Showing posts with label my lesson learnt. Show all posts
Showing posts with label my lesson learnt. Show all posts

Saturday, July 16, 2016

Thanks for the memory..

Rasanya dah lama giler tak mengarang tentang perasaan. Alhamdulillah, raya tahun ni takde seorang pun makcik atau pak cik waima sepupu sepapat pat pat siku lipat yang bertanyakan tentang kahwin mahupun jodoh. Terasa begitu aman raya tahun ni. Diharapkan agar ia bakal berlanjutan sehingga ke akhirnya.

Tiba-tiba aku teringatkan kisah lama. Kisah cinta monyet di zaman persekolahan, muda remaja. Tapi rasanya takde la monyet sangat, sebab masa tu  masing-masing dah habis spm, kiranya cinta baru nak meningkat dewasa gittew.

Dia anak orang kaya, umurnya kurang setahun daripada aku. Anak sulung daripada 5/6 orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki. Anak harapan keluarga. Pelajar kebanggaan sekolah. Bapanya dikenali. Ibunya je aku tak berapa pasti. Rasanya surirumah tangga sepenuh masa. Tak silap aku la.

Kenal masa main lampu dengan sekolah sebelah. Hehe, time-time dulu takde fb lagi. Tak sangka plak dengan bermesej dan meminta pertolongan untuk folio matematik tambahan, bermula detik percintaan. Mesej dah macam ape, sanggup beli fon sendiri sebab nak privasi.

First time jumpa masa ambil result spm. Hahaha, time ni memang menggeletar habis nak bertemu muka. Nasib baik teman baik sedia menemani. Kali pertama jumpa, terus ada double date. Sumpah, hati terbang ke mana pun tak diketahui. Bahagia je rasa.

Lepas spm, aku kerja sambilan di butik pakaian. Dia sibuk dengan kelas masa cuti. Hehe, anak orang kaya kan. Untunglaaa. Asal beritahu topap kering, dia la yang paling cepat topapkan. Dulu boleh airtime. Celcom dengan celcom boleh transfer credit. Dah namapun kerja, part time plak tu. Aku buat kerja sepenuh hati. Jadi, terkadang je fon di tangan. Asal masa rehat, check fon. Walaupun aku tak reply, dia tak jemu hantar mesej. Paling banyak, mesej lawak jenaka. Memang kelakar giler.

Aku perempuan yang senggugut masa period. Memang senggugut yang amat. Selalunya, mood memang swing bak taufan katrina. Tapi, dia pandai ambil hati. Kadang-kadang, dia selalu gula-gulakan adik dia konon-konon bagi kata semangat dan segala macam perangsang supaya sakit tu hilang. Hehe, selalu kalau dia buat macamtu, aku rasa nak hempok je dia dengan fon kalau dia ada depan mata. Tapi, sayang punya pasal. Layankan aje la. Waktu ni, kitorang tak pernah keluar berdua. Busy kerja..

Cinta menginjak ke zaman matrik. Aku di johor, dia asasi. Walaupun jauh, asal ada masa terluang aku akan pulang. Sambil tu, dating dengan dia. Yang bagusnya, dia tak pernah tinggal solat. Dan dia selalu ingatkan aku masa kalau dah nak dekat pukul 7 malam. Curfew gitu. Anak dara mana boleh keluar sampai lewat malam. Kadang-kadang, kitorang lepak asasi je sambil konon studi. Hehe, ingat nak sedut ilmu fizik daripada budak otak geliga, tak dapat-dapat jugak. Dia je yang selalunya belajar seorang dan aku bertindak sebagai pengacau.

Movie pertama yang kitorang tengok dan kali pertama aku menonton wayang adalah cerita Pathology. Dah nama pun bercinta dengan budak medic, ikutkan aje la dia nak tengok cerita ni.

Tapi, panas disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Di matrik, aku aktif jugak masuk aktiviti itu ini. Dan secara tak langsungnya, aku mula kenal orang lain. Disebabkan sebelum ni aku tak pernah rasa ada orang lain yang minat aku secara berjemaah, aku pun layankan sampaikan aku terabaikan dia. Dan dalam pada masa yang sama, aku kenalkan kawan matrik aku kepada dia yang telah menyebabkan terjadinya perjumpaan semula dia dan ex dia yang kebetulan sematrik dengan aku.

Gaduh-baik-gaduh-baik, kesudahannya aku dan dia tidak jumpa jalan penyelesaian yang terbaik selain perpisahan. Bengkak-bengkak jugak mata sebab asyik dok menangis je masa clash tu. Sampai tak sanggup masuk kelas, mata lebih teruk daripada panda. Ada sekali cikgu baru nak masuk kelas awal pagi, aku boleh selamba keluar balik hostel sebab dah tak boleh nak tahan air mata daripada tumpah. Ada juga pujuk dan sumpah untuk setia kembali, tapi masing-masing mungkin panas hati. Takde yang nak buang ego diri. Sungguhpun masih ada sayang dalam hati, mungkin itu yang terbaik buat kami. Lagu 'Kenangan Terindah' merupakan lagu terakhir dia kirimkan dekat aku.

Andai dapat diundurkan masa, ini adalah salah satu masa yang aku ingin putarkan kembali dan menebus segala kesalahan yang telah aku lakukan. Dan kifarah aku. Sehingga kini, tak ku temui lelaki sebaik dia. Mungkin ini balasan untuk aku yang tidak mensyukuri pemberian Allah yang terbaik buat aku.

First cut is the deepest.
I'm sorry for things i've done.
Thanks for the memory.
If i could turn back time, one of it will be you.

Iche liebe diche,
Am.
(25082005 - 28052007)

Wednesday, June 22, 2016

Jadilah seperti..

Dato' Lee Chong Wel merupakan pemain badminton Malaysia.
Beliau pernah menjadi pemain badminton no 1 dunia.
Beliau pernah jatuh akibat kes yang menyebabkan beliau digantung daripada bermain badminton.
Beliau pernah dituduh dan difitnah.
Kedudukan beliau telah mencorot sehingga no 200++.
Tapi, beliau tidak mengaku kalah.
Beliau tidak berputus asa.
Beliau bangkit semula.
Kini, beliau merupakan pemain badminton no 2 dunia.
Beliau bakal menjadi pemain badminton no 1 dunia semula.
Jadilah seperti Dato' Lee Chong Wei.

Saturday, December 12, 2015

Because i'm worth a lot.. ;)

Just saw this around Facebook. Ladies, this is wisdom right here!
c/o Lea Angelica Yosalina :P

In a brief conversation, a man asked a woman he was pursuing the question: 'What kind of man are you looking for?'

