang mekanik cina. Kerjanya tip-top dan sangat membanggakan. Kiranya, jika dihantar kereta kepadanya kita akan dapat balik kereta kita itu dalam keadaan yang kita akan menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya.

Tapi, hari ini lain. Bermula dari perbualan mengenai sun roof yang ternyata dia tidak bersetuju untuk dimodify pada kereta sehinggalah tentang kehidupannya dan akhirnya Islam.

Ini kisah hidupnya. Ayahnya meninggal dunia ketika usianya menginjak remaja. Dia abang sulung daripada 5 orang adik-beradik. Ibunya cuma seorang tukang jahit. Jadi, dia bekerja seawal usia 9 tahun setiap kali selepas waktu persekolahan demi membantu meringankan beban ibunya itu. Dari segi gaya dia bercerita, dia sangat menyayangi ibunya. Dia juga ternyata menghargai nilai seorang wanita dan sudah beristeri seorang kini. Bengkelnya terletak di hadapan sebuah masjid yang selalu dipenuhi umat Islam dan sentiasa diadakan ceramah agama.

Ditanya mengenai kahwin empat, masuk Islam yang padanya dia bakal bertukar menjadi 'seorang Melayu', mengapa perlu solat dan laungan azan dan bacaan alunan surah Al-Quran yang disangkanya adalah nyanyian.

Yang menjentik hati ini, dia merasakan dirinya dilindungi dengan laungan azan, bacaan Al-Quran dan keberhampiran bengkelnya dengan rumah Tuhan. Walaupun berlainan agama dan fahaman, dia tetap percaya kuasa dan hukum Tuhan.

Semoga diberikan sinar hidayah buatnya. InsyaAllah..

: tanya diri, mengapa aku solat?
Kerana dengan solatlah kita mengabdikan dan mendekatkan diri dengan Allah, Pencipta sekalian alam.

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Monday, January 5, 2015

Nabi Muhammad s.a.w

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

#copypaste

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~