Showing posts with label my LA TAHZAN ♥. Show all posts
Showing posts with label my LA TAHZAN ♥. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Mengapa Doa Kita Di Tolak?

Pada suatu masa Ibrahim Adham pernah di tanya oleh orang ramai kenapakah do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t . Sedangkan mereka tidak jemu-jemu berdo'a dan memohon kepada Allah s.w.t. Ibrahim Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa do'a-do'a mereka tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t :

1. Kita mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kita kepadaNya)
2. Kita membaca al-Qur'an, tetapi tidak beramal dengan ajarannya.
3. Kita kata kasihkan Rasulullah s.a.w, tetapi tidak beramal dengan sunnahnya.
4. Kita kata syaitan itu musuh seteru, tetapi kita menjadi sahabat syaitan dan patuh padanya.
5. Kita berdo'a untuk ke Syurga, tetapi kita tidak beramal dengan amalan yang membawa kita ke Syurga.
6. Kita berdo'a minta di jauhkan dari api Neraka, tetapi kita melakukan banyak perkara yang mencampakkan kita ke dalam Neraka.
7. Kita kata mati itu benar, tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapinya.
8. Kita sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi kita lupa dengan keaiban sendiri.
9. Kita menerima nikmat Allah s.w.t, tetapi kita tidak bersyukur kepada Nya.
10. Kita kuburkan saudara kita yang sudah mati, tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan berdoa kepada Allah, sebagai tanda perhambaan kita kepadaNya. Semoga Allah memperkenankan segala doa-doa kita.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal. Wasalam


#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, August 4, 2013

kawen oh kawen..

Haihhh..
Bila satu perkataan itu pada asalnya hanyalah perkataan biasa sahaja namun akhirnya bakal menjadi badi sehinggalah ia benar-benar berlaku dalam hidup. Sekarang, siyesly cakap memang rasa macam tak boleh nak dengar pun perkataan ni. Bila kedengaran saja dah rasa macam nak mual-mual pun ada. Tak lain dan tak bukan, NIKAH aka KAHWIN. Segala perasaan bercampur baur jika dikaitkan dengan perkataan tu, nak memikirkannya lagi la bertambah serabut yang entah bila berkesudahan..

Haihhh..

Kalau dulu, boleh la macam cakap acah-acah "tunggu dulu.. belum tiba masanya.. lambat lagi.. banyak lagi benda yang tak terbuat lagi.. muda lagi.. belajar pun tak habis lagi.. hidup pun mak bapak tanggung lagi.. bla bla bla..". Tapi bila umur dah menginjak ke angka suku abad dan akhirnya bakal menamatkan pengajian awal tahun depan (insyaAllah, doakan saya ye XD), ramai la yang dok tanya bila nak kahwin. Yang lagi angin, boleh dicompare pulak dengan kazen seusia yang bakal menamatkan zaman bujang dan beralih status menjadi isteri orang. Siyes lagi stress. Memang lagi hot bak che ta la diorang dok tanya kan pertanyaan yang diorang sendiri tahu aku masih tiada jawapan..

Haihhh..

Kahwin.. Siapa la yang tak nak kahwin. Member gonjeng aku yang dulu kalau dia berperang dengan balak dia, aku la yang tenangkan, aku yang teman lepak dekat LRT untuk tolong rasionalkan dan aku salah seorang yang nasihat suruh pertahankan, cuba buat diorang rileks dalam meniti alam percintaan yang penuh gelora. Sekarang, dah kahwin dan siap bakal timang anak yang kedua lagi. Pergh, jeles dalam bahagia kot tengok diorang sweet sweet je sampai sekarang. Harap baby kali ni boy la ye. Boleh jadi hero keluarga. Tu la, bercinta lebih kurang timing sama je dengan aku dulu tapi Tuhan dah rancang untuk bahagiakan dia dulu berbanding aku. Aku pasrah dan menyerah. Jodoh bukan boleh tilik ikut berapa lama tempoh kita kapel dengan seseorang mahupun dekat tapak tangan..

Haihhh..