She sat quietly for a moment before looking him in the eye & asking, 'Do you really want to know?'
Reluctantly, he said, 'Yes.'

She began to expound, 'As a woman in this day & age, I am in a position to ask a man what can you do for me that I can't do for myself? I pay my own bills. I take care of my household without the help of any man... or woman for that matter. I am in the position to ask, 'What can you bring to the table?'

The man looked at her. Clearly he thought that she was referring to money.
She quickly corrected his thought & stated, 'I am not referring to money. I need something more. I need a man who is striving for excellence in every aspect of life.

He sat back in his chair, folded his arms, & asked her to explain.
She said, 'I need someone who is striving for excellence mentally because I need conversation & mental stimulation. I don't need a simple-minded man. I need someone who is striving for excellence spiritually because I don't need to be unequally yoked...believers mixed with unbelievers is a recipe for disaster. I need a man who is striving for excellence financially because I don't need a financial burden. I need someone who is sensitive enough to understand what I go through as a woman, but strong enough to keep me grounded. I need someone who has integrity in dealing with relationships. Lies and game-playing are not my idea of a strong man. I need a man who is family-oriented. One who can be the leader, priest and provider to the lives entrusted to him by God.

I need someone whom I can respect. In order to be submissive, I must respect him. I cannot be submissive to a man who isn't taking care of his business. I have no problem being submissive...he just has to be worthy.

And by the way, I am not looking for him...He will find me. He will recognize himself in me. He may not be able to explain the connection, but he will always be drawn to me. God made woman to be a help-mate for man. I can't help a man if he can't help himself.

When she finished her spiel, she looked at him. He sat there with a puzzled look on his face. He said, 'You are asking a lot.
She replied, "I'm worth a lot".

Send this to every woman who's worth a lot.... and every man who has the brains to understand!!

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Thursday, October 22, 2015

60 Things for Your Bucket List Other than Getting Married by LifeHacks

60 things (at least) to do in your life

"Every man dies – Not every man really lives.” – William Ross

1. Learn a new language. - now learning mandarin √
2. Go skiing.
3. Climb a mountain. √
4. Connect with past teachers and tutors.
5. Go on a road trip with friends.
6. Volunteer at a soup kitchen. √
7. Offer a heartfelt surprise to someone.
8. Be a mentor someone.
9. Do a kind deed and do not expect anything in return. √
10. Sing to an audience. √
11. Start your own business.
12. Swim under a waterfall.
13. Pursue your dream, whatever that may be.
14. Fly in a hot air balloon.
15. Volunteer in a way and give back to the world! √
16. Make a difference in someone’s life.
17. Google yourself. √
18. Leave a note for a total stranger.
19. Take a drive to an unplanned destination.
20. Walk or dance barefoot in the rain.
21. Experience a sunrise and a sunset — maybe in the same day. √
22. Plant a tree and either nurture it or watch it grow.
23. Publish a book.
24. Host a cocktail party.
25. Befriend a stranger.
26. Speak in front of a thousand people.
27. Match-make for your friends.
28. Learn how to dance. √
29. Learn how to play a violin, a guitar, a piano or any musical instrument. √
30. Give your lunch to someone who is homeless and hungry.
31. Give blood to someone who needs it. √
32. Get a drink for a stranger.
33. Witness a solar eclipse.
34. Run barefoot.
35. Have your fortune read.
36. Backpack and set off to a location you have never visited.
37. Be an actor, whether in a self-produced flick or otherwise.
38. Live in another country for at least six months.
39. Read a book on an abstract subject you've always wanted to know more about.
40. Live through four seasons of the year in one particular location.
41. Cook a meal for your loved ones.
42. Take a walk into the heart of nature. √
43. Knit a scarf.
44. Connect with an individual or company that you adore and thank them for their service/product/what they do. √
45. Reach out and volunteer at a hospice. √
46. Bake a cake for someone special.
47. Fly a kite.
48. Fall asleep on a grassy plain.
49. Practice some meditation.
50. Attempt a vegan diet.
51. Get brave, prepare for, then face and conquer your biggest fear.
52. Adopt a rescue pet. √
53. Donate some of your hair for cancer.
54. Invest in the stock market.
55. Teach kids. √
56. Learn a new skill.
57. Disconnect from the world around you for a week. Switch off your phone and tablet and spend some quality time with yourself and the people around you.
58. Do something that does not represent who you are, at least for once act stupid and don't act too serious.
59. Try a delicacy you have never eaten before.
60. Go on a romantic getaway.

**still have a lot more to do but gonna make it all happen**

-- via lifehacks ;)

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Tuesday, January 13, 2015

Mekanik cina

Bertemu dengan dia harini ternyata tidak sia-sia. Dia seorang mekanik cina. Kerjanya tip-top dan sangat membanggakan. Kiranya, jika dihantar kereta kepadanya kita akan dapat balik kereta kita itu dalam keadaan yang kita akan menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya.

Tapi, hari ini lain. Bermula dari perbualan mengenai sun roof yang ternyata dia tidak bersetuju untuk dimodify pada kereta sehinggalah tentang kehidupannya dan akhirnya Islam.

Ini kisah hidupnya. Ayahnya meninggal dunia ketika usianya menginjak remaja. Dia abang sulung daripada 5 orang adik-beradik. Ibunya cuma seorang tukang jahit. Jadi, dia bekerja seawal usia 9 tahun setiap kali selepas waktu persekolahan demi membantu meringankan beban ibunya itu. Dari segi gaya dia bercerita, dia sangat menyayangi ibunya. Dia juga ternyata menghargai nilai seorang wanita dan sudah beristeri seorang kini. Bengkelnya terletak di hadapan sebuah masjid yang selalu dipenuhi umat Islam dan sentiasa diadakan ceramah agama.

Ditanya mengenai kahwin empat, masuk Islam yang padanya dia bakal bertukar menjadi 'seorang Melayu', mengapa perlu solat dan laungan azan dan bacaan alunan surah Al-Quran yang disangkanya adalah nyanyian.

Yang menjentik hati ini, dia merasakan dirinya dilindungi dengan laungan azan, bacaan Al-Quran dan keberhampiran bengkelnya dengan rumah Tuhan. Walaupun berlainan agama dan fahaman, dia tetap percaya kuasa dan hukum Tuhan.

Semoga diberikan sinar hidayah buatnya. InsyaAllah..

