Saturday, January 7, 2012

azam 2012 saya

semua memasang azam dan niat baru pabila bermulanya tahun baru..
so, apa rancangan untuk tahun baru ni?
hehe, memang susah sebenarnya nak mengupas apa yang diiniginkan untuk tahun ni..takut untuk berjanji dengan diri sendiri, takut tak terdaya untuk lakukan apa yang telah terhajat..

jadi, setelah ditambah tolak perkara2 yang tidak mungkin dapat berlaku tahun ni, dinilai semasak-masaknya sampai hangus..
maka, berikut adalah..

AZAM TAHUN 2012 SONA AFZAN

  1. Jaga solat
·         Sebelum ni, solat asyik tunggang langgang.. harap2 mulai tahun ni nak full solat, insyaAllah..
  1. Selalu solat dan puasa sunat
·         Setakat puasa ganti tiap2 tahun tu je sebagai puasa sunat..kalau boleh mulai tahun ni, nak biasakan diri dengan puasa sunat hari isnin dan khamis, solat sunat malam, mengaji kalau ada kelapangan..insyaAllah..
  1. Jangan PONTENG kelas
·         Heee, memang tidak dinafikan semakin menginjak usia di u ni, semakin malas untuk ke kelas..tapi saye pernah masuk kelas member fizik saye..sangat best..
·         Walau ape pun cabaran dan dugaan lepas ni, saya janji yang saya takkan tuang kelas lagi dah..
  1. Buat baik dengan semua orang
·         Tidak dinafikan saye ni seorang yang memilih bulu untuk berkawan sebenarnye..bukan pada luaran, tapi saye amat menitik beratkan soal hati dalam memilih kawan ni..nak cari yang sama kaki, boleh huha-huha bagai dan pada masa yang sama kalau saya ada masalah, saye boleh refer pada dia..saye tak nak kawan yang hanya nak gunakan saye untuk kepentingan tertentu..kang tak pasal2 ada yang kena maki setepek..*saye seorang yang cepat panas hati*
·         So, untuk azam tahun ni dan akan datang, saya akan terima sesiapa sahaja sebagai kawan tapi takde la sampai rapat-rapat sangat..bak kate pepatah, kawan biar beribu..
  1. Belajar REVIT sampai lebam
·         Member Archie cakap guna REVIT ni menyenangkan mereka yang susah untuk imagine 3D macam saya sebab daripada plan, REVIT boleh terus convert ke 3D.
·         Jadi, oleh yang demikian saya akan pastikan saya MAHIR untuk menggunakan REVIT di masa akan datang.
  1. Kurangkan BERCAKAP
·         Heee, saye memang suke bercakap. Dengan orang yang tak kenal pun, saya cakap je.boleh dikatakan peramah nak mampos jugak la..
·         Mulai tahun ni, saye nak kurangkan bercakap kerana menurut ahli ulama, kurangkan bercakap akan mengurangkan dosa..insyaAllah.
  1. Hantar ASSIGNMENT on time
·         Hee, oleh sebab saye selalu tuang kelas, saye selalu tidak mendapat maklumat mengenai assignment. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi, saye tidak lagi akan tuang kelas dan akhirnya dapat menyiapkan seterusnya menghantar assignment tepat pada masa.
  1. Call mama dan ba sekali seminggu
·         Orang kata, berbicara dengan ibu bapa dapat melapangkan jiwa di kala duka. Jadi, saya mengambil keputusan untuk sering menghubungi MAMA dan BA sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengetahui keadaan mereka..
  1. Belajar main GITAR giler-giler
·         Setelah hampir setengah tahun berhempas pulas mencari duit dan kes duit hilang, akhirnya saye telah membeli gitar yang akhirnya duduk diam-diam di tepi meja studi. Agak-agak kalau BABY boleh bercakap memang die meraung la. BABY yang selalu ditinggal-tinggalkan...
