Sunday, October 7, 2012

SAYANG by SHAE

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

don't you ever love me

don't you ever love me because i'm pretty,
i might lose it in an accident or getting old and wrinkly..

don't you ever love me because of my inner beauty,
i might have the dark side of me that you never see..

don't you ever love me because of my eyes,
i might end up being blind..

don't you ever love me because of my voice,
i might end up dumb, mute and deaf with no sound you can hear..

don't ever love me because of my in-dependency,
i might end up paralyzed and nothing i can do without people helping me..

don't you ever love me because of me,
i might end up being someone else as times goes by..

i just want you to love me because of Him,
because with His will, i might and will be with you for the rest of my life..
insyaAllah~~


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Sunday, September 30, 2012

Surat buat Incik Jodoh bin Takdir

Ke hadapan Incik Jodoh bin Takdir yang bakal saya nikahi,

Assalamualaikum..

Sebenarnya banyak kerja yang perlu saya siapkan di waktu-waktu begini. Akan tetapi, malangnya fikiran saya seringkali terkenangkan awak. Aduh, kadang-kadang boleh rasa macam nak meletup jantung saya bila perasaan ini berlegar-legar di ruang perut. Banyak persoalan yang ingin saya ajukan, terlampau banyak. Namun, saya hanya mampu untuk bertanyakan beberapa cuma. Maaf jika soalan yang terlintas mungkin menimbulkan ketidaksedapan hati awak.

Incik Jodoh,

Siapa awak yang sebenarnya? Adakah kita mengenali antara satu sama lain? Seandainya kita pernah bertemu dan berkenalan sebelum ini, jujur saya meminta maaf kerana selama ini, tidak pernah saya memberikan perhatian terhadap awak. Saya terlalu taksub dengan dunia saya sendiri, terlalu asyik menggila dengan rakan-rakan sehinggakan saya mungkin telah merobek sedikit sebanyak hati dan perasan awak. Saya cuma insan biasa yang berpijak di atas bumi yang penuh dengan kelalaian. Adakalanya saya tidak sedar bahawa orang yang saya nantikan selama ini sudah berada tidak jauh dari saya. Sungguh, saya tidak pernah tahu dan tidak juga pernah perasan. Malah, tidak pernah terlintas di fikiran dan jauh sekali dari kotak hati saya untuk mengimpikan seseorang seperti awak. InsyaAllah, saya berjanji untuk menjadi pendamping setia dan teman terbaik di kala suka mahupun duka untuk awak selepas ini hingga ke hujung nyawa.

Incik Jodoh,

Apakah yang membuatkan saya menjadi pilihan awak? Ya, saya tahu segalanya telah tertulis di Loh Mahfuz dan Dia yang telah menetapkan semuanya. Namun, hati saya menjadi serba salah andai saya tidak dapat menjadi yang terbaik seperti yang awak inginkan. Antara kita, tiada satu pun yang sama. Kita berdua sungguh berbeza, ibarat langit dan bumi. Saya banyak kekurangan dan kelemahan. Saya tidak secantik Lisa Surihani walaupun saya meminati dia. Saya tidak hebat memasak seperti Sheila Rusly walaupun setiap episod ketuk-ketuk Ramadhannya saya ikuti. Saya masih lagi tidak mahir menguruskan diri sendiri apatah lagi urusan rumah tangga kelak yang pastinya beribu kali lebih payah daripada itu. Saya kurang serba-serbi, itu ini. Saya harap awak dapat memberikan tunjuk ajar dan tidak jemu untuk mencari keserasian antara kita.