: tanya diri, mengapa aku solat?
Kerana dengan solatlah kita mengabdikan dan mendekatkan diri dengan Allah, Pencipta sekalian alam.

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Saturday, December 13, 2014

Petua untuk hilangkan titik hitam dalam hati

Bahan-bahannya: Mahu, Tahu, Kita

Cara-caranya: Taubat

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
(HR Ibn Majah)

Dosa adalah penyebab titik-titik hitam di hati. Kita pula tak terlepas dari melakukan dosa.Dan Rasulullah sudah pun bagitahu kita cara untuk menghilangkan titik hitam di hati iaitu dengan bertaubat.InsyaAllah dengan taubat kita setiap hari, hati kita akan bersih dari noda dan dosa.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:

”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”(HR Bukhari)

Hatilah yang menentukan baik atau jahat seseorang itu. 
Hati yang baiklah yang memain peranan menggerakkan anggota badan dan pancaindera lain melakukan kebaikan.


‪#‎repost‬

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Monday, December 1, 2014

Bertugas.Hidup.Berjasa

Kemenjadian pelajar semenjak 090204.
Bertugas Hidup Berjasa @ Technical Institute Kuala Lumpur.
Once a TIKLian, always a TIKLian.. :)

#‎budakawam‬
‪#‎bombzfamilia‬
‪#‎budaklampu‬
‪#‎nerdygirl‬
‪#‎memoriterindah‬
‪#‎mybestfriend‬
‪#‎loveydovey‬

— with Jee Archibald at Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur.












LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Umobile yang best.. XD

Bila orang tanya servis telekomunikasi yang best dekat Malaysia, gua tanpa rasa ragu raga akan menjawab Umobile. Sebelum ni, gua pengguna tegar Celcom. Hampir 10 tahun kot gua bersama Celcom sebab ada banyak pakej yang boleh match dgn keupayaan gua untuk topap macam unexpiry topap dan plan Upax sehingga berumur 24 tahun.

Tapi, lepas umur 24 tahun, plan Celcom yang ditawarkan tidak berupaya untuk memberi jaminan bahawa gua boleh commit untuk bayar tiap2 bulan. Ye la, pakai prepaid kne topap at least rm30 untuk sebulan. Nanti nombor tak boleh guna. Nak pakai plan postpaid, rasa nak nangis bila melihat caj bulanan yang ditawarkan. 

Mujurlah member gua mengesyorkan untuk tukar nombor yang sedia ada ni kepada line Umobile. Memandangkan gua bukan jenis yang call person dan hanya menginginkan data plan tanpa had, gua guna pakej U28 yang membolehkan gua mendapat 100 sms percuma dan 1gb data untuk sebulan dengan hanya rm28++. Tapi tiap2 bulan, gua berjaya guna hampir 3gb tanpa membayar caj lebih. Awesome bukan? Dah nak masuk 3 tahun jugak gua menggunakan khidmat Umobile ni. Gua cuma perlu bayar kurang rm35 sebulan siap termasuk caj servis.

Yang xbape nak best Umobile ni bagi gua adalah booster dia sebanyak 1.5gb berharga rm10 hanya bertahan untuk 3 hari. Lepas tu, line dia agak xbape stabil disebabkan menumpang line orang lagi2 bila masuk Melaka bandar bersejarah. Tapi ia amat jarang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jadi, tunggu apa lagi? Segera bertukarlah kepada Umobile sekarang.. XD

#‎sayasuka‬
‪#‎promotertanpagaji‬


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Friday, November 28, 2014

kita jutawan sebenarnya..

Salam jumaat..

Ramai yang masih menganggap diri sebagai gagal kerana masih belum mencapai status seorang jutawan. Sedangkan mereka tidak nampak perkara-perkara kecil yang berubah di dalam diri yang menjadi bukti mereka hampir mencapai kejayaan hidup.

Jangan meletakkan diri di tahap kegagalan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian diri. Sentiasa berpandangan optimistik dengan mencari dan menilai perubahan diri yang bersifat positif kerana ia akan menjadi inspirasi buat diri anda.

Di sini terdapat 12 tanda-tanda kejayaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti perubahan positif yang terjadi di dalam diri anda. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup.

1. Anda Menaikkan Taraf Hidup

Dahulu: Anda suka membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah terhadap diri anda dan orang lain.

Sekarang: Anda menghargai setiap detik saat dengan memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti yang berilmu dan bermanfaat. Anda tidak lagi bertoleransi dengan sifat-sifat negatif yang berpunca dari diri dan orang sekeliling anda.

2. Tidak Lagi Mengeluh

Dahulu: Menjadi kebiasaan bila kita ditimpa musibah kita akan mula mengeluh, mengadu malah menunding jari terhadap orang lain akibat musibah ini terjadi.

Sekarang: Anda tidak lagi mengeluh kerana anda tahu semua yang terjadi di dalam hidup sama ada perkara baik atau buruk, ia mempunyai hikmah disebaliknya.

3. Bersyukur Setiap Perkara

Dahulu: Setiap kejayaan yang dimiliki, anda akan menganggap ianya 100% dari usaha anda sendiri tanpa bantuan dari yang lain. Anda jarang sekali mengucap terima kasih kepada orang yang telah membantu anda, tidak menghargai nikmat-nikmat hidup yang dipinjamkan oleh Allah swt.

Sekarang: Mulut anda tidak berhenti mengucapkan terima kasih terhadap orang lain yang membantu anda, tidak kira bantuan itu sekecil manapun. Anda akan menghulurkan bantuan terlebih dahulu sebelum orang lain. Anda mula mendekati diri dengan Allah swt, bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi seperti bersyukur dengan nafas yang masih menghembus, tubuh badan yang sihat membantu mencari rezeki setiap hari, minda yang cergas membantu mengenal baik dan buruk setiap perkara dan lain-lain kesyukuran lagi.

4. Anda Raikan Kejayaan Orang Lain

Dahulu: Anda hanya raikan kejayaan yang dicapai oleh diri sendiri. Jika ada orang lain yang berjaya, anda tidak akan raikannya malah anda akan berasa cemburu terhadap kejayaan tersebut. Anda berasa bahawa anda sahaja yang layak mencapai kejayaan hidup.

Sekarang: Tidak perlu dipaksa lagi, anda sendiri akan mencari orang berjaya itu dan ucapkan tahniah kepadanya. Anda berasa gembira dengan kejayaan orang lain dan kejayaan itu dijadikan salah satu inspirasi buat diri anda.