·         Mulai tahun ini, saye akan pastikan yang saye MAHIR not basic dan belajar PLUCKING oleh sebab saye dah reti STRUMMING..yeay!!
  1. Diet itu WAJIB
·         Oleh sebab berat saye telah bertambah, lemak2 berlebihan telah dikecam hebat oleh HERBALIFE tempoh hari, saye akan pastikan yang saye DIET mulai tahun ni..
·         Diet REJIM saya:
o   sarapan – macam orang kaya gile nak mampos
o   tengahari – macam orang kerja biasa, makan berjimat
o   malam – macam orang tak kerja, makan ciput giler
o   no heavy snacks at night
o   kurangkan fastfood – kurangkan VANILLA COKE ye SONA AFZAN
o   kalau agak2 tengah lapar, kunyah chewing gum.
o   makan biskut MAGIX kalau lapar.
  1. Berat unggul: 45 kg
·         Oleh sebab berdiet, saye akan pastikan berat saye tidak akan melebihi 45kg mulai tahun ini.
  1. Update blog sekali seminggu
·         Blog ibarat diari di kala terluang. Jejari yang tiba2 gatal dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengupdate blog..=)
  1. Tak nak BOROS.. simpan duit
·         Archie life sangat menggunakan BANYAK duit. Jadi, saye tak boleh boros2 dan menyumbangkan wang ringgit saya ke arah keseronokan duniawi semata-mata.
·         Duit kena simpan untuk ASB dan Tabung Haji..mana tahu, ada rezeki boleh ke Tanah Suci awal..insyaAllah..
  1. Ambil lesen motor dan kereta
·         Memang dah lama dah ada angan-angan jenin untuk ambil lesen start umur 20 tahun tapi sekarang dah umur 24 tapi masih di takuk yang lama.
·         Jadi, by hook or by crook, saye akan pastikan tahun ini menjanjikan lesen motor dan kereta buat saye..
  1. Kerja rajin-rajin
·         Kerja rajin-rajin, duit bakal mahsyukkkk...=)
  1. RM100 ---> 3 bulan internet
·         Internet digi telah berada di tangan, tapi duit masih tidak di tangan untuk topap. Nak topap sikit, rugi. Oleh itu, topap RM100 menjanjikan 100 hari internet dengan jayanya. Peluang takkan disia-siakan..insyaAllah..
  1. Langsaikan HUTANG
·         Hutang walaupun dengan teman-teman rapat tidak sewajarnya dicincaikan. Seelok-eloknya dilangsaikan secepat mungkin bagi mengelakkan jika ada apa-apa yang berlaku di kemudian hari, hutang tidak membebankan keluarga..insyaAllah..
  1. Siapkan PORTFOLIO (1st, 2nd, 3rd, 4th year)
·         Azam yang paling AZAB untuk dilakukan untuk tahun ni tapi digagahkan juga untuk melunaskannya bagi mengelakkan saye sukar untuk mendapatkan kerja sebagai arkitek berjaya setelah tamat pengajian nanti..
  1. DAPAT BALAK KAYA
·         Azam yang paling BEST untuk tahun ni. Memandangkan saye telah setahun menyinglekan diri, saye ingin mengambil kesempatan tahun ini untuk mencari balak idaman di mana dia harus lah memiliki kriteria-kriteria berikut:
o   Kaya giler seperti Bill Gates
o   Hensem iras-iras Carlos Pena
o   Tinggi bak Peter Crouch
o   Badan 6 pax persis Taylor Lautner
·         Semoga balak sebegini dapat dijumpai dengan segera..hehehehe~

pesan mak jemah:
azam ni kalau boleh perlu untuk ditampal di sekitar sudut yang sering dilihat terutama sekali di depan meja studi, tempat mengiring masa tidur dan pintu hadapan bilik supaya senang untuk bermuhasabah diri tidak kira masa dan di mana jua anda berada..^_^♥

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~yona_afzan~

Friday, December 23, 2011

TAK NAK!!!

rokok..rokok..rokok..