Kahwin ni bukan perkara main-main macam main tukar-tukar baju, boleh tukar-tukar ikut peredaran mood dan keadaan. Semua orang kalau boleh nak kahwin sekali seumur hidup je dan kekal sehingga akhir hayat. Tak terkecuali aku. Biarlah orang yang bakal pegang tangan tok kadi untuk nikahi aku tu nanti jadi lelaki bukan muhrim terakhir aku cinta dan sayang sampai aku mati. Lepas tu, kahwin ni bukan kahwin dengan lelaki tu je. Dah macam kahwin dengan the whole family dia pulak. Life aku pun terkontang-kanting lagi nak adjust sini, sana, mana yang patut dah nak kena fikir pasal orang lain pulak. Family aku sendiri pun aku belum kahwin habis-habis - kiranya family belah mak bapak aku pun time raya je kenal mengenal lepas tu senyap, tunggu raya tahun depan pulak nak kenal lagi macam tu la. Ni kan pulak nak kahwin dengan family orang lain. Tu belum kena fikir pasal family sendiri, anak-anak sendiri lagi. Memang ke laut la kehidupan yang diidam-idamkan..

Haihhh...

Mungkin masa ni aku belum ready lagi nak fikir pasal semua tu. Bukan masalah mata dan hati yang begitu memilih. Aku tahu, "memilih tu penting, tapi jangan terlalu keterlaluan memilih". Aku cuma belum ketemu lagi orang yang betul-betul aku attracted dan get attached. Okay, mungkin ada tapi dia bukan aku punya. See? Tu tandanya masih dalam senarai jawapan belum jumpa the one and only. Apa yang aku boleh buat sekarang hanyalah meneruskan pencarian..

So, 
makcik pakcik, 
kazen-kazen, 
rakan-rakan, 
adik-adik sekalian, 
Tunggu je ye. 
Kad akan diedarkan jugak bila tiba masanya.
Teruskan berdoa dan menunggu bersama saya.

When Allah says it is the time for me, 
it will definitely comes without any hindrance,
as He knows best what's the best for His slave..

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Monday, July 8, 2013

Ia datang tiba-tiba..

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa

Kenangan,
Sungguh ingin dicampak jauh ke dasar lautan
Tetap menjelma sekali sekala dalam ingatan
Bukan dipinta, 
Mungkin belum mahu dibuang kesemuanya

Tak ku sangka
Betapa hati yang dahulunya mencinta merindu
Semakin membenci dirimu
Dek kekhilafan diri kau dan juga aku

Yang aku tahu
Aku begitu bongkak menegakkan ego sendiri
Kononnya ingin menjadi perempuan yang hidup berdikari
Sedangkan kau cuma mahu menjadi peneman yang sering di sisi

Baru kini aku mulai mengerti
Tiada gunanya kita bersengketa 
Sejarah lama yang ingin kupadam dalam lipatan hidup
Ternyata terbuku kemas dalam kamus perjalanan
Mencari erti kehidupan

Ada sebabnya Tuhan mempertemukan kita
Jangan tanya apakah dia
Kerna belum kutemui jawapannya
Namun aku percaya
Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya

Terima kasih atas segala yang pernah dicurahkan
Segala kemewahan yang terbagi
Kasih sayang yang melimpah ruah
Hati, bahu dan telinga sebagai pendengar setia
Mata dan mulut yang sering berkata-kata dengan pelbagai nasihat dan semangat

Andai jodoh masih ada
Bertemu jua kita bila tiba masanya

Tinggal sayang
Tinggallah pujaan

:: Selamat Hari Lahir ke-27..
  Doaku, semoga kau sentiasa mendapat kerahmatan dari-Nya di dunia dan di akhirat sana..
  InsyaAllah..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Wednesday, March 7, 2012

alhamdulillah..

dulu,
bila ditimpa musibah,
aku sering mengeluh,
mengatakan bahawa Tuhan itu sungguh tidak adil,
kenapa aku yang dipilih untuk Dia uji,
kenapa bukan dia, bukan dia atau dia..