5. Tidak Takut Meminta Pertolongan

Dahulu: Anda menganggap meminta pertolongan dari orang lain merupakan sesuatu perbuatan yang lemah dan memalukan. Anda lebih suka bekerja secara bersendirian dari bekerja bersama orang lain.

Sekarang: Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, anda akan mencari orang yang mempunyai ilmu terhadapnya dan meminta orang tersebut untuk mengajarnya kepada anda. Anda lebih suka bekerja secara berpasukan kerana ia membuat kerja menjadi mudah dan cepat disiapkan. Anda tidak lagi segan meminta pertolongan dari orang lain kerana anda tahu bahawa anda bukanlah seorang yang “Super Serba Tahu”.

6. Anda Raikan Kegagalan

Dahulu: Jika anda gagal melakukan sesuatu perkara, anda akan angkat kaki cabut lari dan terus masuk gua. Anda akan mengenangkan kegagalan itu sehingga ia menjadi mimpi di malam hari. Anda tidak akan meneruskan perjalanan jika kegagalan menimpa diri anda.

Sekarang: Anda tahu bahawa bukan semua orang berjaya 100% setiap masa. Berjaya dan gagal telah menjadi lumrah kehidupan. Jika anda tidak berjaya sekali, anda akan cuba kali kedua. Jika tidak berjaya lagi, anda akan cuba kali ketiga. Jika masih tidak berjaya lagi, anda akan masih teruskan untuk cuba kali keempat dan cuba dan cuba dan cuba lagi sehingga ianya berjaya. Anda akan raikan kegagalan dan gunakan ia sebagai pengajaran hidup. Ini kerana anda mengetahui satu rahsia iaitu kegagalan hanyalah bersifat sementara dan ia merupakan salah satu proses kejayaan bagi mencapai kejayaan yang sebenar.

7. Bermatlamat Besar

Dahulu: Anda tidak kisah tentang perjalanan hidup akan datang. Anda hanya memikirkan kehidupan hari ini dan esok sahaja. Anda juga lebih selesa dengan keadaan sekarang (zon selesa) dan tidak berminat untuk menaik taraf kehidupan diri.

Sekarang: Tidak takut bermatlamat besar. Sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki dan menaik taraf diri. Lebih suka mencuba sesuatu yang baru jika ia dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Mengejar matlamat yang ditetapkan tidak kira betapa besar cabaran yang akan ditempuh.

8. Pernah Mempunyai Matlamat Yang Menjadi Realiti Hidup

Dahulu: Akibat tidak mempunyai matlamat, maka tiada matlamat hidup yang ingin dicapai.

Sekarang: Salah satu matlamat yang diidamkan telah tercapai menjadi realiti hidup. Tidak kira matlamat itu sekecil manapun ia tetap dipanggil matlamat. Orang berjaya tidak pernah mengira saiz matlamat, yang dikira adalah ia boleh tercapai ataupun tidak.

9. Dikelilingi Kawan Berjaya

Dahulu: Sering berkawan dengan kawan yang bersifat negatif, kawan yang sering menjatuhkan semangat anda. Kawan yang tidak berminat untuk berjaya di dalam hidup.

Sekarang: Mempunyai kawan-kawan yang saling membantu. Kawan yang memberi inspirasi kepada anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kawan yang suka mencipta kejayaan tanpa henti dan berkongsi kegembiraan kejayaan tersebut bersama anda.

10. Mempunyai Sebab Yang Kukuh Untuk Berjaya

Dahulu: Segala kejayaan adalah untuk diri sendiri. Tidak mempunyai sebab untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak memikirkan kejayaan untuk orang lain.

Sekarang: Kadang-kala kejayaan yang paling kukuh dan bermakna adalah mencipta kejayaan bagi menggembirakan orang lain. Anda mempunyai sebab yang kukuh untuk berjaya, sebagai contoh, anda ingin berjaya bagi menggembirakan hati ibu dengan menunaikan segala impian beliau.

11. Suka Memberi

Dahulu: Anda sangat susah untuk berkongsi kemewahan dan kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Anda berpendapat bahawa segala yang dimiliki adalah kepunyaan sendiri. Jika orang lain inginkan, sila cari sendiri.

Sekarang: Memberi bukan bermakna kita menderma wang dan harta sahaja. Memberi ini lebih kepada perkongsian apa yang dimiliki oleh anda yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh, anda memberi perkongsian ilmu secara percuma kepada yang berminat, memberi bantuan dari segi tenaga empat kerat kepada yang memerlukan, menyediakan makanan percuma kepada yang tidak mampu di restoran anda dan banyak lagi perkongsian yang boleh dibuat.

12. Anda Gembira

Dahulu: Suka memikirkan masalah serta perkara-perkara negatif yang membuatkan hidup anda murung diseliputi kegelapan.

Sekarang: Anda lebih suka membuatkan diri di kelilingi dengan aura-aura positif yang dapat menggembirakan hati. Jika terdapat cabaran menimpa, anda akan laluinya dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Bila hidup penuh dengan kegembiraan, segala kerja yang ingin dilakukan akan menjadi mudah diselesaikan. Kegembiraan merupakan kunci kepada hidup berjaya.

‪#‎copypaste‬ drpd cik manes lg sweet Aien Yusoff :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Tuesday, November 25, 2014

45 Perkara Anda Patut Buat Ketika Masih Bujang. #45 Benar Tapi Pahit

by Diyana AR

Apabila tiba musim kahwin, sesiapa yang single pasti akan dihujani dengan soalan-soalan yang boleh buat mereka tidak senang duduk.

“Bila nak kahwin?”
“Dah ada ke belum?”
“Nak tak kenal dengan ….?”

Dan macam-macam lagi soalan dan assumption pada mereka yang masih single…


Jangan stress-stress kerana anda masih bujang dan belum bertemu jodoh. Cuba penuhi masa bujang ini dengan pelbagai perkara yang mungkin orang dah berkahwin rasa: “Ala… I wish I can do that too…”

Jadi, relax dan lihat senarai di bawah ini. Mungkin ada yang anda mahu lakukan sebelum kahwin

Tapi ini tak bermakna kita tak boleh lakukan perkara-perkara ini selepas berkahwin. Cuma mungkin akan lebih banyak pertimbangan dan cabaran.