memang sebut je pasal rokok, ku dilanda seribu macam perasaan..
mane taknye, rase macam nak tempeleng je orang yang hisap rokok pastu selamba badak main hembus hembus kat orang..
kalau asap rokok tu bau freshmint ke, strawberry cupcake ke, paling kurang pun bau ala-ala milo anda jadi sihat dan kuat tak pe jugak..ni dah bau cam &#&%#..memang hampagas betul..

memang dulu ada naluri remaja ingin mencuba segala di depan mata..ada pernah la sekali try test hisapan pertama ku terhadap keker ni..sumpah rase senak, kepala hotak pusing pusing bagai bintang menari-nari di langit malam..lepas hisapan pertama tak lepas dan menyonsangkan pandangan, ku berazam bahawa dengan ini rokok akan ku tepis walau dalam apa jua perisa sekalipun..

hai, tu memang perkara yang paling TIDAK ELOK UNTUK DICONTOHI..jangan sesekali berdampingan dengan perokok yang bakal mengheret anda menjadi seorang pengkeker yang berjaya tanpa nama..

oh rokok,

ku bukan membenci perokok yang ada di muka bumi ni..tidak sama sekali..
malah mereka yang pernah beriringan bersamaku ada juga yang berokok..
ku tak pernah berdouble triple standardkan mereka..
ku terima mereka seadanya..

tapi tu lah, yang ku tak suka adalah asap rokok itu..
nak hisap berapa juta batang rokok pun ku tak kisah, tapi hisap sekali asap tu..jangan hembus pas kat orang di sekeliling yang tak teringin langsung dengan bauan asap tercemar itu..

jadi, akhir kata daripada ku..

TAK NAK MEROKOK !!!
TAK NAK HIDUP DENGAN KESIHATAN YANG TERUK !!!

fakta menarik:

orang yang hisap asap rokok tapi tak merokok lebih cepat mati berbanding perokok yang hisap rokok tak henti-henti..

tapi kalau hisap rokok sekali dengan asap dia,
cepat-cepat lah beli kain kapan dengan kapur barus dan bawaklah ia ke mana-mana..

memang, hidup mati di tangan Tuhan..
tapi kalau dah tak sakit tapi asyik cari penyakit, tak ke dah macam menempah mati namanya kan..

renung-renungkan dan selamat beristiqamah..

THIS IS SERIOUS !!!
SMOKING KILLS !!!

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~ yona_afzan ~

Wednesday, June 15, 2011

my LOVELY TOP..♥♥♥


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~ yona_afzan ~

Monday, May 30, 2011

my new born BABY..

my SAYANG..♥♥♥ 

hehehe..tajuk nak power je kan..sebenarnya, semalam akhirmya dapat juga aku beli gitar yang dah didam2kan selama ini..walaupun la banyak cabaran, halangan dan dugaan yang menimpa berlaku semalam, dengan sokongan Misz Panda aku gagahkan juga beli gitar ni dekat kotaraya jb..

huhu, boleh pulak kan semalam duit nak beli gitar semalam hilang..bagai nak gila aku nangis..ye la, setelah berpenat lelah berhempas pulas membanting tulang mencari duit untuk beli last2 kena cilok la pulak duitnya..

memang separuh gila la dibuatnya..tapi, apakan daya..kita hanya merancang, tapi segala-galanya Tuhan yang tentukan..

memang rabak kejap la hati sebab ye la, dalam rm 150 kalau silap yang kena songlap..takpe la, takde rezeki gamaknya..tapi, misi membeli gitar tetap diteruskan dengan sokongan, dorongan dan semangat daripada kawan2..aku menapakkan kaki bersama Misz Panda ke kedai gitar kat Kotaraya JB..

yes, akhirnya aku dapat meng'own' gitar sendiri setelah sekian lama mengidam..my first Baby..gitar jenama KAPOK..sangat sayangkan BABY ini..hehehe..,mana taknya, guna duit sendiri kot..

semoga dengan adanya BABY ni, segala anasir-anasir negatif yang bakal mendatang dapat ditepis..

