Wednesday, June 22, 2016

Duit raya kucing

Maaf, saya agak sibuk sekarang.
Saya tinggal kurang dari 13 hari sahaja lagi.
Kemungkinan raya ni ibu saya ingin membuat rumah terbuka.

Oleh sebab rumah saya ketiadaan anak kecil, maka saya sedang mempraktis kucing-kucing di rumah terutamanya si mok Riri dan si mek Lala untuk bersalaman dan mencium tangan semua yang hadir. Mana tahu, untung kucing, dapat duit raya.

Hehe.. 😜😜😜

Hidup selepas mati..

Being a teacher makes me realize i need to study more and more.

Teringat kisah semalam bersama Farisya dan Farish. Si Farish bertanyakan mengenai Dajjal dan apa fungsi Dajjal. Banyak jugak dia tanya pasal Dajjal. Soalan mencabar daripada dia adalah kenapa Allah ciptakan Dajjal sedangkan Allah tahu Dajjal tu akan merosakkan manusia.

Farisya plak tanya pasal hidup selepas mati. Hehe, soalan best daripadanya adalah bukan ke hari kiamat nanti semua ciptaan Allah akan musnah? Bukan setakat di bumi je. Planet pun akan bertembung antara satu sama lain? Jadi kenapa ada yang nak pindah ke planet lain?

Lepas tu, kami bertukar cerita kepada syurga dan neraka. Apa yang ada di dalamnya. Bagaimana keadaan di syurga yang penuh dengan kebahagiaan dan azabnya di neraka. Soalan mereka, kalau orang jahat tapi dia ada buat baik macam mana pulak?

Janji Allah, Dia akan hisab segala amalan kita. Pasti Dia tidak lupa akan kebaikan yang pernah si jahat itu lakukan sungguhpun dia bergelumang dengan dosa.

Syurga, tempat dambaan semua manusia yang bakal mati. Segalanya tersedia. Farish bertanyakan kalau dia inginkan sesuatu di syurga, pastikah dia akan dapat? Tanpa perlu diminta walau hanya dalam hati, ia pasti ada dalam sekelip mata kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Farisya tanya ada tak orang jahat di syurga? Pastilah tiada kerana apa yang diinginkan terbentang depan mata tanpa ada halangan dari sesiapa, segalanya ada. Orang cakap tak sempat nak fikir untuk buat jahat sebab selalu kita berniat jahat kepada orang apabila kita ada niat hasad dengki terhadap orang lain.

Tetiba aku terfikir. Untuk apa aku sering iri kepada orang lain sedangkan apa yang aku inginkan akan aku dapat suatu masa nanti. Tidak di sini, di sana in sha Allah.

Rezeki Allah itu luas.
Bukan hanya pada satu nikmat sahaja.
Aku ada banyak yang lebih daripada kekurangan yang selalu aku fikirkan.

Peringatan diri.
Terima kasih Farish dan Farisya.

Wednesday, March 2, 2016

Mereput... lagi


Bila mike dapat jemputan kawen mengkome.. 
Semoga berbahagia sampai syurga, kita jadi kawan je ea? :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, February 28, 2016

Rambut dan kening

Gua ada student yang sweet. 
Senyum je, kena marah pun senyum sampai xsampai hati nak marah dia lagi lepas tu.
Nama dia Irfan, baru umur 5 tahun. 
Gua ajar dia mengaji. 
Selau request "ustazah, harini kita mengaji sampai pukul lapan boleh?" (sambung mengaji sampai 4jam), "ustazah, bila nak wuduk guna air betul2?"

Nak dijadikan cerita. 
Satu hari tu, memang agak selekeh sikit masa mengajar sebab selsema dan hampir demam.

Irfan: Ustazah, nampak rambut.
(sambil tetiba dia terus cuba betulkan tudung dan masukkan rambut gua balik)
Gua: Nampak rambut? Xde la.
(sambil tangan gua check takut ada rambut betul2 terkeluar ke)
Irfan: Tu, rambut.. 
(sambil tunjuk kening gua)

Xtahu la time tu nak gelak guling2 ke nak ketawa berdekah2. 
Yang penting, gua bertindak secara pro sambil menahan pecah perut seraya menjawab "Irfan, ni bukan rambut. Ni kening. Xlawa la ustazah kalau pakai tudung sampai tutup kening"..

Budak. 
Dah terbiasa dengan menutup aurat, dia pun akan cuba jaga aurat orang lain jugak.
Walaupun la kening dan rambut dia salah intepret..

Sumpah gua sayang anak2 murid gua.. :)

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Wednesday, February 24, 2016

Hidup yang sempurna

Bila kau di alam mimpi.
Kau kecap segala yang kau inginkan,
Apa yang kau rancangkan,
Segalanya menjadi realiti,
Tapi hanya di sana.

Terjaga dari lena,
Terhapus semua fantasi,
Kau kembali di alam nyata,
Menongkah terkadang 
bukan apa yang dijangka,
Usah kecewa,
Rancangan Tuhan itu lebih sempurna.

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~