Incik Jodoh,

Adakah awak sudi membimbing saya ke jalan yang diredhai Yang Maha Esa? Ya, tidak dinafikan saya masih lagi jahil dalam bab agama. Malah, dalam hal kehidupan pun saya masih lagi terkial-kial mencari jalan dan kebenaran. Saya mungkin cerdik dalam hal pelajaran, namun soal agama tidak mungkin saya dapat pelajari sendiri tanpa insan yang sanggup membimbing saya. Adakalanya iman saya goyah dek penangan godaan syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk menghasut dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam. Bahkan, dia telah bersumpah sehingga kiamat nanti dia akan merantai seramai mungkin untuk menjadi kawannya di neraka jahanam nanti. Saya tidak mahu menjadi salah sorang daripada mereka, penghuni neraka. Saya berharap agar awak dapat menjadi imam untuk mengetuai solat saya, penyuluh cahaya terhadap jalan saya dan seterusnya ayah terbaik buat anak-anak kita.

Incik Jodoh,

Sanggupkah awak mencintai dan menyayangi diri saya sehingga akhir hayat dan insyaAllah sampai syurga kelak? Saya tidak mengharapkan limpahan kemewahan bergunung-ganang tetapi cukuplah sekadar dapat menampung keperluan seharian kita. Saya juga tidak berkehendakkan awak untuk menjadi lelaki paling sempurna buat saya. Tidak, saya tak perlukan semua itu. Cukuplah bagi saya untuk awak menjadi diri awak yang saya kenali dan tiada apa yang dapat merubah perasaan saya untuk mengubah apa-apa yang ada pada diri awak, InsyaAllah. Cuma yang saya pinta adalah kasih sayang dan cinta yang tidak mungkin saya peroleh daripada orang lain, cuma dari awak seorang. Dengan mencintai diri awak, saya berharap agar saya dapat menjadi insan yang lebih mencintai Tuhan lebih daripada segalanya.

Incik Jodoh,

Rasanya cukuplah setakat itu dahulu persoalan saya. Saya berharap agar kita dapat bersama-sama menempuhi kehidupan yang penuh pancaroba berlandaskan panji dan tiangNya serta mencari keberkatanNya dalam apa jua yang kita lakukan bersama.

Sekian dahulu daripada saya.

P/s: I’m gonna love you ‘til jannah..InsyaAllah..^_^


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Hipokrit itu kamu

H.I.P.O.K.R.I.T. 

Kenapa kau berani bersuara di belakang, tapi di hadapan kau telan je segala perkataan? 

Apakah yang dimaksudkan dengan hipokrit? Bagi aku, manusia hipokrit adalah kawan tikam belakang. Ya, itulah manusia yang paling aku benci sekali dalam dunia ini.. Di hadapan aku, kau sungguh manis bersandiwara walhal di belakangku, kau mengumpat mengata bagaikan kita tiada hubungan apa-apa..

Sungguh, aku tak suka mereka yang bermuka dua ini..nak je aku campak mereka ke dalam longkang terdekat..mereka dengan longkang dah lebih kurang sama, takde beza..sama kotor..
Tak ke mereka sedar yang mereka hanya menambah dosa percuma kalau berperangai macam tu? Hebat, giler hebat lakonan mereka kadang2.. Ada yang sampai boleh mengalahkan pelakon terbaik Grammy..

You ask me to name me one? Well, I can give you tons of shits of hypocrites.. Look around you.. Sometimes, those who is always right beside you is the one who mostly stabs you from behind.. Jangan sesekali berkongsi hati dengan manusia sebegini.. Kalau tak, kisah kau akan dijaja pada semua.. Awal sembang, sudah pasti dia akan turut serta meluahkan rasa hati terhadap mereka yang dia benci.. Tapi, di hadapan mereka pula dia akan akan mencerca kau tanpa belas kasihan.. Aneh melihat orang begini.. Macam takde kerja lain yang nak dibuat.. Siapa nak mengaku bila dah buat tahi di tengah jalan kan?

Kau takut orang membenci kau.. Jadi kau bermuka dengan dia yang kau cerca.. Kau memang bodoh.. Kalau tak suka diamkan, tak perlu berbuat baik semacam.. Jadi diri kau saja, senang kan? Apa, mereka bagi kau duit kalau kau berperangai songsang macam mereka? Tak payah nak berlagak baik sangat tapi hati busuk macam mintak kena cuci dengan clorox..