BABY, tolong jaga kepala otak MUMMY ye..jangan asyik dok menerewang je kerjanya..

MUMMY LOVE BABY..♥♥♥

p/s: dah mcam dah ada anak la pulak berBABY-MUMMY ni..hehehe..^_^

LIVE LIFE TO THE FULLEST
~ yona_afzan ~

Wednesday, May 11, 2011

dalam banyak-banyak kawan..

dalam dunia ni, tak mungkin ada orang yang boleh hidup sorang sorang..mesti kena ada kawan gak, xkira la berapa, sorang je ke..janji mesti ada teman..orang gila pun ada kawan untuk dia sembang sembang, ni kan pulak orang yang waras..kan kan kan?

tanpa orang di sisi, xmungkin seseorang tu berupaya untuk terus gah berdiri di atas muka bumi ni..ye la, sedangkan Allah menciptakan makhluk itu berpasangan..huhu, bukannya aku menggalakkan perKAPELan..cuma nak cakap betapa pentingnya kawan, sahabat, teman dalam hidup kita ni..

ada yang cakap SAHABAT ni lebih PENTING daripada KEKASIH..bagi aku, ada benarnya..sebab daripada SAHABAT ni lah kita mencari pasangan hidup yang sesuai..senang cakap, sama arus, sama kepala hotak, sama flow..jadi, kurang nak gaduh gaduh..kalau gaduh pun, gaduh manja gitu..
*so sweet..

okay, aku dah lari topik..untuk kali ini, aku bukan nak cakap pasla mr X ke mr EX ke..
bukan, bukan dan bukan..

ok, kembali kepada trek asal..aku? hmm, kalau diikutkan aku ni kekurangan sahabat..kawan tu ramai kot..hehe, sahabat dengan kawan tu sama?? taklah, mana ada..huruf pun dah nampak beza..

mengikut definisi aku sendiri :-

KAWAN ni orang yang dengan kita secara generally yang tidak ada sebarang hubungan tali darah (selain warna darah dan jenis darah) secara langsung dan tidak langsung dengan aku..sesiapa pun boleh jadi kawan aku..boleh bawak huha huha la kiranya..

maksud SAHABAT bagi aku pulak orang yang aku betul-betul percaya, boleh susah senang dengan aku tak kira masa bila sekalipun..kalau aku perlukan orang tu, DIA selalu bagi masa DIA kat aku..sungguhpun DIA bukan darah daging aku, DIA aku anggap macam part of my life gak..dengan DIA je, aku boleh bukak pekung dada aku sendiri..kira macam kalau nak bercerita dengan orang lain aku macam nak xnak tapi dengan DIA aku boleh berbicara smoothly dari hati ke hati tanpa rasa syak wasangka..dah kira tahap sayang gila la camtu..

DIA yang aku maksudkan adalah JEIHAN BT MOHD NOR dan MARDIANA SHAHADATUL AINI BT HJ ZAINUDIN..

mak cik sengal..^_^
JEIHAN aku jumpa dia bawah jambatan tepi LRT PASAR SENI..eh, silap..tu tempat kitorang selalu bertemu..sori ye jee, hehe..
first time aku jumpa dia masa aku bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR, CHERAS, 2004..dia ni roomate aku..first impression aku bile jumpa dia? honestly, aku bajet dia jenis yang kerek kerek gitu..dah la pendek, cam budak-budak yang mintak kena sekeh..pastu dengan mata besar dia yang macam ala-ala kucing dalam cerita SHREK, comel..serius aku ingat dia jenis yang pilih kawan..aku ingat lagi cara dia introduce diri dia masa mula-mula dia masuk tu..ko ingat x jee? hehe, meh sini aku ingatkan..=P

"nama saya JEIHAN..macam nama SHEILA MAJID tu..
EI ye, bukan IE.."

hahaha, memang lawak giler la time tu, ingatkan dia nak suruh kitorang panggil dia sheila ke, rupanya nak cakap ejaan dia macam mana..lawak lawak sahabat aku sorang ni..