lalu,
aku mula menjauhkan diri daripada Dia,
atas perasaan 'tidak adil' itu..
sungguhpun kain putih melitupi diri tatkala seruan azan berkumandang..

aku buntu,
keliru dengan jalan hidup penuh berliku,
kadang jiwa seakan kosong,
tiada isi untuk diluah,
sepi menyelubungi diri,
mencari diri dalam kelam malam,
dengan hati yang berbelah bahagi..

namun,
aku bersyukur sekarang,
kerna Kau pilih aku untuk terima semua ranjau ini,
bukan dia, bukan dia mahupun dia,
Kau tahu siapa hambaMu ini,
kerna Kaulah Penciptaku..

Kau hujankan aku dengan pelbagai halangan,
kerna Kau ingin menghadirkan pelangi,
dalam setiap dugaan yang berjaya aku atasi..

sungguh, Kau tidak akan menguji hambaMu ini lebih daripada kemampuanku..
aku mengerti itu semua sekarang..
syukurku selalu kerna masih sempat untuk aku memohon keampunan dariMu..

terima kasih YA ALLAH..

yang hina,

hambaMu~
__________________________________________________________________________________

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

surah Al-Imran ayat 1 -6.


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ (٢) نَزَّلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ (٣) مِن قَبۡلُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَ‌ۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ۬ ذُو ٱنتِقَامٍ (٤) إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَىۡءٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٥) هُوَ ٱلَّذِى يُصَوِّرُڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ كَيۡفَ يَشَآءُ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٦)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim. (1)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (2) 
Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3) 
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4) 
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (5) 
Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (6)

LIVE LIFE TO THE FULLEST

~yona_afzan~

Friday, January 27, 2012

Bertafakur dan bersyukurlah...

Assalam..

Dear Sona Afzan,

Berpesan-pesan menuju ke jalan Allah yang diredhai agar sentiasa berada di platform yang benar..insyaAllah..

Diliputi segala nikmat kesihatan dan kesejahteraan tetapi tidak menyedarinya..

Mahukah penglihatan yang bisa membezakan cahaya dan kegelapan digantikan dengan segunung emas bak Gunung Everest dan selepas itu menjadi buta?
Mahukah pendengaran yang bisa membezakan irama dan bunyian ditukarkan dengan selaut tanah seluas Lautan Pasifik dan selepas itu menjadi tuli?
Mahukah lisan yang bisa menyebut nombor dan perkataan digalangkan dengan istana megah dan selepas itu menjadi bisu?
Mahukah anda menukar tangan dan kaki dengan emas, berlian, intan, permata dan selepas itu menjadi kudung?

Sesungguhnya kita diliputi segala nikmat kesihatan dan kesejahteraan tetapi tidak menyedarinya..

"Terhadap diri kamu sendiri, mengapa anda tidak pernah memikirkannya?"

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Monday, January 23, 2012

Jangan berdukacita..

Assalam..

Dear Sona Afzan,

Berpesan-pesan menuju ke jalan Allah yang diredhai agar sentiasa berada di platform yang benar..insyaAllah..

Jika tidak sengaja berbuat dosa, segeralah bertaubat..
Jika sudah melakukan kejahatan, mintalah keampunan..
Jika telah berbuat kesalahan, perbaikilah kelemahan..

Sesungguhnya,

Rahmat dan dan kasih sayangNya itu tidak terhingga luasnya..
Pintu keampunanNya selalu terbuka dan sentiasa melimpah ruah..

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, January 22, 2012

Ya Allah..

Assalam..

Dear Sona Afzan,

Berpesan-pesan menuju ke jalan Allah yang diredhai agar sentiasa berada di platform yang benar..insyaAllah..

Sentiasalah membasahi lidah dengan menyebut nama Allah yang Maha Esa

agar hati akan sering tenteram, 
roh semakin damai dan jiwa menjadi tenang..
sementara urat saraf menjadi lentur, 
kecerdikan meningkat 
dan keyakinan semakin mantap ^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
 ~yona_afzan~