Kewangan
1. Belajar ilmu kewangan
2. Simpan duit
3. Belanja ikut bajet
4. Beli apa yang diidamkan tapi berpada-pada

Kesihatan
5. Jadikan senaman itu amalan
6. Jadi ahli gim (Mungkin akan jumpa seseorang disitu?)
7. Menikmati makanan tetapi berpada-pada
8. Jaga kesihatan

Kenderaan
9. Beli kenderaan ikut kemampuan
10. Guna kenderaan ikut keperluan
11. Bawa keluarga/kawan dan sama-sama kongsi isi minyak
12. Tahu serba sedikit baiki kenderaan

Keagamaan
13. Belajar ilmu agama
14. Faham ilmu agama
15. Aplikasi agama dalam kehidupan
16. Beri sumbangan pada agama

Kerjaya
17. Tambah ilmu, kemahiran dan pengalaman
18. Berhenti kerja jika tak suka kerja tersebut
19. Berhenti kerja dan dapatkan kerja yang gajinya lebih besar
20. Bekerja di luar negara

Keluarga
21. Gembirakan keluarga terutama ibu bapa
22. Tinggal dengan keluarga
23. Beri sumbangan tenaga, masa, kewangan pada keluarga
24. Bercuti-cutian

Kawan-kawan
25. Kembara bersama kawan-kawan
26. Tinggal dengan kawan-kawan
27. Luangkan masa dengan kawan
28. Bantu kawan yang perlukan sokongan

Kemasyarakatan
29. Jadi sukarelawan dalam dan luar negara
30. Ikut mission trip/aktiviti kemanusiaan
31. Stand up for the cause you care about
32. Lakukan sesuatu seperti Pay-It-Forward

Kemahiran
33. Tambah baik/nilai diri
34. Bertukang/berkebun
35. Memasak
36. Bisnes kecil-kecilan

Kehidupan
37. Bentuk rutin hidup
38. Bentuk gaya/stail
39. Cuba hidup di tempat/bandar baru
40. Jumpa orang baru, social in a good way

Kelasakan
41. Lakukan aktiviti adventure sebenar
42. Explore new things, new world
43. Hidup ini sendiri sudah lasak, be tough
44. Berusaha sehabis terbaik sebelum give up!

45. Jalani hidup ini dengan menjadi diri anda sendiri, bukan fake atau hipokrit untuk memuaskan hati orang lain yang mungkin juga orang-orang itu tidak hargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka.

http://thevocket.com/45-perkara-yang-patut-anda-buat-ketika-masih-bujang/

#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Thursday, November 20, 2014

my job application letter


20th November 2014
Wan Sona Afzan Bt Wan Mohd Nasserudin
(address)

The Human Resources Manager,
(name of the company in CAPITAL letters)

Dear Sir/Madam,

APPLICATION FOR ASSISTANT/JUNIOR ARCHITECT POSITION.

With reference to the above, I am pleased to submit my application.

I am a graduate student from Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor and have finished my Bachelor of Architecture with part 2 in June 2014. I am keen to apply the position as mentioned above in your architecture firm/company.

I am currently working as an Assistant Architect at (current company name) in (current company address) since July 2014. I am now seeking for a new job which is nearer to my house in Taman Sri Buloh, Sungai Buloh.

I would consider it as a privilege to work in your organization. I believe the theoretical knowledge and training that I have gained during my years of studies in UTM and working experiences have given me skills to make valuable contribution. I look forward to hearing from you soon.

Your time and consideration is appreciated.

Yours sincerely,
(name)
(no tel)
(email)

Enclosure: Resume

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Wednesday, November 5, 2014

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17 (2014)

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 3hb November 2014 bersamaan hari Isnin yang lepas, maka tamatlah segala kegusaran segala jenis macam dupdapdupdap yang melanda di hati oleh sebab keputusan temuduga pembantu pembangunan masyarakat gred s17 bakal dikeluarkan. Hoyeahhh!!

Gua dah mula nak rasa lega tapi sejuk-sejuk jugak la tangan bila menantikan keputusan yang bakal dikeluarkan. Sampaikan gua terbangun sendiri pukul 4.00 pagi tu. Tak sempat-sempat nak buat benda lain, terus check laman web www.spa.gov.my bagi mengetahui apa status gua. Tapi, kebangangan yang teruk melanda. Ada pulak kan warga kerajaan yang start bekerja pukul 4.00 pagi tu kan. Hari isnin pulak tu. Huuuu.. tak mengapa, gua sabra menanti pukul 9.00 pagi nanti.


Pukul 9.00 pagi tepat (takde la tepat sangat, masuk web tu awal sambil dok refresh je kerjanya), ada notis diberikan yang menyatakan bahawa keputusan temuduga tersebut hanya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pukul 5.00 petang nanti. OH MY GODDDD!! Gua dah mula hilang arah. Gua dah tak mampu nak fokus walaupun gua dah masuk ofis. Nasib baik la incik bos masuk pejabat. Agaknya kalau beliau nak mintak gua siapkan kerja, mungkin daripada lukisan rumah, gua boleh ke laut buat wakaf je kang. Satu hari tu selepas je incik bos melangkah keluar, gua hanya mampu bermain segala jenis games di FB.

Ok, pukul 5.00 petang pun tiba. Gua dengan penuh pengharapan membuka laman web spa. Namun, harapan gua menjadi layu. Masih lagi tiada khabar berita bagi keputusan jawatan tersebut. Hoho, gua nak sedapkan hati. Mungkin warga kerja pihak spa lambat sikit nak update keputusan kot. Ok, xpe sambil gua berkata dalam hati. Gua bukak balik pukul 6 lebih nanti, time2 tengah tunggu bas nak balik karang. Collegue gua dah tanya2 samada gua dapat ke tak jawatan yang dipohon. Ye la, dia tau gua berharap sangat kot dapat jawatan tu. Xpe, kita tunggu pukul 6 ye..

Dah pukul 6 lebih. Bas gua pun dah sampai, nak bergerak menuju Kepong Sentral. Gua dah berjaya mendapatkan tempat duduk. Dengan penuh berimpian, gua checked web spa untuk yang kesekian kalinya. Tapi, gua hampa lagi sekali. Masih belum ada jawapan. Daripada berharap tadi, gua dah mula rasa menyampah. Dah rasa macam lantaklah. Penat dah gua layan internet yang FB, twitter, instagram semua gua bukak tak bukak je dari pagi tadi. Apa nak jadi, jadi la. Malas nak cara..


Akhirnya, pagi keesokan hari gua bangun tidur subuh2 tu tergerak hati nak layari web spa.

“Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.”