aku kenal jee dah hampir 6 tahun..dalam tempoh 6 tahun tu, banyak kenangan aku bersama cik jee ni..dengan dia aku selalu fly dari sekolah, duduk luar konon kononnya..lepas tu lari dari rumah cikgu..masuk balik duduk asrama..stayup gilak gilak dengan aku masa SPM..tolong ajarkan LK dekat aku, balik rumah ko sambil dok usha abang ko yang ganteng tu..
*blushing blushing sikit*

dan yang paling best, DUDUK DEKAT KANTIN MAKAN KACANG PEKENA AIR COKE BOTOL BESAR SAMBIL TENGOK MAK BAPAK BEBUDAK LAIN DATANG..hari sabtu la katakan..aku rindu nak lepak2 camtu lagi..agak2 bila kita boleh buat cenggitu lagi ek?? reunion nanti pekena kacang dengan air coke pun care jugak..hehehe..

one word to best describe about jeihan? to me, she is very EXTRAORDINARY..seseorang yang memiliki keistimewaan yang amat luar biasa..sungguhpun kami jarang bercalling calling, chit chatting, most of the times dia macam boleh baca perasaan aku even though she's that far away from me..xpayah nak baca riak muka, dia tahu aku tengah suka ke, pura2 suka, sedih..semua dia tahu..
*GPS dengan FRIENDFINDER pun kalah dengan dia ni..huhu..

panda wilcha..*_*
MARDIANA a.k.a PANDA aku kenal masa aku SECOND YEAR dekat UTM tahun 2009..huhu, lagi sorang si pendek yang aku kenal, dah macam ahli SUMO aku tengok dia masa mula2 kenal..dia ni pun agak kerek la aku tengok..ingat dah xboleh nak ngam dah sebab dia ni macam alim2 sikit..aku takut gak la nak baik2 dengan dia..huhu, aku ni jenis setan, takut terbakar kang kalau dekat..
*takut dia ceramah, tazkirah bagai..

ye la, kalau tengok baju aku pun, dah boleh tahu aku macam mana..tu yang macam asyik mengelak je kalau dengan dia dulu..

tapi, dia ni masuk air jugak walaupun alim..macam dia xde la nak sound2 tepek kat aku bab pakaian ke, cara aku semua..macam best jugak kawan dengan dia first2 sebab dia ni sengal..senang kena buli pulak tu..hehe, dia ni muda setahun dari aku..tu yang aku rasa dia macam budak2 kecik tembam yang comel giler sampai aku nak buli je..=P

baru aku tau kenapa dia pandang semacam lastly..dia revealed yang dia dengar cerita dari budak2 matrik aku dulu..(aku student MATRIK TANGKAK)..aku ni mcam kerek sikit..sombong gak la..tu yang first2 macam xmo kawan dengan aku..huhu, baru ko tau kan aku ni gilak + sengal + sewel + masuk air..hehe..nasib baik ko kawan dengan aku kan..hehe..
*masuk bakul angkat sendiri*

tapi, dia sekarang dah slim sikit..
*sikit je, panda..ko kena slim banyak lagi..

dah xboleh nak buli2 sangat..lagi2 sekarang dia pulak yang buli aku kan..memang aku rasa macam asal aku gi mana2 je nak dia ada..kalau dia xde, aku rasa macam lain sangat..walaupun lah aku baru kenal dia, baru 3 tahun kot..tapi dia tahu banyak giler pasal aku..huhu..
*tacing kejap..huhu..

to JEIHAN n MARDIANA, terima kasih sebab sudi terima aku sebagai sahabat korang..aku harap tali persahabatan yang kita bina ni akan berkekalan sampai ke akhir hayat..

p/s: aku dah cop anak2 korang jadi menantu aku..xkesah la lelaki ke perempuan, mana tau kita boleh berbesan ke nanti..^_^

lagi-lagi p/s: buat awak 2 orang yang sangat bermakna dalam hidup saya..


As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever


LIVE LIFE TO THE FULLEST
~ yona_afzan ~