Aku tak kata yang aku perfect, aku je yang baik dalam dunia ni..tak..
Tapi aku tak macam kau..pada aku kau burukkan orang itu, orang ini..
Lepas tu pada orang lain, kau burukkan aku pula..
Semua cerita kita kau sampaikan..
Kenapa cerita kau maki dia kau tak cakap sekali?
Apa jenis kawan kau ni?

Untungla orang yang suka pada kau sebab kau baik, aku tak..
Kau bagai malaikat, semua kau cakap semua betul..takde yang salah pun..
Aku tabik dengan kau..kau memang terbaik..
Semoga aku dah tak bertemu lagi dengan kau..
Si hipokrit keparat..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hipokrit..
Kau bermuka-muka dengan mereka..
Padahal hatimu menyumpah seranah segala benda..
Raut wajahmu manis bagaikan gula..
Tapi sayangnya batinmu ibarat syaitan bertopengkan manusia..
Kau manusia hina..
Semoga kau damai bahagia dengan caramu yang begitu..
Aku?
Biarlah aku seorang di sini tanpa perlu bermuka puaka seperti kamu..



LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Pakej sempurna

Have you ever thought of having perfect package which covers beauty with blings (money) and brain at the same time? Well, I have..

Siapa yang tak nak ada pakej macam tu kan..giler la kepada mereka yang tak nak sebab menolak rezeki paling mahal sekali Tuhan kurniakan..siyesly, you’ll be in deeply heaven in this world if you got all these with you..

Banyak dalam dunia ni yang memiliki beauty but without brain..

Akhirnya, mereka terkandas sendiri dalam dunia ciptaan mereka yang semata-mata berlandaskan kecantikan wajah dan tubuh badan..
Merosakkan diri menjadi perkara biasa bahkan sanggup menggadaikan maruah yang tidak ternilai harganya oleh sebab ingin mengaut blings dengan cara yang mudah..

Ada juga brainy yang kurang dari sudut beauty..

Lantaran tidak mempunyai paras rupa yang menjadi kegilaan para pria di luar sana, keyakinan diri ibarat senipis kulit bawang..
Akhirnya, segala kepandaian didiamkan jauh dalam benak hati waima tidak dipergunakan sebaiknya sehingga menjadi sia-sia belaka..

Blings but no brain and beauty, it comes nothing..
Adapun wang bertimbun sebanyaknya, tiada kepandaian pun menjadi tidak berguna kerana adakalanya wang yang ada dihabiskan tanpa ada kebaikan..
Ada juga ringgit berkoyan-koyan namun jika kekemasan dan keindahan diri tidak dipelihara pun tiada faedahnya..

Brainy, you are a very talented somebody..
Don’t waste your time with people who are not trying to listen to your thoughts eagerly..
Ideas are meant to be shared and spread all over the country..
Let the world hear your voice, that’s the true beauty..

Beauty, don’t just be pretty..
Be as brainy as you can be..
Show the world that you’re not only selling your face and your body,
Have respect with what God has given you with..

Blingy, the world is not all about money..
What you have now can disappear easily..
Without brain, your blings are not worthy..
Be smart and let your money doubles widely..

walaupun tidak mempunyai kemewahan harta benda, aku masih mempunyai keluarga dan mama terutamanya yang dapat memberikan kasih sayang yang tidak terperi tandingannya..
sungguhpun mempunyai rupa paras yang bersahaja, aku dikurniakan dengan rakan-rakan yang cantik budi pekertinya..
adapun kepandaian yang hanya sedikit cuma, aku bersyukur kerana dikurniakan akal yang boleh membezakan kebaikan dan kejahilan di dunia serta masih lagi diberi ruang taubat untuk dosa-dosa silam..

terima kasih Ya Allah..


LIVE LIFE TO THE FULLEST 
~yona_afzan~