Kecewa? Kecewa jugak la. Bukan setakat kecewa, hampa, putus harapan, sedih, rasa nak menangis guling2 semua pun ada. Dah rasa macam kena reject dengan crush untuk kali kedua gittew. Tapi, kalau nak diikutkan, gua baru pergi interview untuk jawatan dalam kerajaan sekali. Adik gua dah pergi dua kali pun masih menemui jalan gagal. Mungkin gua tak layak lagi untuk bekerja dalam sektor kerajaan, baru je habis belajar terus dapat kerja kerajaan. Ape, pakai bomoh ke budak ni? Mungkin itu la kot yang bakal orang persoalkan. Mungkin juga gred yang gua pohon tu rendah sangat berbanding qualification yang gua ada, dapat pada orang yang lebih berhak. Mungkin ada perancangan yang lebih baik untuk gua. InsyaAllah..

:: takpe, gua redha. Suatu hari nanti ada jugak rezeki untuk gua.. :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Thursday, October 30, 2014

Sekali lagi, maafkan saya.

Bismillahirrahmannirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mohon maaf atas segala salah silap dan yang dilakukan selama ini. Mungkin terdapat perbuatan, perkataan dan kekhilafan hati yang pernah melukakan perasaan kalian. Saya cuma insan biasa, seorang manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kemungkaran di atas muka bumi Allah ini di hari lalu, saat ini dan akan datang. Saya akan berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik dari masa silam saya.

Apa-apa perbuatan yang menyinggung jiwa sesama manusia tidak akan diampun oleh Ilahi selagi belum menerima kemaafan daripada manusia itu sendiri. Maafkan saya atas segala keterlanjuran yang masit terpalit dan terkesan di sanubari kalian. Mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kerana selagi tiada mendapat kemaafan daripada kalian, saya takut segala amalan yang dilakukan tidak mendapat keredhaan Tuhan.

Segala perselisihan dan ketidakfahaman antara kita telah saya lupakan. Kerana seseorang muslim yang baik tidak akan menyimpan dendam dengan makhluk Allah, termasuk kalian. Semoga tiada perasaan dendam yang masih membahang antara kita. 

Sekali lagi, maafkan saya.


#sayamahuberubah
#maafkansaya
#jomkawan

Taqabbalallahu minna wa minkum.
 "Semoga Allah menerima amalan dari kami dan darimu sekalian.."

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Tuesday, October 28, 2014

Mengapa Doa Kita Di Tolak?

Pada suatu masa Ibrahim Adham pernah di tanya oleh orang ramai kenapakah do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t . Sedangkan mereka tidak jemu-jemu berdo'a dan memohon kepada Allah s.w.t. Ibrahim Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa do'a-do'a mereka tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t :

1. Kita mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kita kepadaNya)
2. Kita membaca al-Qur'an, tetapi tidak beramal dengan ajarannya.
3. Kita kata kasihkan Rasulullah s.a.w, tetapi tidak beramal dengan sunnahnya.
4. Kita kata syaitan itu musuh seteru, tetapi kita menjadi sahabat syaitan dan patuh padanya.
5. Kita berdo'a untuk ke Syurga, tetapi kita tidak beramal dengan amalan yang membawa kita ke Syurga.
6. Kita berdo'a minta di jauhkan dari api Neraka, tetapi kita melakukan banyak perkara yang mencampakkan kita ke dalam Neraka.
7. Kita kata mati itu benar, tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapinya.
8. Kita sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi kita lupa dengan keaiban sendiri.
9. Kita menerima nikmat Allah s.w.t, tetapi kita tidak bersyukur kepada Nya.
10. Kita kuburkan saudara kita yang sudah mati, tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan berdoa kepada Allah, sebagai tanda perhambaan kita kepadaNya. Semoga Allah memperkenankan segala doa-doa kita.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal. Wasalam


#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Friday, October 17, 2014

surat resign gua, terima kasih incik boss.

"Kalau kita tak suka kerja kita sekarang, cari kerja lain." 
- Dato Ramli Sarip, Sinar.fm, 17 Oktober 2014

Maka dengan ini, gua telah sebulat suara dan sepenuh hati untuk menghantar surat resign kepada incik bos.
*\(^_^)/*

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

17 October 2014 

Mr. (nama Boss)
(Alamat Boss)

Dear Mr. Boss,

It is with deep regret, please accept this letter of resignation from my position of Assistant Architect, effective two weeks from today. My last day at (nama company) will be on the 31st of October 2014.

I have enjoyed working at (nama company) and will miss my colleagues. I appreciate the opportunities I have been given at (nama company) and your professional guidance and support. I wish you and the company success in the future.

During the next two weeks, I am willing to help you in any way to make the transition as smooth as possible. This includes assisting in recruiting and training my replacement. Please let me know if there is anything specific that you would like me to do.

Again, it has been a pleasure working as a part of your company.

Best regards.



……………….........
(WAN SONA AFZAN BT WAN MOHD NASSERUDIN)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


:: semoga Sona dapat tawaran kerja yang lebih best selepas ini. 
Amin, InsyaAllah.. :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Monday, October 13, 2014

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.

02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.

05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.

06. Jangan mematah-matahkan jari anda.

07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

08. Jangan mendongak ketika sedang solat.

09. Jangan meludah didalam tandas.

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain

12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.

16. Jangan bercakap didalam tandas.

17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa.

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.

24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.

25. Hindarkan berjalan sendirian.

26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.

27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.

28. Jangan mencela makanan anda.

29. Jangan bermegah (sombong).

30. Jangan menghalau pengemis.

31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.

32. Sabar ketika dalam kesusahan.

33. Membantu dengan tujuan yang baik.

34. Muhasabah diri dan bertaubat.

35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.

36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.

37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).

39. Jangan makan dalam gelap.

40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

#repost dari @jummamerican

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Friday, October 3, 2014

10 Dosa Besar Dan Kecil Yang Dipandang Ringan

1.Meninggalkan solat, terutamanya solat Subuh.

2. Tidak menunaikan zakat pendapatan.

3. Mendedahkan aurat kepada golongan ajnabi (orang yang boleh dikahwini). Wanita memakai wangi-wangian untuk dihidu ajnabi.

4. Mengumpat, mengata, mencarut.

5. Bersalaman lelaki perempuan (adik-beradik ipar bukanlah haram dikahwini selamanya, tetapi haram sementara, maka elakkan bersalaman dengan adik-beradik ipar berlainan jantina).

6. Leka dengan hiburan nyanyian hingga lalai mengingat Allah.

7. Melewat-lewatkan solat tanpa keuzuran.

8. Meminggirkan jiran-jiran tetangga.

9. Boros berbelanja hingga membazir kepada perkara yang tidak perlu.

10. Tidak menepati masa bila berjanji.

~yona_afzan~

Thursday, October 2, 2014

Hizib Al-hafiz

Hizib Al-hafiz. doa pelindung. 

Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi 
(Ya Allah,peliharalah diriku dan rohku) 

Bismillahi Jibril 
(Dengan nama Allah, Jibril) 

Fi yamini bismillahi mikail 
(pada kananku, Dengan nama Allah, Mikail) 

Fi shimali bismillahi israfil, 
(pada kiriku, Dengan nama Allah, Israfil) 

Fi amami bismillahi izrail 
(pada hadapanku, Dengan nama Allah, Izrail)

#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

3 LANGKAH MENJADI INSAN YANG REDHA DENGAN TAQDIR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI. 

Redha merupakan sifat yang terpuji dalam kehidupan seorang insan. Kedudukannya lebih tinggi daripada sabar. Dalam sabar, seseorang masih berasa sedih dengan apa yang berlaku. Sedangkan redha, seseorang sudah tidak lagi berasa sedih, bahkan yang ada adalah perasaan rela dan senang hati di atas musibah yang menimpanya, meskipun pahit merasakannya. 

Hakikat redha adalah menerima segala apa yang berlaku dengan senang hati, kerana hal itu terjadi sedah merupakan ketentuan dan kehendak Allah SWT. Orang yang sudah mencapai maqam redha, tidak pernah menentang hukum hakam Allah SWT, kerana semua itu terjadi sudah merupakan ketentuan dan taqdir Allah. 

Orang yang bersifat redha bukan bererti duduk diam tanpa harus berusaha. Akan tetapi Redha merupakan sikap seseorang menerima musibah yang menimpa. Oleh kerana itu untuk mencapai darjat orang yang redha memerlukan syarat-syarat di antaranya:

1.Orang yang redha wajib meyakini bahawa musibah yang menimpa, itu merupakan pemberian untuk menguji kesabaran hambanya atau untuk menunjukkan kasih sayang Allah kepada Hambanya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

2. Seseorang wajib meyakini bahawa disebalik musibah yang datang menimpa pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, 216:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 

3. Menyedari bahawa hakikat hidup di dunia ini adalah tempat ujian dan ujian itu biasanya memang tidak menyenangkan. Namun jika seseorang itu redho dengan ujian tersebut, maka ia telah lulus daripada ujiannya, maka Allah akan memberikan darjat yang tinggi. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Fajr, ayat 27-28:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّة @ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetaplah dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagilah diredhai (di sisi Tuhanmu) !ُ

Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang dapat menerima segala bentuk pemberian-Mu. Dan jadikan kami ya Allah sebagai hamba-Mu yang teguh pendirian serta redha dengan segala ketentuan-Mu. Aamiinn !!!!!

Wallahu A'lam

#repost

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~

Tuesday, September 30, 2014

TEMUDUGA PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17 (2014)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, telah selamat ditemuduga untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebenarnya, tak sangka pun dapat panggilan temuduga ni sebab minta jawatan ni masa sedih-sedih berputus harap dengan architorture dekat UTM. Hmmm, sepatutnya macam dah gembira-gembira konon-konon boleh grad tapi malangnya kena extend lagi. Jadinya, memang minta post yang takde kena mengena langsung dengan bidang yang dah 7 tahun mengabdi diri. Lepas mohon semua, boleh lupa pulak nak update jawatan semua yang melalui permohonan guna SPM. Mungkin dah rezeki, minggu lepas dapat mesej yang aku dapat panggilan temuduga ni. Tak lama lepas tu, dapat surat siap double lagi. Memang macam ada rezeki je nak kerja gomen cenggini punya banyak surat diorang hantarkan. Mulanya tempat temuduga tu dekat Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur je. Tapi, last minute tukar tempat dekat Bangunan SPA, Putrajaya siap dapat surat baru lagi. So, kugagahkan diri minta pelepasan masuk lambat hari Jumaat, 26 September 2014 daripada incik Bos untuk ke temuduga yang diadakan.

Cuak? Siyes cuak. Dengan Putrajaya yang besar gila, takut tak dapat nak sampai on time jugak. Awal pagi naik bas dari Sungai Buloh ke stesen komuter Sungai Buloh sampai stesen Bandar Tasik Selatan. Lepas tu, naik ERL yang mana Kad Siswa sudah tidak boleh digunakan untuk dapat diskaun ke Putrajaya Sentral. Dah sampai Putrajaya Sentral, siyes kelam-kabut gak sebab tak pernah naik bas yang ada dekat sana. Nasib baiklah pakcik driver bas Nadi Putra tolong beritahu bas mana yang kena naik dan siap berhenti betul-betul depan bangunan seperti alamat yang tertera di dalam surat.

Aku sampai awal jugak, 9.10 pagi. Interview mula 9.20 pagi. Ingat boleh bangga datang awal, rupanya ada yang lagi awal tiba. Ada dokumen yang perlu disediakan, macam resume, salinan IC, surat beranak, slip keputusan SPM dan slip pengajian terakhir. Yang tak berapa nak best bila akak yang dekat kaunter tu tanya ada bawak gambar berwarna tak. Aku pun bebal jawab, takde mintak dalam surat pun. Hoho.. Jadi, pengajaran kalau lepas ni nak datang interview mana-mana, WAJIB ada gambar. Dan, kalau boleh, gambar yang dekat resume tu berwarna. Lepas tu, jangan nak tipu tahap pengajian sebab pihak SPA boleh check dengan senang hati sampai mana dah kau mengaji. Pengajaran seterusnya, walaupun belum grad dan takde transkrip, surat panggilan konvo boleh dijadikan sebagai bukti dah habis belajar.

Macam-macam orang yang datang interview ni. Bukan setakat yang ada tahap SPM je. Ada yang dah ada Master tapi still menganggur pun datang. Masa tu, dah terbukti depan mata macam susah giler nak dapat kerja sekarang walaupun ko belajar tahap tinggi sekalipun. Memang dah tak boleh nak pilih-pilih kerja. Apa yang ada, nak tak nak kena grab every single opportunity. Berbalik kepada interview PPM S17 ni, terdapat 10 kaunter yang dibuka. Tapi, rasanya bukan semua kaunter tu untuk interview PPM S17. Ada jugak untuk interview jawatan lain tapi tak dapat nak dinyatakan kesasihannya. Kalau 10 kaunter hanya untuk PPM S17, mati la akak nak cekau jawatan ni. Memang tuff enuf la kot. Dah berapa banyak pulak candidate dia kannn? T.T

Akhirnya, nombor 902 untuk kaunter J dipanggil masuk. Dengan berbekalkan bismillah dan doa sepotong dua sambil meniup di sebalik pintu supaya sampai tepat ke hati penemuduga, aku melangkah ke dalam bilik temuduga selepas mengetuk pintu tanda memnita izin untuk masuk. Ada dua orang penemuduga, kedua-duanya wanita. Maaf puan penemuduga, saya tak dapat nak kenalpasti nama puan oleh sebab terlalu gugup dan berdarah gemuruh. Segala dokumen yang diminta mengikut surat dan sijil-sijil kokurikulum aku sebanyak 3 fail aku berikan kepada puan penemuduga. Aku juga membawa sekali buku tesis aku yang mana aku rasa dapat memberikan gambaran betapa aku begitu berkeinginan akan jawatan ini. Oh ya, aku ada selitkan tajuk tesis aku dalam resume yang aku hantar. Mencuba nasib, tak apa kan.

Awal interview, aku diminta untuk memperkenalkan diri dan bercerita serba sedikit tentang diri. Nasihat aku, jangan tipu mengenai diri sendiri sebab itu akan membuatkan kau tergagap-gagap untuk menyusun ayat bombastik dan akhirnya menampakkan kau sedang brag akan diri sendiri. lain la kau dah karang ayat siap-siap dekat rumah lepas tu tinggal nak sembur dekat interviewer. Just be yourself, be who you are. Ceritakan apa sahaja mengenai diri kau bermula dengan nama. Hehe, aku bersyukur kerana mempunyai nama yang unik kerana dari situ, ia menimbulkan persoalan kepada pihak penemuduga. Aku mulakan sesi temuduga dengan memperkenalkan nama penuh beserta maksudnya sekali. Jarangkan orang dapat menyatakan maksud namanya? Lepas tu, sedikit background pasal keluarga: ibu bapa dan adik-beradik, tahap pembelajaran, kegiatan kokurikulum di universiti, pekerjaan sekarang, apa yang sedang dilakukan sekarang. Aku selitkan aktiviti volunteerism di Yayasan Chow Kit yang aku sedang libatkan diri.

Next question yang mana aku rasa macam nak hempuk kepala sendiri di dinding: Siapakah timbalan menteri bagi kementerian pembangunan, wanita, keluarga dan masyarakat? Haaa, memang nak gigit diri sendiri je masa tu sebab yang dihafalnya cuma menteri KPWKM iaitu Dato Rohani Abd Karim. Ok, timbalan beliau Datuk Azizah. Tu pun tahu setelah balik dari interview check dekat google.

Soalan ketiga, apakah peranan Pembantu Pembangunan Masyarakat? Oleh sebab dah berjaya hafal deskripsi sehari sebelum interview, maka dapatlah aku jawab dengan yakin selepas kecewa dengan soalan kedua tu.

Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat:-

· Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain.

· Memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

Dua je kan. Info lanjut, boleh layari laman web ni. (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3994)

Soalan keempat yang mencabar kurang mencabar sikit je dari soalan kedua, kenapa memohon jawatan ni. Puan penemuduga tu ada beritahu yang pangkat S17 ni seperti bermula dari bawah, dengan gaji yang sekadar RM1000++. Apa yang aku jawab pada pihak penemuduga adalah bagi aku, gaji yang diberikan tidak memberi sebarang masalah kepada aku asalkan ia setimpal dengan apa yang aku lakukan. Dan, aku dah tahu mengenai tahap gaji yang bakal aku terima tapi aku bersedia untuk itu semua.

Soalan kelima, berdasarkan pengajian aku dalam bidang senibina, apa pendapat aku mengenai kemudahan yang disediakan untuk golongan yang kurang upaya (OKU) yang terdapat di Malaysia. Kerja di TTDI ini membuatkan aku dapat berjumpa dengan pelbagai kelompok manusia terutamanya mereka yang kurang upaya ini di KL Sentral. Jadi, dengan pengalaman tersebut aku olahkan menjadi ayat dengan mencadangkan lebih banyak kemudahan dan infrstruktur dibina untuk golongan buta khususnya. Bangunan baru haruslah mengambil kira dan memberi fokus faktor keselamatan dan kesesuaian golongan OKU. Bagi bangunan lama pula, penambahbaikan haruslah dijalankan bagi memastikan bangunan tersebut dapat diguna pakai sekali oleh golongan OKU tersebut seperti ramp bagi mereka yang berkerusi roda.

Pihak penemuduga seakan berminat dengan buku tesis aku dan mereka meminta aku mengulas mengenainya yang bertajuk ‘Kompleks Aktivti Kanak-kanak Chow Kit’. Banyak jugak yang aku sampaikan sehingga terselit pengalaman aku sendiri bersama kanak-kanak di sana. Ada juga aku selitkan sekali pengalaman ke rumah orang tua yang terletak di Selayang yang pernah aku sertai bersama Weekenders Club. Mata mula bergenang saat membayangkan kembali saat berada di sana. Huhu, aku tak mampu nak menahan sebak mengenangkan waktu itu aku melihat dengan mata kepala sendiri akan nasib ibu bapa yang telah lanjut usia ditinggalkan di rumah tersebut kerana tiada seorang anak pun sanggup menjaga mereka. Dan puan penemuduga masing-masing membuka kisah dan pengalaman mereka sepanjang bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana mereka ingin menenteramkan emosi aku yang rasanya tidak begitu stabil pada masa itu. Ada juga mereka ingatkan bahawa itu baru sedikit yang aku lihat, ada lagi kes yang lebih di luar jangkaan dan tidak berperikemanusiaan pernah mereka tempuhi.

Sebelum menamatkan temuduga, aku bertanyakan soalan iaitu sekiranya terpilih bagi menjawat jawatan tersebut, adakah aku akan ditempatkan selain Kuala Lumpur dan Selangor? Jawapannya adalah ya, bergantung kepada kekosongan yang ada di sekitar Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Temuduga bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 telah tamat dengan jayanya pada hari Jumaat itu. Semoga aku terpilih memenuhi jawatan tersebut dan mana tahu, ini adalah satu langkah untuk aku berkhidmat lebih dekat dengan masyarakat. Mungkin juga satu langkah hadapan untuk aku mencapai angan-angan sampai ke awan untuk menjadi Menteri bagi Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Doakan aku.
InsyaAllah.. :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~